IAH:4

9.2K 488 4
                                    

Semua pelajar diminta turun ke padang sekolah untuk aktiviti riadah.

Hazel, Kaira,Maira,Iris dan Bella sudah berada di padang sekolah begitu juga yang lain.

Baju jersi ketat yang dipakai Hazel sangat menjolok mata.Itu belum lagi seluar legging yang ketat.Tudung digayakan diatas dada.

Hazel menjeling kepada sekumpulan lelaki yang memandangnya dengan pandangan miang.

"Apa tengok-tengok?"sergah Hazel kepada sekumpulan pelajar lelaki.

"Dia tengok kau sebab kau tu seksi sangat.Pakai baju macam tak pakai baju.Wanita soleh harus menutup aurat dengan sempurna.Bukan ala kadar macam ni."sampuk Adam yang entah muncul daripada mana bersama gengnya.

Hazel membuat muka meluat.Suka kacau oranglah mamat ni!

"Eh Maira.....tu Luqman yang nak pinang kau tu."usik Bella dalam berbisik.

PAP!

Lengan Bella ditampar kuat.Siap bagi extra cubit lagi.Padan muka.Menyakat aku lagi.

"Aduh sakitlah!"marah Bella.

Semua memandang Bella.

"Kau pehal Bella?"tanya Iris.

Bella tersenyum sinis.

"Maira ni ha....dia marah aku sebab aku ungkit yang dia mengigau dalam kelas yang Luqman nak pinang dia."kata Bella senafas.Padan muka kau Maira.

Terlopong mulut Maira.Mukanya mula berona merah.

Semua memandang Maira dan Luqman yang berada disebelah Adam silih ganti.

Luqman menayangkan muka selambar.

"Aku memang simpan niat nak pinang dia lepas SPM ni."ujar Luqman selambar.

Terkedu Maira.Bukan saja Maira,yang lain turut terkejut sama.

"Booo."sorak yang lain serentak. Hanya Adam yang nampak tenang.

"A....apa kau mengarut ni...tak nak aku jadi isteri kau."sampai gagap-gagap Maira dibuatnya.

"Aku gurau je.Siapa nak kahwin dengan perempuan macam kau? Keras kepala,biadap,nakal,seksi."

Sedikit sebanyak Maira terkesan dengan kata-kata Luqman.Entah kenapa dengannya.Biasanya orang kutuk okay je.

"Wuuuu lek ah."Farhan cuba meleraikan perang mulut antara mereka.Kang ada yang makan penumbuk.

"Dahlah geng.Jom."ajak Luqman kepada gengnya.Yang lain hanya mengikut.

***

"Penat!"jerit Kaira dengan tercungap-cungap.

"Aku pun penat nak mampos dah ni."Iris berhenti disisi Kaira. Begitu juga yang lain.

"Aku rasa cikgu Salimah tu memang nak balas dendam dekat kitalah."Hazel melabuhkan punggung diatas rumput.

"Tulah ada ke patut suruh kita je lari 5 pusingan dekat padang ni.Padang ni bukannya kecik.Cair makeup aku!"kata Bella sambil menyepak-nyepak rumput.

Maira hanya diam.

"Haz..haz tengok tu."

"Apa?"Hazel memandang Kaira.

"Tengok si Kai tu.Dari tadi lagi aku perasan dia duk tenung kau lain macam atas bawah."

Hazel memandang Kai yang duduk di tepi padang bola sepak.

Seram pulak rasa dengan pandangan miang Kai.Bagai nak tembus.

Kai mengenyitkan mata kepada Hazel.Hazel membuat muka meluat.

"Haz...kau kena hati-hati dengan Kai tu.Aku dengar cita dia gila seks."bisik Iris perlahan.

"Ye weh.Aku pun ada dengar."tambah Maira

"Aku nampak dia suka gila-gila dekat kau.Walaupun dulu kau reject dia,dia tetap nak kan kau."

"Haish dahlah cakap pasal dia.Bencilah."Hazel mengibas-gibas mukanya dengan tangan.Panas.

Mata terpandang Adam.Jantung berdegup kencang apabila teringat kejadian semalam.

Hazel ralit memandang Adam yang sedang bermain bola sepak. Sumpah Adam nampak seksi dengan peluh di dahi dan leher.Dengan rambut yang terjuntai ke dahi.Hensem!
Kenapa aku tak perasan selama ni?

Pritt!

Semua pemain bola sepak berehat di tepi padang apabila wisel ditiup.

Hazel terasa sakit hati apabila melihat peminat-peminat Adam bermesra dengannya.

Tiba-tiba Hazel mendapat idea.

Senyuman penuh makna ditayangkan.




Thank you for support.
😋

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now