Sampai Ke Hari Tua

4.6K 155 18
                                    

7 tahun kemudian..

MKAIL'S POV

Seumur hidup aku, aku tidak pernah membayangkan ini semua terjadi. Saat aku tidur ditemani seorang wanita yang hebat disisi dan bila pagi menjelma, anak kecil yang comel mengejutkan aku, bunga yang cantik, Naura Nadhifa.

"Ayah! Ayah bangun!" Jerit anak kecilku yang berusia 6 tahun itu sambil memukul perutku seperti memukul dram.

"Ada apa, Naura?" Kataku dengan nada mengantuk. Mataku digosok berkali kali.

"Kalau ayah tak bangun nanti mama marah." Jeritnya lagi membuatkan aku bingkas bangun. Dia yang terduduk di sisi katil ku tertawa kecil. "Ayah, takut bini!" Katanya lalu menyambung tawanya. Aku yang enggan memperdulikannya, terkial kial berjalan ke dapur. Dia mengekoriku dari belakang.

"Abang dah kenapa?" Soal Mikayla, dengan penuh kehairan.

"Selamat pagi sayang!" Jerit ayah kepada Naura lalu mengedongnya sebaik saja keluar dari bilik tidur, mematikan niatku untuk membalas pertanyaan Mikayla. Naura tertawa kecil mebuatkan ku semakin geram. Geram sayang.

Nasib baik comel!

"Naura, apa yang Naura cuba tipu papa kali ni?" Soal Mikayla kepada anak kecil kami seakan dapat membaca bahasa tubuhku, atau mungkin sudah masak dengan perangai anak kecilnya yang suka menyakat.

"Naura tak tipu. Naura bagitahu ayah, kalau ayah tak bngun nanti mama marah dan cuma cara tu je dapat buat papa bangun. Jadi, kira tipu sunatlah kan?" Lancang saja mulut kecilnya itu menjawab.

"Tengok, anak awak tu. Pandai menjawab, macam awak." Kataku kepada Mikayla. Dia yang baru sahaja meletakkan pinggan kosong di atas meja makan lantas membulatkan matanya. Mulutnya sedikit ternganga.

"Amboi, cakap macam tak pernah cermin diri sendiri.  Abang pun dua kali lima." Balasanya sambil mencebik bibir, menyampah.

"Sudah, sudah korang berdua. Naura ni darah daging korang berdua so maksudnya dua dua perangai pun dia ikut. Seorang suka menjawab, seorang lagi degil." Ayah mencelah membuatkan aku dan Mikayla terdiam.

Aku kemudiannya mengalihkan pandanganku ke arah juadah yang sudah tersedia di atas meja, dan semuanya dimasak bukan oleh mamaku, bukan juga papaku tetapi isteriku. Selama 7 tahun bersama tak sedikitpun Mikayla jemu untuk melakukan ini semua untukku. Aku rasa bersyukur.

"Thank you, sebab dah hidangkan ni semua." Ucapku sambil tersenyum.

"Thank you je? Tak ada hadiah ka?" Soalnya pula mengusik. Aku berfikir sejenak.

"Kalau abang bagi cinta boleh?" Balasku dengan senyuman yang nakal. Naura yang mendengar perbualan kami pantas menutup telinga nya dan berkata 'ew!'. Ayah pula membuat aksi seperti ingin muntah, meluat sangat gamaknya. Kami berdua serentak tertawa melihat telatah Naura dan atuknya.

"Btw, Mikayla dan Mikail tak pergi cafe ke?" Soal ayah pula. Kami berdua serentak menjawab 'pergi'.

"Ayah nak ikut ke?" Soal aku pula.

"Boleh juga, memandangkan takda apa yang ayah boleh buat. Dapatlah main dengan cucu atuk ni kan?" Balas ayah sambil mengeletek pinggang Naura. Naura yang kegelian tertawa gembira. Mikayla hanya menggelengkan kepalanya.

Terdapat banyak perubahan yang dilakukan olehku pada Timeless Cafe. Bukan sahaja ditukarkan dari restoran ke cafe, dekorasi nya juta turut diubahku. Terdapat beberapa gameboard turut disediakan seperti monopoli, uno card dan sebagainya di cafe ini.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now