13.

2K 82 0
                                    

MIKAIL'S POV

Aku berdiri di sini. Menatap batu nisan yang terbuat daripada marmer dan bewarna hitam. Tanpa berlengah, aku pun duduk dan menyusuri nama Maria yang tertulis pada batu nisan tersebut. Aku kemudiannya mengerling ke arah batu nisan papa yang bersebelahan dengan arwah mama. Nama Zainal terukir indah di atasnya. Aku yang sudah tidak mampu menahan sebak yang melanda hatiku lansung mengalirkan air mataku. Terkumat-kamit aku membaca surah suci alFatihah.

"Mama, papa. Mikail minta maaf kalau Mikail tak pernah jadi anak yang sempurna untuk mama dan papa." kataku dengan nada yang sudah hampir serak. Hari ini merupakan hari cuti ku. Jadi aku mengambil kesempatan untuk menziarahi kubur arwah papa dan mama.

"Mikail seorang anak yang sangat baik" Suara lelaki tiba tiba menerpa ke lubang telingaku. Aku perlahan lahan menoleh ke belakang. Terlihat kelibat ayah yang berdiri beberapa tapak dari ku sedang tersenyum mesra.

"Ini kubur arwah mama dan papa Mikail ya?" Tanya ayah. Aku perlahan mengangguk mengiyakannya. Ayah menghampiri ku dan ikut duduk bersamaku.

"Ayah buat apa dekat sini?" Kini giliran aku pula memgajukan soalan.

"Ayah lawat kubur arwah ibu Mikayla" Balas ayah sambil menepuk bahuku. "Mikail seorang anak yang baik. Walaupun kita tidak pernah bersua muka, tapi saya sejujurnya ingin berterima kasih kerana telah melahirkan anak yang sebaik Mikail dan tahniah kerana telah membesarkannya sesempurna ini" Sambung ayah lagi sambil memegang kedua dua batu nisan orang tua ku.

Aku tertunduk cuba menahan rasa sebak di dadaku. Ayah terdiam seketika. Dari ekor mataku, aku melihat mulutnya sedang terkumat-kamit membaca sesuatu, sudah pastinya surah Al-Fatihah.

"Ayah, boleh Mikail tanya kenapa ayah ceraikan ibu?" Soal aku sebaik sahaja ayah selesai sedekahkan Al-Fatihah. "Mikail pasti semua ni ada sebabkan?" Sambungku lagi setelah melihat ayah masih lagi terdiam.

"Sebab tu lah ayah suka Mikail. Sikap positif Mikail itu mahal." Puji ayah sambil tersenyum. Aku tersipu malu. "Tapi tak manis kalau kita becerita di sini. Apakata kalau kita pergi ke sana?" Sambung ayah lagi sambil menunjuk ke arah pondok kecil yang tersedia di hujung tanah perkuburan itu dengan ibu jarinya. Aku mengangguk setuju. Sebaik sahaja sampai aku dan ayah lantas melabuhkan punggung di kerusi kayu yang usang tapi masih utuh itu.

"Sebenarnya, semuanya bermula sewaktu Mikayla berusia 5 tahun ketika itu. Ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayah masih tak dapat lupa waktu doktor call dan bagitahu yang isteri ayah masih tidak sedarkan diri. Pelbagai persoalan bermain di benak ayah. Setiap hari ayah diulit rasa risau." Aku tersenyum mendengar penjelasan ayah. Aku tahu macam mana rasanya saat itu. Sama seperti saat aku menerima panggilan dari pihak hospital yang menyatakan papa dan mama tak dapat diselamatkan lagi. Cuma bezanya, ibu Mikayla dalam keadaan koma.

"Jam 5.05 petang, dari cermin kaca biliknya, ayah melihat dengan jelas tangganya sedang bergerak. Perasaan ayah saat itu sukar digambarkan. Ayah menjerit panggil doktor dan nurse dengan gembiranya sebab ayah tahu ibu Mikayla selamat. Selepas doktor selesai buat pemeriksaan ke atas nya. Ayah segera mendekati doktor dan tanya macam keadaannya. Doktor bagitahu yang keadaan ibu Mikayla stabil." Dari raut wajahnya yang tersenyum riang, aku dapat rasakan kegembiraan yang dirasakan oleh ayah saat itu. Namun dengan tiba tiba wajahnya bertukar sedih. Aku mengerutkan dahiku.

"Tapi langit tak selalunya cerah, Mikail. Akibat hentakan yang agak kuat dikepalanya, Doktor mengesahkan ibu Mikayla menghidap anterograde amnesia menyebabkan dia mengalami masalah untuk mengingat semula masa lalunya. Dia cuma mempunyai ingatan yang jelas mengenai dirinya hingga pada hari dia mengalami kemalangan. Tanya kepadanya siapa perdana menteri pada tahun 2008 dan nama pertama yang disebut dia ialah Tun Dr Mahathir. Padahal pemerintahan Tun hanya sehingga 2003." Jelas ayah.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now