PROLOG

16.7K 645 8
                                    


Jam menunjukkan pukul 2.00 Pm. Habis saja solat Zohor, Hazel duduk bersimpuh ditingkat atas majid sambil membaca buku semusim di Mahsyar karya Hadi
Fayyadh.

Hampir mengalir air mata Hazel apabila membaca buku yang menceritakan kisah seorang anak yang derhaka terhadap kedua ibubapanya.

Hazel menutup buku itu.Tasbih berwarna pink kegemarannya diambil.Tasbih yang selalu dibawa kemana-mana. Seseorang yang istimewa berikan padanya.

Mulutnya tidak berhenti berzikir kepada Allah SWT.

Mata dipejam.Air mata yang mengalir dibiarkan.Rasa rindu terhadap seseorang membuatkannya sedih.

Beberapa minit kemudian.

Hazel menjenguk kebawah.Dari atas dapat dilihat seorang lelaki memasuki masjid untuk solat Zohor.

Hazel tertarik dengan lelaki itu walaupun pun wajahnya kurang jelas kerana jarak yang sedikit jauh.

Dari jauh dapat mengagak yang lelaki itu seorang yang kacak.

Hazel memerhatikan gerak-geri lelaki itu sehingga dia habis solat.

Jantung yang berdegup kencang disentuh.Hazel cepat-cepat beristighfar.

"Ya Allah berdosanya aku."

Hazel memandang kebawah kembali tetapi lelaki itu sudah hilang.Berkerut dahi Hazel.

"Hantu ke manusia ni?"

***

Keesokan harinya.Seperti semalam selepas solat Zohor,Hazel akan duduk ditingkat atas masjid sambil membaca buku.

Sesekali dia menjenguk kebawah.Dia berharap sangat dapat berjumpa dengan lelaki misteri itu lagi.

Sudah 6 kali dia menjenguk kebawah.Akhirnya kali ke 7 membuatkan Hazel tersenyum lebar.

Seperti semalam lelaki misteri itu solat Zohor seorang diri.

Hazel memerhati lelaki itu sehingga dia keluar daripada masjid.Senyuman tidak lengkang daripada bibirnya.

***

Hari ini sudah masuk hari ketiga Hazel mengusya lelaki misteri itu.

Dalam keadaan tergesa-gesa Hazel keluar daripada masjid.Dia tidak perasan yang dia sudah terlewat.

'Tulah kau Hazel,gatal sangatkan'

Kerana terlalu kalut, tasbih kesayangan milik Hazel terjatuh.

Baru saja Hazel ingin mengambil,ada tangan lain yang mengambilnya dulu.

Hazel mengangkat muka.

Apabila mata bertemu mata jantung berdegup kencang.

'Crush 3 hari aku!'

Ya Allah cantiknya mata biru dia.

"Ni awak punya?"kata lelaki itu sambil menghulurkan tasbih kepunyaan Hazel.

Terketar-ketar tangan Hazel menerimanya.

***

'Cantik.' guman Adam dalam hatinya.Mata Hazel milik gadis itu amat menarik perhatiannya.

"Thank you."ucap gadis itu selembut tuannya.

"Most welcome."senyum manis terukir dibibir merahnya. Pertama kali dia senyum dengan ikhlas kepada orang yang tidak dikenali.

Gadis itu berlalu pergi.

Adam berfikir sejenak sebelum membuat keputusan untuk memanggil gadis itu.

"Tunggu."kata Adam tanpa berpaling.

Adam mendekati gadis itu.

"Huh?"

"Boleh kita jumpa lagi?"kata Adam sambil menghulurkan sesuatu.

Dengan ragu-ragu gadis itu menyambut.

"Apa ni?"tanya gadis itu.

"Simpan elok-elok ada jodoh,ada kesempatan kita jumpa lagi. Assalamualaikum."jawab Adam dengan senyuman sebelum cepat-cepat lari meninggalkan gadis bermata Hazel itu.

Adam pelik dengan dirinya . Kenapa aku buat macam tu?

Tiba-tiba Adam tersenyum.

Sungguh dia tidak menyesal memberikan barang yang paling disayanginya kepada gadis itu.

***

Terkebil-kebil mata Hazel melihat lelaki itu yang sudah menjauh.

Pemberian daripada lelaki misteri itu ditenung.

Keychain berbentuk kunci berwarna emas.Diatasinya terukir ayat 'you're mine' dan dibawahnya ada tulis kecik 'TIAH'.

Hazel masih tidak faham dengan apa yang berlaku.

Tanpa ragu-ragu,Hazel menggantungkan keychain itu pada tasbih kesayangan miliknya.




Thank you for support!
😋
Hope you guys enjoy! Jangan lupa vote dan comment untuk memberikan semangat kepada Cik Bunny.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now