IAH:25

7.3K 386 6
                                    


"Awak cubalah bercakap dengan Hazel tu."kata Dato Amrul. Hazel yang sedang termenung di gazebo tepi rumah dipandang sayu.

"Saya tak beranilah. Abang pun tahukan yang Hazel tu tak suka saya. Kang saya cakap jadi lagi teruk."kata Puan Iman. Jauh di lubuk hatinya dia sedih melihat keadaan Hazel.

"Habis tu kita nak buat apa? Kita dah buat macam-macam tapi dia masih macam tu."wajah sedih isterinya dipandang.

"Saya rasa lebih baik orang yang rapat bercakap dengan dia."cadang Puan Iman.

Dato Amrul berfikir sejenak.

"Saya rasa saya tahu siapa."kata Dato Amrul dengan senyuman dibibir.

Harap-harap apa yang dirancangnya kali ni berjalan dengan lancar.

***

3 bulan kemudian.

"Cik Hazel tak nak turun lagi ke?" tanya Kak Ina kepada anak majikannya itu.

Hazel hanya merenung pintu pagar sekolah yang masih terbuka. Baru pukul 7.05 pagi. Suasana pun masih lengang. Tidak ramai orang.

"Saya tak tahu. Saya takut."balas Hazel perlahan tapi mampu didengari. Skirt sekolah di genggaman erat.

"Cik Hazel jangan takut. Bertenang.Semuanya akan okay." pujuk kak Ina.

Hubungan Hazel dan Kak Ina semakin akrab. Tidak seperti dulu. Hazel pun tidak berkasar dengannya.

"Okay. Bertenang Hazel." Hazel cuba memujuk dirinya. Nafas ditarik lalu dihembus.

Sepanjang Hazel berjalan menuju ke kelas. Banyak mata yang memandang Hazel dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Hazel cuba untuk kekal tenang. Wajah dimaniskan.

Sampai saja di kelas. Hazel duduk ditempatnya. Kelas masih sunyi. Biasalah budak kelas ni suka merayap pagi-pagi buta ni.

"Hazel?"tanya Kaira yang baru sampai.

"Betul ke kau ni Hazel?"tanya Maira pula. Mukanya jelas seperti tidak percaya.

"Kau janganlah Iris!....Hazel?" Bella yang memukul-mukul Iris terhenti. Begitu juga Iris.

Mereka berempat memandang Hazel atas bawah. Hazel nampak lain.

Keadaan menjadi sunyi seketika sebelum......

"HAZEL!!!!"jerit mereka berempat sebelum terus memeluk tubuh Hazel. Satu blok dengar suara mereka berempat.

"Weh kau pergi mana selama ni?"

"Sampai hati kau tinggal kitaorang."

"Rindu kau!"

"Kau pakai apa? Kau nampak semakin cantiklah sekarang."

Hazel sudah pening mendengar pelbagai soalan yang dilontarkan oleh kawan-kawannya.

"Sabar.Tanya satu-satu."kata Hazel cuba menenangkan kawan-kawannya yang dah macam orang terenjat.

"Aku dulu. Kau menghilang kemana selama 4 bulan ni?"tanya Kaira.

"Aku pergi ke suatu tempat yang jauh untuk tenangkan diri."jawab Hazel.

"Kau kenapa tak contact kitaorang langsung?"tanya Iris.

"Aku malu. Korang sendiri tahu apa yang berlaku pada aku. Aku takut korang tak nak kawan dengan aku lagi."kata Hazel perlahan. Dia betul-betul malu dengan kawan-kawannya. Dia takut kawannya akan meninggalkannya sendirian.

"Apa kau cakap ni Hazel. Kitaorang ni sahabat susah senang kau."kata Maira.

Yang lain mengangguk tanda setuju.

"Dahlah. Tak mau sedih-sedih. Lupakan apa yang berlaku." Bella menepuk bahu Hazel.

"Tapi aku ada satu soalan. Kenapa kau nampak lain eh? Kau dah bertukar kepada fesyen muslimah ke?" Si Iris ni dari tadi lagi dengan soalan ni.

"Aku nak berubah. Aku nak perbaiki balik diri aku."jawab Hazel dengan senyuman.

Hazel cuba memperbaiki pakaiannya. Dia tidak lagi memakai tudung shawl diatas dada. Walaupun tak labuh seperti ustazah tapi menutup dada.

Di sekolah ni semua pelajar bebas memakai tudung apa pun samada bawal atau shawl. Yang penting haruslah berwarna putih.Baju diaorang yang macam pelajar di Korea pakai tapi versi muslimah bagi yang beragama Islam. Lelaki pun sama. Baju Uniform diaorang berwarna merah dan hitam.( Korang bayanglah sendiri)

Yang lain hanya terdiam. Mungkin tersentap dengan apa yang diperkata oleh Hazel.

Hazel berharap sangat yang kawan-kawannya akan mendapat hidayah sepertinya.

***

"Kau nak makan apa Hazel? Biar aku berlanja kau harini."tawar Kaira.

"Betul ni? Kalau macam tu aku nak chocolate cake jelah. Air macam biasa."balas Hazel. Bukan senang orang nak belanja.

"Tu je? Nasi tak nak?"tanya Kaira lagi.

Hazel menggelengkan kepala tanda tak nak.

"Weh mana aci. Belanja kitaorang sekali."kata Maira dengan nada tidak puas hati.

"Tak nak. Aku nak belanja Hazel je. Belanja korang pokai aku. Dahlah makan macam gelandangan yang tak makan setahun."Kaira terus melarikan diri selepas habis ayatnya.Takut!

"Tak guna kau Kaira!"

Mereka bertiga mengejar Kaira. Kesah apa dalam cafe pun.

Hazel menggeleng kepala melihat perangai kawan-kawannya yang macam budak-budak.

Tiba-tiba bahu Hazel dirempuh  menyebabkannya hilang imbangan.

Hazel menutup matanya. Bersiap sedia untuk mencium lantai yang keras.

Aik? Tak jatuh pun.

Hazel terasa badannya dipeluk seseorang. Dia membuka matanya perlahan-lahan.

Mata bertentang mata. Degupan jantungnya menjadi laju. Rasa yang tidak dapat ditaksir hadir mengisi jiwanya.

Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

Maaf lambat sikit malam ni. Korang rasa siapa yang sambut Hazel?

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now