IAH:42

7.1K 368 15
                                    


"Weh panjangnya bulu mata kau."tangan Iris naik ingin menyentuh bulu mata Bella.

"Janganlah setan."tepis Bella. Kau ingat mudah nak lengkapkan bulu mata palsu ni?

"Sentuh sikit pun tak boleh."Iris tarik muka.

Hazel tahan gelak. Kawan-kawannya tak ubah seperti budak-budak.

Hazel membelek bajunya di hadapan cermin besar.Cantik. Dia terpaksa mencari baju lain.

Merata tempat dia cari baju yang sedondon dengan Adam tapi hampa. Yang ada pun dekat-dekat je.Kira okaylah tu.

"Hoi! Dah sampai mana?"sergah Kaira.Bahu Hazel ditepuk perlahan.

"Ishh kau ni."marah Hazel. Suka terkejutkan orang.

"Kenapa muka kamu nampak sedih sih?"tanya Maira dalam bahasa Indonesia. Sekali-sekala tukar bahasa apa salahnya.

"Mana ada.Aku okay je."jawab Hazel sambil tersenyum tawar.

"Kau sedih sebab baju tu kan?" teka Kaira.

Hazel melepaskan nafas berat.

"Aku cuma teringin sangat nak pakai baju tu."jari jemarinya dimain.

"Alah lupakan pasal baju tu.Kau cantik apa pakai baju ni."sampuk Bella.

"Haah.Kau pakai apa pun nampak cantik."puji Iris.

Kaira dan Maira turut menganggukkan.

Hazel tersenyum sambil memandang muka kawan-kawannya. Untung dia kerana mempunyai seperti mereka. Yang selalu ada ketika susah dan senang.

"Eh jomlah.Kita dah lambat ni." kata Kaira setelah mengerling jam di pergelangan tangan.

"JOM!"

***

Sampai saja dihadapan hotel del luna,Hazel memberhentikan langkahnya.Entah kenapa dia rasa sangat gementar. Rasa tak sedap hati pun ada.

"Haish...kau kenapa berhenti pulak ni?"tanya Maira dengan riak pelik.

"Aku....."

"Tepilah! Dalam banyak-banyak tempat tengah jalan jugak kau nak berdiri!"marah seorang gadis.

Hazel memandang gadis yang merempuh bahunya daripada belakang.Lama Hazel memerhati sehingga....

'Eh macam kenal baju tu?'

"Pukimak punya manusia. Jalan ni punyalah luas.Sengaja nak cari gaduh ni."Maira menyinsing lengan bajunya hingga ke siku. Matanya merenung tajam kearah gadis tadi. Tunggu masa saja nak menyerang.

"Dahlah Maira.Tak payah gaduhlah. Biarkan jelah."Hazel cuba menenangkan Maira yang tengah panas.

"Weh kenapa ni? Eh kau kenapa Maira? Gaya macam nak belasah orang je?"tanya Kaira yang berpatah balik apabila melihat Hazel dan Maira tiada.

"Ada orang kacau korang ke? Cakap siapa.Aku dah ready nak buka silat ni."Iris membuat gaya seperti bersilat.

"Eh aku pun."Bella turut mengikuti gaya Iris.

Tadi nampak ayu bukan main tapi sekarang dah macam tarzan.

"Ish tak ada apalah. Tak ada orang kacau pun."tipu Hazel. Dia tak nak timbul kekecohan disini.

"Betul ni Maira?"tanya Kaira.

Maira memandang Hazel sekilas sebelum mengangguk.

Mereka berlima berjalan masuk ke dalam dewan hotel itu dengan penuh bergaya.Dah macam model catwalk.Semuanya tampil anggun dengan busana yang direka sendiri kecuali Hazel.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now