5.

2.7K 87 0
                                    

MIKAIL'S POV

Seawal 7 pagi lagi aku sudah tercegat di luar pagar rumah Mikayla. Hari ini dia tak boleh lari dari aku! Bisikku. Tidak lama kemudian, Mikayla pun keluar dari pintu rumah. Dia yang terkejut dengan kehadiranku perlahan lahan menutup pintu rumah sebelum menguncinya. Aku lantas melambaikan tanganku ke arahnya. Tiada senyuman seperti sebelumnya dari Mikayla.

"Apa awak buat sini?" Soal Mikayla dengan nada serius sebaik saja dia menghampiriku.

"Jemput awaklah." Jawabku sambil tertawa besar bagi menenangkan keadaan yang tegang kini. "Dari semalam awak hilang" sambungku lagi.

Mikayla hanya terdiam.

"Mikayla.." suara yang agak familiar itu menyapa Mikayla sekaligus mematikan niatku untuk bertanyakan khabarnya.

Wajah Mikayla kelihatan semakin tegang. Aku yang tahu benar puncanya hanya terdiam memadangnya. Sudah pasti kehadiran ayahnya pada pagi ini merosakkan moodnya.

"Hi pak cik. Nama saya Mikail. Lupa saya perkenalkan diri semalam." Sapaku sambil menghulurkan salam bagi memecahkan kesunyian. Mikayla yang dari tadi hanya mendengar kini memandangku dengan pandangan yang tajam. Sempat aku menelan air liurku sebelum melemparkan senyuman yang kekok kepadanya.

Tanpa memperdulikan aku mahupun ayahnya, Mikayla segera berjalan meninggalkan pekarangan rumahnya. Aku dengan pantas menarik tangannya membuatkannya pusing menghadapku.

"Ish, lepaslah!" bentak Mikayla. Aku yang akur dengan desakannya melepaskan tangannya serta merta. Aku kemudiannya memusingkan badanku menghadap ayah Mikayla yang masih lagi berdiri kaku.

"Pak cik tahu tunggang motosikal?" Tanyaku kepada ayahnya.

"Lebih dari tahu, Mikail" Balasnya sambil tersenyum. Aku pantas menyerahkan kunci motosikalku dan mengejar langkah Mikayla yang agak jauh ke hadapan.

Aku yang tercungap cungap keletihan memandang ke arah Mikayla yang sedang memanjangkan lehernya. Bola matanya meliar ke sana ke sini. Sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan dan sesekali dia mengerling jam tangannya. Aku yang masih keletihan terus berjalan menghampiri. Dia menjelingku tajam lalu memeluk tubuhnya. Dia kedengaran mengeluh.

"Awak buat apa dekat stesen bas ni?" soalku. Kalau dah dekat stesen bas mestilah tunggu bas. Apa punya soalan lah kau tanya Mikail!

"Tunggu burung merpati hantar surat!" Balas Mikayla. Nadanya kedengaran agak keras. Marah tapi masih juga nak menjawab membuatkan aku geli hati. Sekali lagi menjeling aku.

"Mikayla.." Belum sempat aku bersuara, bas sudah pun tiba. Tanpa berlengah, Mikayla segera menaiki bas dan mengambil tempat duduk kedua dari belakang, di sebelah kanan bersebelahan dengan cermin.

Baru sahaja ingin melabuhkan punggungku disebelah Mikayla, seorang nenek yang kelihatan uzur berdiri di dibelakang ku memaksa aku mengalah. Aku lantas mempersilakannya duduk. Dia senyum sebagai tanda terima kasih. Sempat aku mencuri pandang Mikayla yang sudah pun memadang ke luar tingkap.

"Ini teman wanita cucu ke?" Tanya nenek tersebut. Mikayla dengan pantas mengalihkan pandangan ke arahku. Kami kini bertentangan mata. Tiba tiba satu idea nakal terlintas di mindaku. Aku tersengih.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now