IAH:39

6.5K 352 11
                                    

"Lukisan ini melambangkan cinta antara dua hati yang saling mencintai.Mereka menjaga satu hati yang sama dengan penuh tulus dan ikhlas.Saling mempercayai dan setia,itulah mereka."

Hazel terus menoleh ke belakang.Puan Iman dipandang tajam.Dia benci dengar ayat tu.

Sejak peristiwa itu,dia tidak lagi menjejakkan kaki ke galeri ini. Tempat inilah yang selalu dia dan mummy nya kunjungi. Kalau boleh dia nak lupakan segala yang pernah berlaku dulu di sini.

"Hey tunggulah."Adam menahan Hazel daripada pergi.

"Mummy Iman minta maaf. Semua salah mummy Iman. Semua yang berlaku memang dirancang.Ye dulu mummy Iman memang dengki dengan mummy Hazel.Mummy Iman memang tak boleh tengok dia bahagia.Tapi itu dulu.Percayalah yang mummy Iman dah berubah."bersungguh Puan Iman menyakinkan Hazel yang dia sudah insaf.

"Jangan bahasakan diri kau mummy."kata Hazel dingin.

Puan Iman menunduk.Semua yang berlaku memang berbunca daripadanya.Kenapalah dia busuk hati sangat dulu sampai sanggup musnahkan kebahagiaan kawan baiknya sendiri.

"Hazel.Dengarlah dulu apa yang dia nak cakap."Adam cuba menenangkan Hazel.Keadaan menjadi semakin tegang.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi daripada betina ni!"Hazel terus berlari keluar daripada galeri itu.

Air mata yang memenuhi tubir mata di lap kasar dengan belakang tangan.

Hazel melintas jalan tanpa melihat kiri kanan.

Pemandu kereta yang sedang leka dengan telefon bimbit tidak perasan akan Hazel yang melintas.

Hazel kaku di tengah jalan apabila melihat kereta itu semakin menghampirinya.

Mata dipejam rapat.Jika ajalnya telah tiba,dia redha.

Tiba-tiba Hazel terasa tubuhnya ditolak daripada belakang.Hazel meringis kesakitan apabila tubuhnya selamat mendarat diatas jalan tar.Dengan lemah dia membuka mata.

"Adam."panggil Hazel perlahan sebelum segalanya gelap.

***

Buka saja mata,siling putih benda pertama yang menyapa ruang mata Hazel.Bau ubat-ubatan menusuk rongga hidung.

"Auch."kepala yang berbalut dipegang.

Keadaan sekeliling diperhati. Hanya ada kak Ina yang sedang enak diulit mimpi diatas sofa yang ada dalam bilik itu.

Keluhan berat dilepaskan.

Hazel cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku.Tiba-tiba dia teringatkan Adam.

Apa yang dia ingat Adam lah yang menyelamatkannya daripada dilanggar kereta.Benda terakhir yang dia lihat adalah Adam yang pengsan disebelahnya.

Tubuhnya mula menggigil. Perlahan-lahan dia turun daripada katil.Jarum ditangan dicabut.

Dalam keadaan terhuyung-hayang dia berjalan menuju ke pintu wad.

Belum sempat dia membuka pintu,pintu itu dibuka dari luar terlebih dahulu.

"Kau nak pergi mana ni."nasib baik Adam sempat menyambut tubuh Hazel yang hampir tumbang.

Hazel tergamam.Betul ke ni Adam?atau hanya khayalannya?

Tanpa berfikir panjang,Hazel terus memeluk tubuh Adam.

"Aku ingat kau dah tinggalkan aku."kata Hazel dalam tangisnya. Habis basah baju Adam dek air mata Hazel.

"Hey rilexlah.Aku hidup lagilah. Luka sikit je."Adam cuba menolak tubuh Hazel supaya menjauhinya namun gagal apabila Hazel mengetatkan lagi pelukan.

"Se....sedar Hazel.Dosa."kata Adam gagap.Kuat mana pun iman dia tapi dia tetap lelaki.

"Astaghfirullah...maaf.Aku teremosi."Hazel masih terbawa-bawa perangai lamanya.

Keadaan menjadi kekok.

Hazel mengerling tangan kanan Adam yang berbalut.

"Ehem."dehem Dato Amrul.

Keadaan menjadi tegang.Semua sedang menunggu jawapan daripada Hazel.

"Baik.Hazel boleh maafkan dia tapi Hazel tak boleh jamin yang Hazel akan melupakan perbuatan dia pada Hazel."kata Hazel dingin.Daripada apa yang dia dengar daripada puan Iman, dia nampak yang puan Iman betul-betul insaf.Tapi manusia boleh berlakonkan.

Puan Iman menghembuskan nafas lega.Cukuplah dulu maaf daripada Hazel.Dia akan berusaha untuk mengambil hati Hazel.

"Okay.Bagus.Kita tutup dulu pasal cerita ni sebab kita ada cerita baru pulak nak bincang." kata Dato Amrul dengan senyuman lebar.

"Bincang apa lagi daddy?"tanya Hazel malas.Dia penat nak rehat.

"Pasal kamu berdua.Apa hubungan kamu berdua? Tak nampak macam berkawan tapi lebih kepada bercinta."Hazel dan Adam dipandang silih ganti.

Hazel menelan air liur.Mukanya sudah cuak.Adam pula hanya menayangkan muka selambar. Macam tiada apa yang berlaku.

"Errrrr......Hazel....Hazel."Hazel buntu.Dia tak tahu nak cakap apa.Takkan nak bagitahu hal sebenar.

"Daddy dah tahu."kata Dato Amrul selambar.

"Daddy izinkan.Tapi jangan buat perkara bukan-bukan.Jaga batas."perkataan jaga batas ditekan.

Hazel menghembuskan nafas lega.

"Kalau macam tu daddy balik dululah.Hazle okaykan duduk dengan kak Ina? Ke nak suruh daddy teman?"

Hazel pantas menggeleng.Dia tak nak susahkan daddy nya.

"Kamu nak daddy hantar balik ke?"tanya Dato Amrul kepada Adam.

Adam terkejut.Daddy? Wow.

"Tak apa.Nanti saya suruh driver saya datang ambik."kata Adam. Tangan bakal bapak mertuanya dicium.Opss.

Selepas saja Daddynya pulang,Hazel memandang Adam.

"Kau tak nak balik ke?"tanya Hazel.

"Halau."kata Adam dingin.

"Aku tanya je.Mana ada halau."

"Aku dah call driver aku.Kejap lagi dia sampailah."kata Adam. Punggung dilabuhkan diatas kerusi.

Hazel memegang perutnya. Lapar.

"Adam aku laparlah."kata Hazel dengan muka sedih.

"Jap aku minta nurse hantarkan makanan."Adam sudah berura-ura mahu bangun.

"Tak naklah makanan hospital. Tak sedap."

"Habis tu? Jap aku turun beli makanan dekat kedai bawah."

"Eh....tak payah."belum sempat Hazel menghalang,Adam sudah pergi. Ingat nak order food panda je tadi.

Hazel tersenyum bahagia.Caring juga Adam eh.

Hazel terpandang telefon Adam diatas meja.Dia tertinggal.

Telefon milik Adam diambil lalu dibuka.Nak tahu juga apa yang ada dalam telefon Adam.

"Aduh ada password lah pulak."

Hazel cuba meneka password Adam beberapa kali namun gagal. Hazel tersenyum.Dia cuba menaip tarikh dimana kali pertama pertemuannya dengan Adam.

"Wah betul!"

Hazel tersenyum lagi apabila melihat gambarnya dijadikan sebagai wallpaper.Gambarnya dipantai ketika dia bercuti ke mansion milik keluarga Adam. Adam sendiri yang menangkap gambar ni.

Dia membuka gallery.Ada beberapa keping gambarnya.Tiba-tiba dia terpandang gambar Adam bersama seorang perempuan. Belum sempat Hazel mahu menekan gambar itu,Adam terlebih dahulu masuk ke dalam wad.Cepat-cepat dia meletakkan kembali telefon Adam. Takut kena marah.

"Nah."hulur Adam. Nasi goreng itu dihidangkan diatas meja.

Hazel makan dengan khusyuk. Otaknya masih tidak berhenti berfikir pasal gambar tadi. Kenapa Adam nampak mesra dengan perempuan tu?

Siapa dia?









Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now