9.

1.8K 95 1
                                    

MIKAYLA'S POV

Dengan malas dan menahan gigil aku memaksakan diri bangun dari tempat tidur. Untuk melawan hawa dingin, aku menggosok-gosokkan kedua telapak tangan. Sesekali aku menguap panjang sambil tanganku menata rambutku sehingga membentuk messy bun. Aku perlahan lahan melangkah masuk ke dalam bilik untuk menggosok gigi dan mencuci muka sebelum berjalan ke dapur.

Setiba sahaja ku di dapur, mataku melirik ayah yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Aku segera menarik kerusi meja makan lalu melabuhkan punggungku.

"Eh, selamat pagi!" Ucap ayah setelah sedar kehadiranku. Aku menompangkan daguku di atas meja makan, mataaku dipejam seketika. Masih mengantuk walaupun dah cuci muka. "Bukan hari ni ahad ke? Rajin pula Mikayla bangun awal?" Soal ayah dengan nadaa sindir. Aku hanya mengangguk malas. Sebenarnyaa bukan rajin taapi sejak semalam aku tak dapat tidur dengan lena.

Ding Dong!

Bunyi lonceng rumah mematikan niatku untuk terus terlelap. Ayah dan aku saling berpandangan. Ayah mengangkat keningnya 'siapa?' dan aku mengangkat bahu 'aku tak tahu siapa'. Aku segera berjalan menuju ke arah pintu dan membukanya. Seperti dalam mimpi, Mikail sekarang berdiri di hadapanku. Aku mempelawaya masuk.

Hubungannya dengan ayahku begitu baik jadi tidak hairanlah jika dia kemari walaupun pada hari ahad.

"Hei, Mikail!" Kehadiran Mikail disambut riang oleh ayah. Ayah pantas memeluk dan mempelawanya duduk. Tanpa membantah, Mikail lantas melabuhkan punggungnya. "Patutlaah Mikayla bangun awal, rupanya awak nak datang. Tadi pak cik tanya, dia angkat bahu pura pura tak tahu." Jelas ayah lalu tersengih. Mikail memandangku tajam. Aku menggelengkan kepalaku menidakkan kenyataan ayah.

"Berhenti keluar dengan Firdawsi." Arah Mikail dengan wajah serius sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Aku mengerutkan dahiku hairan. Hairan macam mana dia tahu aku dengan Firdawsi semalam. Ayah masih lagi sibuk di dapur gas. Entah apa dimasaknya.

"Sebab tu ke awak datang kat sini pagi pagi?" Tanyaku dengan nada rendah, takut di dengari oleh ayah.

"Itu bukan masalahnya. Awak mesti berhenti keluar dengan dia. Saya tak kisahlah, dia kawan saya atau bukan. Awak mesti berhenti keluar dengan dia" Perintahnya. Aku tersenyum sinis.

"Mikail, saya dah besar. Awak tak payah sibuk masuk campur hal saya" Ujarku. Dia ingat aku ni apa? Patung? Atau orang suruhan dia? Getus hatiku.

"Awak fikir saya peduli? Sama ada awak suka atau tidak saya akan tetap masuk campur hal peribadi awak. Kenapa awak tak nak? Sebab Firdawsi dah ganti tempat saya sebagai pendengar masalah peribadi awak?" Aku yang terkejut mendengar telahannya segera berdiri dari tempat dudukku.

"Awak ingat saya murah sangat? Kalau tak disebabkan awak, saya tak mungkin pergi ke blind date tu dan jumpa orang yang entah apa apa macam Rizal. Kenapa sekarang saya rasa macam saya dipersalahkan? Apa yang saya buat semua salah. Pergi blind date salah, jumpa Firdawsi salah, buat apa apa pun semua salah. Awak fikir saya ni apa hah? Robot? Patung? Tak ada perasaan? Awak cakap macam awak tak pernah buat salah. macam awak semua betul. Mikail, kalau macam ni lah perangai awak. Better awak pergi dan jangan jumpa saya lagi!" Jeritku kuat. Terlalu kuat sehingga mengambil perhatian ayah yang dari tadinya sibuk memasak. Terpinga-pinga ayah melihat aku yang sedang merenung Mikail tajam.

Mikail segera menarik tanganku dan meminta maaf tapi semuanya terlambat. Takda apa yang boleh dilakukan kalau kaca dah hancur berkecai. Aku menepis tangan Mikail sebelum berjalan masuk ke bilik tidurku.

Air mata yang ditahanku sejak tadi, dihamburkan sepuasnya puasnya. Perih. Sakit. Itulah yang aku rasakan sekarang. "Sampai hati awak tuduh saya bukan bukan, Mikail."

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now