IAH:27

7.2K 384 9
                                    


"Macam mana kau boleh berubah sampai macam ni?" tanya Adam tiba-tiba.

Hazel yang enak menjamu selera terhenti. Sudu diletakkan ke dalam pinggan.

"Aku sedar yang aku banyak buat salah. Aku dah tersasar jauh. Tapi alhamdulillah sebab Allah masih memberi aku peluang untuk berubah. Aku tak boleh bayangkan kalau aku mati dalam keadaan jahil." Hazel menunduk wajahnya. Rasa malu bila mengenangkan dirinya yang dulu.

Adam hanya diam. Dia hanya mendengar apa yang diluah oleh Hazel.

"Alang-alang kita cakap topik ni. Aku nak minta maaf atas semua kesalahan yang aku dah lakukan pada kau. Aku banyak menyusahkan kau. Aku harap kau dapat maafkan aku." Hazel bersungguh memohon maaf kepada Adam. Rasa malu dibuang jauh-jauh. Selagi dia tak minta maaf hidupnya takkan tenang.

Belum sempat Adam menjawab ada satu suara menegur.

"Assalamualaikum."

"Walaikumusalam."

Hanya Adam yang menjawab salam. Hazel pula jadi kaku.

"Seronok nampak sarapan sama-sama. Boleh saya join?"tanya Jannah dengan penuh ramah.

"Duduklah."Adam menarik kerusi ditepinya untuk Jannah.

"Awak ni Hazel kan?"tanya Jannah. Senyuman tak lekang dari bibir.

Hazel mengangguk sebagai jawapan. Senyuman kecil diselitkan.

"Hazel macam mana sekarang? Dah okay?"

"Tadi okay tapi sekarang dah tak okay."jawab Hazel tanpa disedari.

Apa kau cakap ni Hazel? Adoi.

"Hah?"

"Eh okay je."

Hazel terpandang Adam. Adam merenungnya dengan pandangan yang tajam.

Hazel menolak pinggan spaghetti nya ke depan. Tisu diambil lalu mengelap mulutnya.

"Okaylah. Saya balik bilik dulu. Korang makanlah."pamit Hazel. Dia tidak mahu berlama disini.

"Duduk."arah Adam.

"Tapi aku.."

"Duduk. Habiskan makanan kau."kali ini suara Adam lebih tegas.

Hazel akur.

Pinggan spaghetti ditarik kembali.Sudu diambil lalu spaghetti disuapkan ke dalam mulut  dengan kasar tanda protes. Tak kunyah. Main telan saja.

"Makan perlahan-lahanlah."tegur Adam.

Hazel buat tak endah.

Adam menarik tangan Hazel yang berlapik baju.

"Nak mati awal ke? Kalau tercekik spaghetti tu tak ke aku jugak yang susah."walaupun nada Adam mendatar tapi tetap kedengaran tegas.

Hazel kembali mengunyah seperti biasa. Tangannya yang dipegang Adam ditarik.

Jannah pula hanya menyaksikan agenda seperti pasangan kekasih itu.

***

Hazel membawa bakul pakaiannya untuk dibasuh di dobi sekolah.

Boleh tahan berat jugak bakul ni. Maklumlah dah seminggu tak basuh baju.

"Opocot!"latah Hazel apabila Carl tiba-tiba berada dihadapannya.

Bakul pakaian yang dibawanya jatuh.Habis terabur segala pakaiannya.

Kalut Hazel mengutip segala pakaiannya apabila mata Carl nakal merenung pakaian 'kecik' milik Hazel.

Merah menyala muka Hazel akibat menahan malu.

"Chill lah. Aku dah nampak pun." kata Carl selambar.

"Diamlah!"marah Hazel.

Hazel melajukan langkahnya menuju ke dobi.

"Hazel!"panggil Carl.

Hazel tidak mengendahkan panggil Carl. Dia sudah cukup malu dengan kejadian tadi.

"Hazel! Ni kau punya!"

Langkah Hazel terhenti. Laju dia berpaling ke arah Carl.

Hazel menekup mulutnya apabila melihat Carl memegang bra miliknya.

"Red. I like it."kata Carl dengan senyuman nakal.

Hazel terus merampas bra miliknya daripada Carl.

"Kau ni kan!"marah Hazel. Dia betul-betul malu sekarang ni.

"Hey bukan salah aku. Kau yang tercicir. Nasib baik aku yang jumpa. Kalau orang lain?"

Hazel merenung tajam wajah selambar Carl.

"Apa? Aku tahu aku hensem. Kau bernasib baik aku bagi balik kau punya 'barang' tu. Kalau ikutkan hati aku nak je aku simpan tapi apalah daya takut kantoi masa sport check."

"Dah! Diam!"

Marah Hazel sebelum meninggalkan Carl yang masih tercegat disitu.

Dia dah tak jadi nak pergi dobi. Mood basuh baju dah hilang.

"Hazel.....Hazel."kata Carl sambil menggeleng kepala.

Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now