6.

2.1K 85 0
                                    

MIKAYLA'S POV

Bunyi ringtone handphone ku yang kuat mengejutkan aku dari tidur yang lena, hampir saja ku terjatuh dari katil. Urgh siapalah yang rajin sangat call pagi pagi buta ni? Omel aku dalam hati. Matanya terpisat pisat membaca nama yang terpapar di skrin handphone ku. Mikail?

"Hello, hm ada apa?" Dengan suara yang baru bangun tidur aku menjawab panggilan tersebut.

"Nanti awak tak payah lah naik bas, ye?" Jawab Mikail lembut lalu dengan pantas meletakkan panggilan, tidak memberi peluang untuk aku menolak pelawaanya. Aku kemudiannya melihat jam handphoneku yang menunjukkan tepat pukul 5.45 a.m. Kalau sambung tidur pun alang alang urgh! Aku mengeluh. Dengan rasa sedikit malas, aku bangun dari katil lalu mencampakkan handphone ku ke atas katil sebelum menuju ke bilik air.

Hampir sejam aku menghabiskan masa di dalam bilik air untuk menghilangkan rasa ngantuk akibat kurang tidur. Tidak pernah seumur hidupku mandi jam segini. Ini semua salah Mikail! Getus ku di dalam hati.

Setelah selesai mandi, dengan berpakaian kimono mandi, aku bingkas menggapai hair dryer di atas meja solek ku dan mengeringkan rambutku. Agak kurang selesa bagiku jika keluar dengan rambut yang basah. Bunyi ketukan pintuku menghentikan tingkahku. Hampir saja aku terlupa yang aku tidak tinggal bersendirian kini.

"Mikayla, Mikail dah sampai." Ujar ayahku lembut. Belum habis lagi aku mengeringkan rambutku, ayah sudah pun menjerit nama ku dari luar pintu. Mikail? Aku mengerutkan dahi ku dan dengan segera aku meletakkan hair dryer ku ke atas meja solek ku semula lalu membuka pintu bilikku. Ayahku yang masih lagi tercegat di hadapan bilikku melemparkan senyumannya.

Aku yang masih kebingungan perlahan lahan keluar dari bilik diikuti ayahku. Keliahatan Mikal sudah pun melabuhkan punggungnya sambil mengunyah sandwich yang terhidang di meja makan. Amboi seronoknya dia makan! Dia dah lupa ke yang dia tinggikan suaranya kat aku semalam?

Aku mengetap bibirku cuba menahan geram dan tidak semena, tangan ku pantas memukul lengan Mikail membuatkan Mikail berhenti mengunyah.

"Awak dah kenapa?" Tanya Mikail kehairanan sambil mengusap lengan nya yang di pukul tadi sambil memandang aku dari atas ke bawah.

"Apa awak dekat sini pagi buta? Disebabkan awaklah saya hampir jatuh dari katil dan rambut saya pun masih belum kering lagi!" Bentakku sambil memegang rambut ku yang masih basah.

"Awak jatuh dari katil?" Tanya Mikail diiringi gelak tawa. Bukannya nak risau ke apa, malah dijadikan Mikail bahan lawak. Aku mencebik. "And Mikayla.." Tegur Mikail lembut. Aku menjeling.

"Apa?" Tanya ku dengan nada sedikit marah sambil meneguk segelas coffee di hadapan ku tanpa ku bertanya siapa empunya coffee tersebut.

"Awak masih dalam kimono mandi..Dan awak minum kopi saya" Habis tersembur coffee yang hampir separuh diminum ku sebentar tadi. Terkebil-kebil aku memandang wajah Mikail yang beriak serba salah. Aku memandang ayah yang sejak tadi menjadi pemerhati yang setia sambil menggaru leher ku yang tidak gatal.

Mikayla..Mikayla..Macam manalah kau boleh lupa salin pakaian. Dan kenapa lah kau pergi minum coffee Mikail? Bisik hatiku lalu tertunduk malu. Perlahan lahan aku memusingkan tubuhku dan lantas berlari menerusi bilikku. "15 minit!" Sempat aku menjerit. Kedengaran suara ayah dan Mikail ketawa terbahak bahak.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now