IAH:12

7.6K 435 16
                                    


Hari sudah menjelang malam, tapi mereka berempat masih belum pulang. Timbul juga perasaan risau dengan hujan yang tidak henti-henti daripada petang tadi.

Hazel membaling telefonnya kasar ke atas katil. Geram apabila panggilan tidak diangkat. Line pula sekejap ada sekejap tiada.

"Dah tak ingat anak ke apa ni?"

Tok! Tok! Tok!

Pantas Hazel membuka pintu biliknya apabila diketuk daripada luar.

"Diaorang tak dapat balik sebab ada tanah runtuh. Biasalah sebab ni kawasan bukit. Diaorang check in hotel malam ni."beritahu Adam senafas tanpa salam.

"Habis kita macam mana? Memang tak sayang anak ke? Anak kat sini entah makan, entah tak.Sibuk dengan bini kau tu!"marah Hazel tiba-tiba. Hatinya begitu sakit pada ketika itu.

Rasa nak pecahkan je semua barang dalam bilik tu macam yang selalu dia buat kepada biliknya apabila marah.

"Rilex lah. Kita macam nilah kau tidur bilik kau aku tidur bilik aku."jawab Adam tanpa perasaan. Jelas muka dinginnya.

Tanpa sepatah kata Hazel terus menghempas pintu kasar.

Adam hanya membiarkan saja. Biasalah orang tengah marah.

***

Pusing ke kanan tak kena. Pusing ke kiri pun tak kena. Semua tak kena. Rasa gelisah menguasai diri.

Jam dikerling. Baru pukul 10.30 malam. Awal lagi.

"Oi. Mak kau!"

Hazel terus memeluk lutut apabila bunyi guruh yang kuat masuk ke dalam indra pendengarannya. Menggigil satu tubuh.

Sejujurnya dia memang takut dengan bunyi guruh. Kerana ketika kecil dia pernah ditinggalkan oleh 'seseorang' di tepi jalan. Pada masa yang sama hujan lebat diikuti dengan bunyi guruh tanpa henti.

Hal itu membuatkan dia trauma dengan bunyi guruh.

Kerana terlalu takut Hazel keluar lalu mengetuk pintu bilik Adam.

Tiada sahutan. Dia terus membuka pintu bilik Adam. Tiada orang.

Terus dia turun ke tingkat bawah.

Adam yang sedang menonton televisyen terus memandang ke arah Hazel yang menangis.

"Kau kenapa? Bukan kau dah tidur ke?"tanya Adam risau.

"Adam...aku takut hiks hiks..."kata Hazel dalam tangisan. Dia duduk disebelah Adam.

"Takut apa."semakin berkerut dahi Adam.

"Aku takut bunyi guruh." Hazel menggenggam hujung baju tidurnya. Dia betul-betul rasa takut.

Adam mengaru belakang tengkuknya.

"Habis tu kau nak aku buat apa?"

"Aku.... ARGHHHH!"

Kerana terlalu terkejut, Hazel terus memeluk tubuh Adam apabila bunyi guruh tanpa henti.

Terkejut Adam dibuatnya.

"Haz....Hazel kau jangan macam ni." Adam cuba menolak Hazel tetapi semakin kuat pelukannya.

"A.....aku takut."kata Hazel dalam tangisnya. Habis basah baju Adam dek air mata Hazel.

Perlahan-lahan Adam menggosok belakang Hazel. Cuba untuk menenangkannya. Ya Allah ampunilah hamba mu ini.

Apabila Hazel sudah sedikit tenang. Adam menolak Hazel perlahan.

"Hazel... pandang aku. Kalau kau rasa takut macam ni kau mengaji. Bila kau mengaji kau akan rasa tenang."

Hazel terdiam. Air matanya masih tidak berhenti mengalir.

"Jom kita mengaji."ajak Adam lembut.

Hazel hanya mengangguk tanda setuju.

Pada malam itu mereka mengaji diruang tamu. Hazel mendengar Adam mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Sungguh merdu.

Dia sudah lama tidak mengaji. Nasib baik dia masih mengingati cara untuk membaca Al-Quran. Itu pun banyak salah. Adam yang banyak menegurnya.

Betul kata Adam. Hati akan menjadi tenang apabila membaca Al-Quran.

Itulah yang dirasai Hazel sekarang.


***

Adam mengangkat Hazel masuk ke biliknya. Sampai tertidur mereka mengaji.

Nak tinggalkan diruang tamu kesian pulak.

Lepas ni memang dia kena solat taubat.

Adam merenung wajah sembab Hazel akibat menangis.

"Kau baik sebenarnya Hazel. Aku dapat rasa tu. Aku dapat rasa kesedihan dalam diri kau.Cuma aku tak tahu apa yang kau harungi. Siapa kau sebenarnya Hazel? Sejak pertama kali kau datang ke Briller highschool aku dapat rasa sesuatu yang lain. Kita  pernah berjumpa ke sebelum ni? Adakah kau gadis tasbih tu? Tak mungkin itu kau tapi kenapa setiap kali aku dengan kau jantung aku berdegup kencang?"

Adam menggeleng kepalanya. Bodoh kau Adam. Mustahil itu Hazel.

Gadis itu lain. Gadis itu sopan dan lembut tidak seperti Hazel. Cuma wajahnya memang mempunyai iras.

Adam sedaya upaya menidakkan perasaannya.

Terus Adam keluar daripada bilik Hazel.



Thank you for support!
😋

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now