14.

2.3K 80 0
                                    

Aku keluar dari bilik tidur ku dengan gaya selamba. Seperti biasa, aku menata rambutku sehingga membentuk messy bun. Sempat aku mengerling jam dinding yang tergantung di runang tamu. Pukul 7 pagi Bisikku sambil tersenyum sendiri. Perlahan-lahan aku berjalan ke dapur sambil bersiul-siul.

"Amboiiii senangnya dalam hati?" Usik ayah sambil tersenyum.

"Ayah masak apa hari ni?" tanyaku, ingin tahu. Tangan ayah pantas memotong bawang lalu dibalingnya ke dalam kuali. Haruman bawang yang ditumis memenuhi ruang dapur.

"Makanan kegemaraan Mikayla, nasi goreng ayam" Balas ayah sambil tangannya masih subuk memasak. Aku tersengih sendiri mengingatkan ayah yang tidak pernah menolak permintaanku untuk  memasak nasi goreng ayam setiap kali aku memintanya.

Selepas menumis bawang, ayah menuang ayam yang sudah dipotong dadu dan digoreng terlebih dahulu. Dia kemudian memasukkan nasi putih dan mengacaunya dengan menggunakan senduk.

"Ada apa yang Mikayla boleh tolong?" Soalku, menawarkan diri.

Ayah membulatkan matanya, tidak percaya dengan tawaran ku itu. Ayah memandang aku dengan agak lama dan akhirnya matanya meliar mencari kerja yang boleh dibuat olehku.  Mata ayah kemudian tertancap pada pinggan mangkuk yang belum dicuci di dalam sinki.

"Tolong ayah basuh pingganlah." Pinta ayah. Aku tersengih. Kerja itu mudah baginya. Semua orang pasti tahu macam mana cuci pinggan. Siapa yang tidak?

"Apa mimpi Mikayla tolong ayah pagi pagi ni? Ke dah ada bau bau nasi minyak?" Usik ayah sambil tersenyum nakal. Pipiku meronta kemerahan, malu.

"Eh, mana ada. Apa ayah merepek ni. Lagipun kitaorang masih baru lagi kan." Balaslu ringkas enggan terlalu berharap kerana hubungan kitaorang masih lagi baru, baru beberapa minggu. Aku kemudian melihat cincin yang berada di jari manis ku. Aku tersenyum lebar.

"Kalau masih baru, kenapa mata tu tak habis tengok cincin di cari. Teringin nak ganti dengan cincin yang sebetulnya ke?" Usik ayah lagi. Aku cepat cepat menggelengkan kepalaku. Ayah ni memang macam macam.

"Lah tengok cincin takkan tak boleh? " Kataku sambil mencuci pinggan mangkuk yang berada di sinki dengan sabun pencuci.

"Ayah tahu. Saja je nak usik Mikayla pagi pagi ni." Kata ayah tertawa kecil. "Eh, Mikayla, hari tu ayah pergi ziarah kubur arwah ibu Mikayla. Ayah tersempak dengan Mikail" Sambung ayah lagi membuatkan aku berhenti mencuci. Fokus ku kini sepenuhnya kepada ayah.

"Bila? Kenapa Mikail takda bagitahu apa apa pun?" Tanyaku sambil mengerutkan dahi.

"Hari tu, masa dia off day. Mikail takda bagi tahu Mikayla ke?" Soal ayah kehairanan. "Ayah ceritakan tentang ibu kamu kepada dia. Dia kelihatan seperti terkesan dengan apa yang ayah ceritakan. Mungkin dia pun memikirkan tentang orang tuanya saat itu." Sambung ayah lagi.

"Kalau arwah ibu masih hidup dia mesti sukakb Mikail juga kan ayah?" Soalku.

"Ayah jamin seratus peratus yang arwah ibu pasti suka." Balas ayah sambil tersenyum. Bahuku ditepuknya. Sekali lagi aku memandang cincin yang tersarung di jari manisku. "Eh, hari ni bukan Mikail off day ke? Dia tak datang kemari?" Soal ayah. Memang benar, hari merupakan hari cuti untuk Mikail tapi kami berdua sudah berjanji untuk melaungkan masa masing masing dengan melakukan aktiviti sendiri.

"Memang, tapi Mikayla dah cakap semalam yang Mikayla nak luangkan masa di rumah bersama ayah. Lagi pula, malam nanti dia ajak dinner. Takkan asyik nak berkepit 24 jam kan?" Jelasku. Ayah mengangguk faham sambil tangannya mengacau nasi goreng itu sehingga sebati. 

Ding dong! Bunyi loceng rumah berbunyi. Aku dan ayah saling berpandangan. Siapa yang datang?

"Ayah yakin itu Mikail. Firasat ayah Kan tak pernah salah." Ujar ayah. Aku pantas menggelengkan kepala tanda protes. 

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now