15.

2.2K 83 2
                                    

MIKAYLA'S POV

Pejam celik pejam celik, esok merupakan hari peristiwa bagi aku dan Mikail iaitu hari pernikahan kami. Darah gemuruhku kini sudah sampai ke peringkat tertinggi.

Aku yang masih mengantuk berjalan ke ruang tamu. Ayah sudah pun menghadap kaca televisyen. Apa cerita best pagi pagi ni? Bisik hatiku sambil memandang ayah yang sedang duduk di sofa sekilas sebelum berjalan melangkah ke dapur.

"Eh, Mikayla dah bangun" Sapa ayah setelah mendengar bunyi pinggan mangkuk yang berlaga sesama sendiri.

"Selamat pagi, ayah!" Ucapku sambil tersenyum mesra lalu mencedok nasi goreng ayam yang terhidang di atas meja makan. Aku kemudiannya menarik kerusi meja makan itu dan duduk.

"Macam mana perasaan Mikayla hari ni?" Soal ayah sambil berjalan menghampiriku. Sejak dari aku dilamar sampai lah sekarang, ayah tidak pernah putus untuk menanyakan tentang perasaan aku. Entah apa yang membuatkannya sebegitu teruja.

"Nervous?" Balasku ringkas. Ayah menoleh ke arahku ketika aku hendak menyuapkan nasi goreng itu ke mulutku. Aku batal menyuap, lalu memandang wajah ayah yang kelihatan sayu. "Ayah kenapa?" Tanyaku setelah melihat perubahan wajah ayah.

"Esok, Mikayla akan jadi isteri Mikail. Maksudnya, ayah tak lagi bertanggungjawab ke atas Mikayla." Ujar ayah sambil tersenyum kelat. Hatiku terasa sebak.

"Ayah.." Ucapku lalu menggengam tangan ayah yang di letaknya di atas meja makan. "Sekalipun Mikayla dah jadi isteri orang, ayah tetap kekasih hati yang pertama dalam hidup Mikayla." Sambungku. Ayah menghadiahkan sekuntum ciuman di ubunku sebagai tanda terima kasih.

Ding dong! Bunyi loceng rumah menghentikan babak sedih antara aku dengan ayah. Siapalah yang datang pagi pagi buta ni, baru nak fe-feeling macam dalam drama. Omelku.

"Oh, itu mesti Mikail!" Kata ayah dengan nada yang sangat teruja. Kalau sebut pasal Mikail, apa saja pasti membuatkan ayah teruja. Apalah rahsia Mikail sampai dapat curi hati ayah sebegini.

"Ayah jemput Mikail?" Soalku. Bukannya aku tak suka Mikail datang kemari, sebagai tunangnya pasti aku suka cuma aku merasakan bahawa agak tidak manis jika sering berkunjung ke rumah orang yang belum sah menjadi isterinya.

"A'ah. Esok kan Mikail akan jadi suami Mikayla, dan menantu ayah. Jadi, mestilah praktis untuk menyambut dia kemari setiap pagi" Balas ayah yang jelas sekali tidak masuk akal. Kenapa mesti praktis hari ni kenapa tak esok je, lagipula aku dan Mikail sudah berjanji untuk tinggal bersama ayah selepas berkahwin. Ayah yang masih lagi teruja pantas berjalan menuju pintu rumah dan membukanya untuk Mikail.

"Masuklah" Jemput ayah. Sempat aku mencuri dengar. Aku yang sedang sibuk mengunyah, memandang Mikail dengan hanya ekor mata.

"Ayah, Mikayla takda mood ke?" Bisik Mikail yang mendekatkan bibirnya ke telinga ayah namun dapat didengari olehku.

"Kalau saya takda mood pun kenapa?" Aku mencelah. Mikail yang kelihatan agak takut pantas menelan air liurnya sebelum menggelengkan kepala. Hatiku terasa tercuit. Aku tertawa kecil. Mikail memandangku dengan penuh kehairanan. Dia perlahan lahan menarik kerusi yang berhadapan ku lalu duduk.

"Kalau Mikayla takda mood, dia takkan ketawa macam tu. Jangan kata nak ketawa, senyum pun tak lalu. Makan apatah lagi. Kalau Mikail nak tahu, ni dah dua pinggan  dia makan" Ujar ayah. Aku membulatkan mata sambil menggelengkan kepala cuba menidakkan kenyataan ayah. Mikail yang menghembus nafas lega kini tertawa kecil.

"Ayah masak apa?" Soal Mikail cuba memulakan perbualan.

"Oh, ni nasi goreng ayam. Makanan kegemaran Mikayla. Mikail kena belajar resepi ni, esok lusa bila Mikail dah jadi suami Mikayla, dia mesti akan request nasi goreng ni pagi pagi sebab dia tak pandai masak!" Ujar ayah, sekali lagi memalukan aku. Aku bukannya tak pandai masak, cuma malas nak bangun pagi siapkan sarapan. Aku menjeling ke arah Mikail dan ayah yang sedang meledak ketawa. Memang sepadan!

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now