IAH:19

7K 417 27
                                    

"Aku tengok kau ni dah teruk sangat dah ni."

Hazel memandang Kaira yang berdiri ditepinya.

"Apa?"

"Lately ni aku tengok kau punya angin lain macam benor."

"Apa kau mengarut ni? Aku okay je."

Kaira melabuhkan punggung di birai katil Hazel.

"Okay kau kata? Weh kau sedar tak yang kau banyak sangat buat masalah harini. Dah lima kali kau keluar masuk bilik disiplin."

Harini saja lima kesalahan yang Hazel telah lakukan. Kesemuanya kes gaduh.

"Alah biasalah. Aku memang macam ni." Hazel menggaru-garu kepalanya. Baru dia sedar yang diterlalu banyak membuat kesalahan harini.

"Kau tak macam selalu Hazel. Aku nampak jiwa kau kacau sangat."

"Entahlah Kai. Aku rasa semaklah. Aku pun tak tahu kenapa." Hazel menahan air matanya. Tiba-tiba rasa sebak pula.

"Aku perasankan sejak Adam rapat dengan budak baru tu kau jadi macam ni. Kau cemburu?" Kaira memandang Hazel dengan pandangan yang mencurigakan.

"Woi apa kau cakap ni? Mengarutlah. Dahlah jom pergi padang. Dah lewat ni. Nanti tak pasal-pasal kena denda."

Hazel terus bangun lalu meninggalkan Kaira. Dia takut kantoi dengan Kaira.

Kaira tersenyum sinis.

Sekarang aku dah jumpa puncanya Hazel.

***

"Serious lah kau nak main tenis harini? Mengigau apa kau ni?"

"Alah dah lama aku tak main tenis ni."Hazel mengelap raket tenis nya yang sudah berhabuk dengan kain.

"Kai,kau tak rasa ke Hazel ni pelik?"tanya Iris secara berbisik-bisik. Takut Hazel dengar kang mampos.

"Kena kau rasa macam tu?"tanya Kaira balik.

"Entahlah...dia nampak semacam je."jawab Iris.

"Sejak Adam tu tak tegur dia,dia terus berubah. Kau rasa ada apa-apa berlaku ke masa diaorang holidays tu?"sampuk Maira.

"Apa-apa macam mana tu?"Bella turut mencelah.

Nasib baik Hazel telah masuk gelanggang.

"Haish...korang ni. Tak payah fikir bukan-bukanlah." Kaira menggeleng kepala. Kalau layan kawan-kawannya ni memang banyak mengarutlah.

Hazel memukul bola tenis itu dengan cekap sekali. Walaupun sudah lama tidak bermain tenis tapi dia masih handal seperti dahulu.

Hazel terpandang Adam yang duduk di tepi gelanggang tenis bersama kawan-kawannya. Jannah juga turut berada di situ.

Rasa sakit hatinya datang kembali. Baru ingat nak tenang-tenang je petang ni tapi semak pulak.

Cara Hazel memukul bola tenis pun sudah berubah. Izzah, pemain tenis terbaik sekolah pun terkinja-kinja untuk menangkap bola yang dipukul Hazel. Ganas benar ni.

Kerana terlalu mengikut perasaan. Tanpa sengaja Hazel terpukul bola tenis itu kearah Jannah. Oh shit!

Izzah pula sedaya-upaya mengejar bola itu. Tapi nasib tidak menyebelahi dia. Dia pukul angin menyebabkan dia terlepas raket itu ke depan. (Harap korang fahamlah)

Hazel menelan air liur apabila raket tenis milik Izzah betul-betul menuju kearahnya.

Selamat tinggal dunia.

"Jannah!"

"Hazel!"

Riuh habis satu padang sekolah pada ketika itu. Semua tengah kalut.

"Haz! Buka mata! Janganlah pengsan!"pipi Hazel ditepuk-tepuk Kaira.

Pandangan Hazel semakin lama semakin kabur dan semuanya gelap.

***

Hazel membuka matanya perlahan-lahan. Benda pertama yang dia lihat ialah siling putih.

Hazel gagahkan diri untuk bangun.Kepala yang berbalut dipegang.

"Auch!"

"Haz! Kau dah sedar!"terus tersedar Kaira yang sedang tidur. Dalam keadaan mamainya dia terus meluru kearah Hazel. Nasib tak jatuh.

"Eh janganlah bangun."

"Aku kat mana ni? Jap biar aku teka. Mesti hospital kan?"

" Woi menyempat eh kau main teka-teka. Jap aku panggil doktor."

Hazel menarik tangan Kaira yang mahu keluar memanggil doktor.

"Jangan lagi. Aku penat ni. Doktor dah lah kecoh. Mesti tanya kau banyak soalan mengalahkan wartawan."

Kaira mengeluh. Dia hanya akur.

"Apa sebenarnya yang berlaku?" tanya Hazel sambil membelek-belek pembalut dikepalanya. Mesti hodoh muka aku sekarang ni.

"Kau tak ingat ke?"

"Tak berapa ingat."

"Ha meh aku ingatkan. Petang semalam kau main tenis. Kau lawan dengan budak Izzah tu. Lepastu kau terpukul bola pada Jannah yang budak baru tu. Bola tu betul-betul kena atas kepala dia weh. Kesian aku tengok. Dan yang ni part best. Izzah nak tangkap bola tu tapi tak berjaya. Dia terlepas raket tenis kearah kau. Dan BOM! kau pengsan."

Hazel memegang dadanya akibat terkejut apabila Kaira menyebut perkataan 'BOM!'.

"Cara kau cerita tak pernah tak bersungguh kan? Eh jap...kau kata bola tu kena Jannah kan? Habis tu keadaan dia macam mana?"

"She fine. Don't worried. Sikit je. Kau tu yang teruk."

Tok! Tok! Tok!

Hazel sedikit terkejut dengan kehadiran Adam.

"Aku nak cakap dengan Hazel. Berdua." Dia menekan perkataan berdua.

Kaira memandang Hazel sekilas sebelum keluar meninggalkan Hazel dan Adam.

"Kenapa kau datang?"

Rasa bahagia bila melihat Adam datang melawatnya.

"Ini memang tugas aku sebagai presiden sekolah." Adam meletakkan bakul berisi buah-buahan diatas meja.

"Kenapa kau busuk hati sangat?" tanya Adam tiba-tiba.

"Hah?"

"Kau sengaja nak kenakan Jannah kan? Kau sengaja pukul bola tu kearah dia kan? Ni lah karma untuk kau Hazel. Kau buat dia,kau dapat balik."

Hazel terkedu. Sampai hati Adam berkata begitu kepadanya.

"Adam aku...."

"Dahlah Hazel. Aku dah muak dengan perangai kau ni. Please ubah diri kau tu. Aku mintak diri dulu.Assalamualaikum."

Hazel terdiam.

Air mata yang mengalir tidak dihiraukan. Dia menangis semahu-mahunya.


Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now