4.

2.6K 98 1
                                    

Jam tanganku menunjukkan pukul 7.50 a.m Hm masih awal lagi. Sempat lagi kalau aku nak take away coffee. Fikir ku. Aku terus berjalan ke arah cafe yang bersebelan officeku a.k.a tempat kerja Mikail. Seperti kebanyakan orang, aku juga memerlukan coffee sebagai energy booster di tempat kerja apatah lagi semalam aku tidak cukup tidur. Secara puratanya aku hanya tidur selama 1-2 jam. Semuanya disebabkan panggilan dari ayah. Kenapa dia call? Soalan itu sentiasa berada di benakku sejak kelmarin.

Aku menarik nafasku dan di hembus dengan serta merta sebelum aku memesan Cappucino kegemaraanku. Aku memusing kepalaku 360 darjah mengelilingi cafe. Kenapa aku tak nampak bayang bayang Mikail? Dia pun takda muncul depan rumahku. Staff yang mengambil pesananku juga seperti baru pertama kali ku lihat. Aku yang enggan mengusutkan lagi fikiran ku langsung menunggu di kerusi antrian khas take away.

Sedang aku menunggu, mata aku tiba tiba tertarik pada seorang lelaki yang duduk di kerusi yang bertentangan dengan ku. Wajahnya sukar dilihat dek majalah yang dipegang nya terlalu tinggi. Rambut hitam pekatnya telah menutupi beberapa helaian ubannya. Berdasarkan dari penampilannya, usianya mungkin baru sekitar pertengahan lima puluhan. Sedang asyik aku memerhati, tanpa aku sedari, pesanan aku sudah pun sampai. 

"Terima kasih" Aku senyum kepada pelayan tersebut lalu beredar.

MIKAIL'S POV

Aduh! Macam mana aku boleh lambat ni. Omelku dalam hati lalu bergegas masuk ke dalam cafe. Aku yang sedikit clumsy pantas mengeluar telefon bimbitku dari poket seluar. Tangan kiriku terkial menaip satu persatu huruf untuk membina sebaris ayaa.

Mikayla, sorry kalau awak ada tunggu saya pagi tadi. Saya lambat bangun.

Belum sempat aku menekan butang send, bahuku tiba tiba dilanggar oleh seseorang dengan kuat sehingga mengakibatkan telefon ku terjatuh. Aku mengutip telefon bimbitku yang terlantar di lantai sebelum mendongak ke atas untuk melihat gerangan yang melanggarku tadi.

"Pak cik minta maaf" ucapnya dengan nada yang lembut. Bukanlah salah pak cik itu seratus peratus sebenarnya. Salah aku juga sebab jalan tak tengok depan. Aku tersenyum.

"Takpa pakcik, kadang kadang manusia memang buat silap" Balasku sambil memberi peringatan kepadaku sendiri.

"Betul tu, nak. Setiap manusia buat silap dan kemaafan itu adalah benda yang termahal yang kita boleh terima" Aku menghentikan tingkahku yang dari tadi sibuk membetulkan rambut. Deep sungguh ayat pak cik ni. "Jadi, jangan pernah sakitkan hati sesiapun ya?" sambungnya lagi sambil menepuk bahuku sebelum berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga pinga.

Datang lambat bukanlah satu dosa, kan? Tanyaku dalam hati lalu menolak pintu cafe dan serta merta menjalankan tugasku.

🌸🌸🌸

MKAYLA'S POV

Seharian aku tidak menghubungi Mikail. Bahkan pesanan ringkas yang dipesannya siang tadi turut dibiarku tidak terbalas. Sewaktu pulang tadi juga aku menggunakan pintu belakang pejabat untuk pulang kerana enggan bersemuka dengan Mikail. Entah mengapa aku rasa seperti ingin bersendirian saat ini.

"Manalah diari lamaku menghilang?" Tanyaku sambil mengusap lembut diariku. "Macam manalah aku boleh cuai sangat dulu?" Aku mengeluh. Kalau dapat diputarkan masa, ingin sahaja aku kembali ke saat dimana aku kehilangan diari itu. Andai saja aku tidak lari dari kantoi skodeng Carl dengan skandalnya dulu pasti diari tu masih bersamaku sekarang. "Tengoklah apa yang aku dapat lepas apa yang ku korbankan dekat kau, Carl. Takda apa apa." Bentakku marah pada diri sendiri.

Aku membuka kunci telefon bimbitku dan sekali lagi jari ku gatal melihat nama pemanggil yang tidak aku jawap sejak kemarin. Nama 'Ayah' yang teratas terpampang di skrin telefonku. Aku mengeluh berat. Ada apa dia telefon aku ni?

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now