IAH:40

7.4K 343 2
                                    


"Buah tembikai tu dah siap potong ke?"tanya Hazel seraya melangkah masuk ke dapur.

Dia sudah lengkap berbaju kurung bercorak bunga rose berwarna soft pink.Tudung shawl berwarna cream menjadi pilihan.

"Dah siap.Pergilah letak dekat luar."jawab Mak Lai.Dia juga sudah lengkap berbaju kurung.

Hazel terus mengangkat bekas berisi tembikai itu untuk dibawa ke ruang tamu.

Kebanyakan tetamu sudah sampai.Semua sedang rancak berbual.

Mata Hazel melilau kearah tetamu yang hadir.

"Mana dia ni? Batang hidung tak nampak lagi."

"Cari buah hati ke?"tanya satu suara.

Hazel mengurut dadanya akibat terkejut.Nasib tak ada sakit jantung.

"Haah.Ada nampak Adam?" Hazel senyum paksa.Sebenarnya dia tidak selesa dengan pandangan mata Carl.

"Tak ada.Buat apa kau cari dia? Aku kan ada."jawab Carl dengan muka tidak puas hati.

Hazel melepaskan keluhan perlahan.Macam mana lah daddy boleh jemput Carl datang ke majlis doa selamat kerumahnya?

"Aku minta diri dulu."pamit Hazel.Malas mahu melayan perangai Carl.

"Hazel."

Membuntang mata Hazel apabila dengan beraninya Carl memegang tangan Hazel. Dia sedar tak dia dekat mana sekarang ni?

"Ehem."dehem satu suara.

Hazel terus merentap tangannya. Wajah dingin Adam dipandang.

Jelas riak tidak suka diwajah Adam.Keadaan menjadi tegang.

"Eh kenapa tercegat dekat sini lagi ni? Majlis dah nak mula ni." Dato Amrul memandang mereka bertiga silih ganti.Dah kena diaorang ni?

"Hazel pergi dapur dulu."kata Hazel sebelum beredar.

Hazel menyusun pinggan mangkuk yang sudah dibasuh ke atas rak pinggan.

Habis saja pun majlis,Hazel terus mengemas dapur yang bersepah dengan pinggan mangkuk.

Jam di dinding dikerling.11:35 pm.

"Mari aku tolong."Adam mengambil pinggan yang dipegang Hazel.

Terkebil-kebil mata Hazel. Ingatkan dah merajuk.

"Apa? Kenapa pandang aku macam tu?"berkerut dahi Adam.

"Tak merajuk ke?"tanya Hazel berhati-hati.Kang yang tak merajuk jadi merajuk pulak.

"Kenapa aku kena merajuk? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke? Aku bukan macam kau.Sikit-sikit merajuk."bidas Adam dengan senyuman sinis.

Ceh.taraguna.

"Ouh baguslah...aku..."

Ting!

Hazel mengeluarkan telefon daripada poket baju kurung. Mesej daripada Carl dibuka.

'Aku nak jumpa kau.Belakang rumah.Please.Aku janji ni kali terakhir aku jumpa kau.'

Hazel sedikit tersentak dengan ayat terakhir daripada Carl. Apa maksud dia? Kali terakhir?

"Kenapa?"tanya Adam. Pinggan disusun diatas rak.

"Kau buatlah dulu.Aku ada kerja jap."kata Hazel sebelum pergi.

Adam menghantar Hazel dengan pandangan.

"Carl?"panggil Hazel.Carl yang membelakanginya dipandang.

"Kau nak tahu sesuatu tak?"kata Carl tanpa memandang Hazel.

Hazel memeluk lengannya apabila angin malam menyapa tubuhnya.

"Pertama kali kita bertemu aku memang benci kau sebab kau sombong.Dah buat salah tak nak minta maaf.Masa tu aku dah mula susun plan untuk balas dendam pada kau. Aku selalu ikut kau kemana-mana.Tapi tanpa aku sedar aku dah jatuh cinta dengan kau.Tapi aku masih degil.Nak juga balas dendam." Carl tergelak kecil di hujung ayatnya. Mungkin kelakar dengan kebodohan diri sendiri. Dia berpaling menghadap Hazel.

Hazel menunduk memandang rumput karpet di halaman rumahnya.Dia tak tahu nak cakap apa.

"Kalau kau nak tahu aku lah yang cuba rogol kau masa malam tu.Aku tak dapat kawal diri aku.Sorry"

Hazel mengangkat mukanya. Tangannya menggenggam tepi baju kurung nya.

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Carl. Hazel cuba mengawal tubuhnya yang menggigil.

"Ka...kau..."Hazel tidak dapat mengawal air matanya lagi. Peristiwa malam tu kembali menghantui dirinya.

"Tapi aku bersyukur sebab Adam selamatkan kau malam tu.Aku bodoh Hazel.Aku minta maaf."sambungnya lagi.

Hazel memegang kepalanya.Rasa sakit dikepala mula menjalar. Beberapa saat selepas itu tubuh Hazel rebah tapi sempat disambut Adam daripada belakang.

"Hazel."Adam menepuk-nepuk pipi Hazel.

Tiada reaksi.

Adam terus mencempung tubuh Hazel masuk ke dalam rumah. Sempat dia memandang Carl yang masih berdiri statik disitu.



***

Hazel mencelikkan matanya. Perlahan-lahan dia bangun.Sakit dikepala masih belum hilang. Dia masih memakai baju kurung semalam.

Biliknya yang kosong dipandang. Tiada sesiapa.

Hazel berjalan kearah balkoni biliknya.Sliding door dibuka. Dia perlukan udara segar.

Mata dipejam rapat.Bunyi kicauan burung amat menenangkan.

Dia cuba untuk melupakan perkara yang terjadi semalam.

"Hazel."panggil Puan Iman.

"Jom breakfast sayang. Lepastu makan ubat."kata Puan Iman. Dulang berisi makanan diletakkan diatas meja kopi.

Puan Iman mengeluh perlahan apabila tiada sebarang reaksi daripada Hazel.

"Leave me alone."kata Hazel mendatar.

Puan Iman yang faham dengan situasi Hazel yang inginkan ruang terus keluar daripada bilik itu. 

Hazel mengeluarkan telefon daripada poketnya. Nombor Adam didail.

Hanya menunggu beberapa saat sahaja,Adam terus menjawab Panggil itu.

"Adam."panggil Hazel dengan suara serak.

"Iya.Kau dah okay? Dah sarapan ke belum?" lembut saja suara Adam bertanya.

"Thank."ucap Hazel sepatah. Suaranya bergetar akibat menahan diri daripada menangis.

"For what? Kau okay tak ni? Kau nak aku datang rumah kau?" tanya Adam dengan risau.

"Thank sebab kau selamatkan aku malam tu.Tapi kenapa kau tak cakap Carl yang cuba rogol aku?"perkataan rogol diperlahankan. Dia nak tahu cerita sebenar.

Adam diam sejenak.

"Aku tak ada bukti yang Carl cuba rogol kau.Aku tak nampak wajah dia malam tu."jawab Adam serba salah. Firasat saja tidak cukup untuk dijadikan bukti.

Pada malam kejadian, Adam yang menyelamatkan Hazel. Lelaki bertopeng yang cuba merogol Hazel itu dibelasah. Selepas itu Adam terus beredar daripada situ.Jika dia masih disitu mungkin dia akan dituduh cuba merogol Hazel. Pada keesokan harinya dia perasan yang muka Carl lebam.Bila ditanya dia hanya cakap yang dia jatuh.

Hazel menghemburkan tangisannya. Perasaannya bercelaru.Dia tak tahu apa perlu dibuat.

Ya Allah. Bantulah hamba mu ini.Tenangkanlah jiwa ku yang bercelaru.







Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now