16.

4.3K 94 2
                                    

MIKAYLA'S POV

Seawal 7 pagi lagi, aku sudah berada di bilik khas yang disediakan oleh pihak penganjur majlis ini. Sejak dari aku bangun pagi ini, aku lansung tidak menghubungi Mikail begitu juga dengan Mikail. Masing masing sibuk mempersiapkan diri untuk hari istimewa kami. Aku yang masih lagi mengenakan t-shirt memadang bayanganku yang terpantul di cermin meja solek.

"Today is the day" Sempat aku berkata pada diriku sendiri.

"Hei, Mikayla" Sapa Sofea sebaik sahaja membuka pintu bilik tersebut.

"Eh Sofea" Balasku. Sofea sebenarnya merupakan jurusolek yang agak terkenal di kalangan kenalannya di Kuala Lumpur. Dia di tugaskan untuk menyolek wajahku hari ini, di hari bahagiaku.

"Aku tak buat keputusan terburu buru kan?" Soal ku kepada Sofea membuatkan Sofea mengerutkan dahinya, hairan.

"Mikayla rasa terlalu cepat kah?" Soalnya pula. Aku terdiam seketika, berfikir sejenak.

"Kitaorag baru beberapa bulan berkenalan, dan selepas Mikail melamar aku, aku fikir kitaorang akan tunggu sehingga setahun, paling kurang, baru melangsungkan pernikahan." Jelasku. Sofea memandang wajahku lama.

"Kun faya kun, jadilah, maka jadilah ia. Mikayla, apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Dia lah yang menentukan segala-galanya. Perpisahan dengan Carl dan pertemuan dengan Mikail itu sudah tertulis buat Mikayla. Ini takdir Allah. Mikail memang jodoh Mikayla." Ujar Sofea, cuba menghilangkan kegusaranku. Aku tahu Mikail memang terbaik untukku. Kali ni, aku tak salah pilih.

"Kalau Sofea nak tanya sesuatu boleh?" Soal Sofea. Aku tersentak lalu mengangguk.
"Betul ke, Carl dah mengandungkan anak dara orang sebab itu dia kahwin?"

Aku terdiam seketika sebelum menjawabnya, "Aku tak berani nak cakaplah Sofea, tapi waktu kitaorang tersempak dia semalam, isteri dia mengandung dan sepertinya dah masuk 7-8 bulan. Padahal Carl baru berkhawin 5 bulan." Jelasku. Memang itulah yang aku fikirkan tatkala melihat perut isteri Carl yang membulat kelmarin.

"Dari dulu lagi, ayah Mikayla selalu membebel, dia betul betul tak berkenan dengan Carl. Tapi anak dia yang nak, dia turutkan saja." Ujar Sofea.

"Ayah tak pernah bagitahu Mikayla pasal ni. Ayah selalu merahsiakan sesuatu daripada Mikayla." Kataku lalu mengeluh kecil.

"Bukan dia rahsiakan, dia cuma tak nak Mikayla fikir yang bukan bukan pasal Carl. Mikayla pun tahu, Pak Long tu bukannya suka sangat benci benci orang ni" Jawab Sofea pula. Sofea memanggil ayah dengan gelaran pak long sebagai singkatan pakcik sulung.

"Mikayla, Setiap hubungan akan menjadi bosan dan ia akan menjadi semakin bosan selepas korang bersama selama bertahun tahun. Pada awalnya semuanya memang sangat menyeronokkan apabila korang mengenali satu sama lain, sentiasa akan mendebarkan untuk mengejar satu sama lain hingga akhirnya, semuanya menjadi sukar dan saat itulah kita akan cenderung untuk berhenti dan pergi mencari orang lain kerana "percikan api itu hilang" dan kita mahu merasa dikehendaki dan dikagumi dan disayangi lagi. Tetapi dengar, itu bukan yang sepatutnya terjadi. Itu bukan satu satunya cara untuk menyelesaikan semuanya. Saat korang rasa yang hubungan korang mulai bosan, saat itulah korang sepatutnya ingat 'kenapa aku pilih dia dulu' dan 'kenapa aku terkejar kejar dia dulu'. Saat korang rasa, OK, I'm done, sedarlah tidak kisah dengan siapa korang bersama, ianya tetap sama. Tetap akan menjadi bosan juga. Untuk bertahan dalam perkhawinan memang bukan mudah, perlu banyak sabar dan yang penting mesti ada give and take." Pesan Sofea panjang lebar. Aku hanya mendengar lalu tersenyum. Memang banyak yang aku perlu pelajari tentang hal rumah tangga.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now