8.

1.8K 84 2
                                    

MIKAIL'S POV

Mikayla yang baru sahaja keluar dari biliknya terkejut melihat aku yang sudah pun duduk di meja makan bersama ayahnya. Dia menjeling matanya keatas, sebel. Dia pantas meletakkan slig bagnya di kerusi bersebelahan dengannya.

"Mikayla, pagi ini Mikail datang awal. Dia yang siapkan sarapan pagi ni. Jarang tengok orang bujang pandai buatkan sarapan macam ni!" Kata ayahnya dengan nada yang gembira. Aku tunduk tersipu malu.

"Baguslah, orang bujang pandai buat sarapan. Tak payah lah ayah susah payah buat sarapan untuk Mikayla lepas ni, kan?" Balas Mikayla dengan nada perli. Aku hanya tersenyum. Dari riak wajahnya, aku sudah tahu dia pasti sedang marah denganku.

Setelah selesai sarapan, aku meminta izin dari ayahnya untuk pergi ke kerja bersama Mikayla. Ayah Mikayla hanya tersenyum sebelum mengangguk setuju. Kami berdua bergilir gilir bersalaman dengan ayah Mikayla sebelum berjalan keluar dari rumah.

Aku dan Mikayla kini berada di luar pagar rumah. Sempat aku melambaikan tangangku ke arah ayah sebelum dia menutup pintu utama rumah. Aku mengerling ke arah Mikayla yang sudah pun menjeling tajam ke arahku.

"Saya naik bas." Ungkapnya ringkas.

"Kenapa? Saya dah di sini. Alang alang, kita turun kerja sama samalah." Balasku sambil menghulurkan helmet kepadanya. Dia menolak huluran helmetku.

"Saya naik bas. Tak peduli apa yang awak nak cakap saya naik bas." Tegasnya.

"Mikayla.. Saya tahu yang Firdawsi ada bagitahi pasal ex tunang saya call saya dan.."

"Mikail, ada lebih baiknya kita bataskan pergaulan kita. Kita cuma kawan kan?" Belum sempat aku menghabiskan kata kataku dia segera bersuara. Aku mengangguk. Entah mengapa saat dia mengatakan 'kita cuma kawan' hatiku terasa sakit walaupun hakikatnya kami memang cuma berkawan. "Dan.. saya ada blind date lepas kerja" Sambungnya lagi. Aku yang terkejut pantas jalan menghampiri dirinya. Ditenung ku wajahnya lama. Wajahnya kelihatan bersahaja.

Dia tak seriouskan? Hatiku dijentik rasa risau. Risau yang dia akan dimiliki orang lain.

"Blind date?" Soalku untuk mendapat kepastian. Dia mengangguk. Tiba tiba kepalaku terasa sakit begitu juga hatiku. Seakan seluruh organku tidak bernyawa.

Dia tak mungkin serius.

"Carl dah lama kahwin. Rasanya dah siap honeymoon kot. Sekarang, dah tiba masanya saya move on sepenuhnya dan cari pengganti Carl." Jelas Mikayla lalu tersenyum. Sekali lagi, hatiku terasa sakit bagai dicucuk dengan sembilu.

"Tapi kenapa?" Soalku lagi kurang berpuas hati dengan jawapanya.

"Kenapa tidak?" Soalan ku dibalas dengan soalan. Aku mengeluh panjang. Terasa kecewa dan hampa. Ingin sahaja aku menjerit, sebab saya kan ada!

Dengan hati yang masih sakit, aku pantas menaiki motosikalku lalu menghidupkan enjinnya.

"Betul awak taknak ikut saya?" Tanyaku lagi cuba memujuknya. Dia hanya tersenyum. Pleaselah, cakap yang awak tukar fikiran dan awak nak tumpang saya.

"Tak, saya ok naik bas" Jawabnya sambil tersenyum. Tidak seperti kebiasaannya, senyumannya kaali ini menghiris hatiku.

"Kalau awak sure, saya pergi ni?" Tanyaku lagi masih cuba memujuk. Halanglah saya dari pergi, dan awak nak tumpang saya.

"Pergilah. Saya ok" Jawapnya ringkas. Sekali lagi menghampakan harapanku.

Mungkin kali ni hatinya benar benar merajuk.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now