IAH:7

8.5K 461 8
                                    


"Awal bangun."tegur Dato Amrul. Macam tak percaya.Biasanya liat sangat nak bangun.Mimpi apa budak ni?

"Hazel memang bangun awal."tipu Hazel.Punggung dilabuhkan diatas kerusi. Remaja macam aku biasalah bangun lewat.Aku bukannya ada laki nak siapkan makan minum dia.

Sengaja dia bangun awal sebab nak jumpa anak aunty Nairis. Sampai tak boleh tidur dia semalam teringatkan suara mengaji anak aunty Nairis.

"Jemputlah makan Hazel."pelawa aunty Nairis. Nasi dicedok kedalam pinggan.

Orang kaya sarapan nasi goreng?

"Takpelah aunty,Hazel makan sandwic telur ni je."sandwic telur diambil.Dia mana biasa ambil makan berat pagi-pagi macam ni.Nanti dia sakit perut pula.

"Hazel memang tak makan makanan berat pagi-pagi."terang puan Iman.

"Anak aunty mana?"sengaja Hazel mahu menukar topik.Sibuk je.

"Oh Ian pergi jogging.Tulah rutin dia pagi-pagi.Pergi mana-mana pun jogging tu tak boleh tinggal."

"Ouh.Hazel pun suka jogging juga."saja Hazel mahu berbasa-basi.

So nama anak aunty Nairis Ian? Sedap nama.

"Baguslah nanti boleh jogging dengan Ian sekali."

"Assalamualaikum."

Laju Hazel memandang tuan punya suara.Gatal betul kau Hazel.

Jantungnya bagaikan terhenti. Mata tak lengkang daripada memandang tua punya suara.

"Walaikumusalam."jawab yang lain serentak kecuali Hazel yang terdiam.

Baru saja Adam mahu duduk diatas kerusi,orang dihadapannya dipandang.

Dua-dua mempamerkan riak terkejut.Siapa tak terkejut bila musuh ada depan mata? Siap tinggal sebumbung lagi.

"Eh ni Adam kan? Tak sangka Adam ni anak kau."puan Iman tersenyum manis kearah Adam.

"Kau kenal ke?"tanya Puan Sri Nairis.

"Kenal sangat.Aku kan pengetua Briller Highschool.Lagipun Adam ni pelajar kesayangan." terang puan Iman.

"Ouh jadinya Adam dengan Hazel ni dah kenal lah kan?"tanya Dato Amrul apabila melihat pandangan pelik antara Hazel dan Adam.

"Kenal sangat uncle."jawab Adam.Mata tak lepas daripada memandang Hazel yang mencuka.

***

Hazel merendamkan kaki ke dalam kolam renang.Best rasanya.Sejuk je,dengan udara yang segar.

Mansion betul-betul terletak ditepi pantai.

"Kecik je dunia ni.Pusing-pusing jumpa kau jugak."wajah tenang Adam yang tiba-tiba muncul itu dipandang.Semak je.

"Tak payahlah pusing.Barulah tak jumpa aku." Hazel memandang air kolam yang tenang.

"Aku pun sebenarnya tak pusing pun.Tapi takdir yang menemukan kita."Adam melabuhkan punggung di tepi Hazel.

"Ceh.Yang kau menyemak dekat aku ni kenapa? Nak cari gaduh?"kalau nak gaduh aku memang on je. Ini Hazel Medina lah.

"Bila masa aku datang nak cari gaduh dengan kau.Aku datang nak berbual je."jawab Adam tenang.Setenang air kolam.

"Tak payah nak buat baik dengan akulah.Kau kan benci aku."tuduh Hazel.Dia sudah bangun dari duduk.Tangan dicekak ke pinggang.

"Bila masa aku benci kau? Memang kau banyak datang kan masalah pada aku tapi aku tak pernah benci kau.Aku anggap semua ni ujian untuk aku."

"Salah ke kalau aku nak buat baik dengan kau?Aku tak layak ke nak buat baik dengan kau."sambungnya lagi.

Hazel terkelu. Fuh ayat.

Kenapa dia rasa Adam beremosi? Takkan period kot? Berdebar pula rasanya dengan pandangan redupnya.

"Sudahlah Hazel."Adam bangun lalu masuk ke dalam rumah.

"Oh sebelum aku lupa.Putih betis."tegur Adam tanpa berpaling ke arah Hazel.

Berkerut dahi Hazel.

Putih betis? Hazel laju memandang kakinya.Aduh lupa yang dia selak seluar sampai ke betis masa rendam kaki dalam kolam tadi.

Tangan menepuk-nepuk dahi.

***

Pada petang itu,semua bersiap untuk pergi ke pantai.Semua berada di ruang tamu kecuali Hazel yang masih belum siap.

"Mana Hazel ni?"tanya Dato Amrul.

"Entah lah bang.Biasalah Hazel kan bersiap lambat sikit."jawab Puan Iman.

"Lambat sikit apanya.Ni dah 30 minit dah kita menunggu dia.Tapi tak siap-siap lagi."

"Tak apa lah.Kita tunggu jelah. Biasalah perempuan bersiap lama."back up puan Sri Nairis.

Adam yang sedang menonton televisyen menggeleng kepala. Nak pergi pantai je pun bukannya nak pergi kenduri.

"Ha turun pun.Dah berjanggut orang tunggu ni."perli Dato Amrul.

Hazel menjeling Daddynya.

"Dah-dah jom pergi.Dah lewat ni."kata Tan Sri Alex.

Adam memandang Hazel atas bawah.Macam mana boleh sedondon ni? Siap bunga sama lagi.

Hazel memakai dress berbunga berwarna light blue bersama cardigan kosong berwarna blue black dan dipandankan dengan shawl atas dada berwarna blue black.Tak lupa juga topi dan kaca mata hitam.

Adam pula mengenakan baju kemeja lengan pendek berbunga sebijik seperti Hazel warna light blue.Seluar pula paras betis. Aurat kena jaga.

"Eh macam mana boleh sama ni? Kau tiru aku eh?"tanya Hazel bengang.Biasalah perempuan mana boleh orang baju sama dengannya.

"Tak ada masa aku nak tiru kau. Kebetulan je ni."jawab Adam malas.

Banyak kerenah betul minah ni. Dah sama tu nak buat macam mana.Bukannya apa pun.

Paling tak pun orang cop sweet couple.






Thank you for support.
😋
Sedekahkan lah vote cikit.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now