IAH:11

8K 434 33
                                    


"Apa hubungan cik Hazel dengan Abang Ian?"tanya Mawar tiba-tiba.

Jelas riak tak puas hati di wajahnya.Dia melabuhkan punggung di birai katil.

"Kenapa tanya macam tu?"soalan dibalas soalan. Hazel merenung Mawar tajam.

Kenapa tanya macam tu? Kau nak kata kau makwe Adam pastu kau nak suruh aku jauhkan diri daripada Adam? Macam tu?

Haish apa kau ni Hazel.

"Saja.Mawar tengok korang rapat semacam je. Ada apa-apa ke?" Mawar bermain dengan jari jemarinya.

Hazel menjongket kening.

"Kalau ada apa-apa pun kenapa? Ada masalah?"sinis sekali pertanyaan Hazel.

Eh eh kau Hazel,dia dah tolong kau tapi kau masih sombong. Maaf Mawar ego aku terlalu tinggi.

Mawar terdiam. Jelas wajahnya mempamerkan riak marah.

"Kalau tak ada apa-apa boleh keluarlah sebab aku nak rehat." halau Hazel.

Hazel terus membaringkan tubuhnya keatas katil.

Tanpa sepatah kata Mawar terus keluar.

Pintu dihempas sedikit kuat oleh Mawar.

"Biadap punya budak."marah Hazel sorang- sorang.

***

4:50 petang.

Ibu bapa Hazel dan Adam masih belum pulang. Tak tahulah kemana mereka berempat pergi. Diaorang betul-betul honeymoon ke? Nak telefon line asyik buat hal.

Hazel membuka pintu biliknya. Kepala dijenguk ke luar.

Hazel memandang bilik Adam yang tertutup rapat. Hazel memegang perutnya.Lapar.

Rasa serba salah pula nak ketuk bilik Adam. Silap-silap kena marah pulak nanti. Nak order makanan dengan grab food line tak berapa nak elok. Kejap ada kejap takde. Tulah buat mansion dalam bukit.

Mawar pulak sudah pulang katanya ada kerja penting. Ke Mawar terasa hati dengan aku.? Lantaklah! Kesah pulak aku.

Tok! Tok! Tok!

Lama jugak Hazel menunggu untuk Adam membuka pintu biliknya. Mengalahkan perempuan yang kena sarung tudung dulu.

Adam menjongketkan kening sebagai pertanyaan nak apa.

"Adam kau tak lapar ke?"tanya Hazel. Sengaja nak berkias-kias sikit.

"Tak."

Hazel membuat muka kesian.

"Adam....aku lapar lah."mulut dimuncung. Tangan memegang perut tanda lapar.

Adam menayangkan riak kosong.

"Kau perempuankan? So pergilah masak." Adam mula memeluk tubuh.

"Aku mana pandai masak."kata Hazel dalam nada sayu. Malu tak payah cakaplah. Rasa macam nak menyorok dalam lubang je.

Adam sedikit pun tidak terkejut. Budak ni tengok tangan pun dah tahu tak pandai masak.

"Kalau tak pandai masak pandai-pandailah kau cari makan." Adam tidak terkesan langsung dengan muka sedih Hazel.

"Adam....tolonglah aku lapar ni. Dahlah aku sakit. Aku breakfast je tadi tu pun aku makan sandwic je." Hazel masih lagi mencuba nasib.

Bersungguh benar aku ni. Padan muka kau juga sebab tak pandai masak!

"Haish..kau ni." Adam meramas-ramas rambutnya.

"Okaylah. Kau tunggu aku kat bawah." Adam terus menghempas pintu biliknya.

Hazel sudah tersenyum lebar. Sabar ye perut kejap lagi aku isi kau dengan makanan.

***

"First sekali. Nah."Adam menghulurkan apron kepada Hazel.

"Apa ni?"tanya Hazel dengan muka blur tahap babun.

"Pakai. Aku nak ajar kau masak." Kata Adam tegas.

"Seriously...aku lapar ni. Kau masak jelah."

Hazel membuat muka sedih. Aku dahlah jenis tak minat memasak.

"Tak nak. Kau nak makan tak nak?"

Hazel mengangguk lemah.

"Kalau macam tu jom masak."

Hazel melepaskan keluhan sebelum mengikuti juga langkah Adam ke dapur.

"Hari ni kita masak tomyam ayam. Kau tolong ambikkan ayam dan daun ketumbar dalam peti tu. Oh ambik baby corn sekali." Adam mengambil periuk nasi untuk menjiram beras.

"Daun ketumbar tu macam mana? Baby corn? Baby jangung ke? Takkan nak letak jagung dalam tomyam?"tanya Hazel bertubi- tubi. Kepala yang berlapik tudung digaru.

Adam melepaskan keluhan.

"Daun ketumbar pun tak kenal ke? Baby corn pun tak tahu? Kau ni memang tak pernah masak ke? Kalau malas nak masuk dapur tak payah jadi perempuan."tanya Adam geram.Kali ini Adam pula mengeluarkan soalan bertubi-tubi. Ambik kau.

Hazel menunduk memandang lantai.

"Janganlah marah. Cakaplah baik-baik Aku bukan sengaja tapi aku betul-betul tak kenal nak buat macam mana." sayu saja suara Hazel. Dengan muka nak nangis.

Tak payah jadi perempuan? Habis tu nak suruh aku jadi lelaki?

Adam melepaskan keluhan sekali lagi.

Adam menarik lengan baju Hazel ke peti sejuk.

"Sayang tak tahu kan? Okay. Meh abang tunjukkan. Ni daun ketumbar. Yang daun comel-comel ni. Daun ketumbar ni ada bau bila kita hiris."

Hazel terkedu.

Sayang? Abang?

"Ni pulak yang sayang kata baby jagung. Comelkan? macam sayang. Baby corn tu dalam bahasa mat saleh. Kalau biasa orang panggil ketiak jagung. Ketiak jagung ni sedap bila letak dalam tomyam. Tapi kalau tak letak pun tak apa.Faham?"terang Adam lagi.

Walaupun jelas Adam menyindir tapi jantung Hazel berdegup kencang.

Sapa yang tak berdebar kalau orang tiba-tiba panggil kau sayang?

"Kau kenapa?"tanya Adam pelik apabila melihat muka Hazel yang merah menyala.

"Tak...tak ada apa. Oh ni rupanya baby corn. Comel." cepat-cepat Hazel menukar topik. Takut kantoi woi.

Adam buat tak tahu biar pun dia tahu yang Hazel malu kerana memanggilnya Sayang. Baru sikit dah cair.

"Hazel.Basuh ayam tu."arah Adam. Dia sibuk membasuh beras.

Hazel membuat muka geli apabila melihat ayam di dalam bekas.

"Adam! Hanyirlah bau ayam ni!"

"Adam! Tumpahlah! Macam mana ni!"

"Adam! Panaslah periuk ni! Nak angkat macam mana!"

Setelah bermacam-macam ragam, akhirnya siap juga tomyam ayam mereka.

Hazel terus merasa tomyam ayam hasil air tangannya dan Adam.

"Sedapnya! Pandai aku masak!"

"Ceh kau. Aku yang masak. Kau tu tolong memekak je."

Hazel memberikan jelingan tajam.

"Aku tak sangka anak orang kaya macam kau pandai masak. Btw thank you."ucap Hazel ikhlas.

"Anak orang kaya pun manusia biasa jugak. Hidup ni kenalah berdikari. Buat malu je perempuan tak pandai masak. Nanti tak ada orang nak ambik buat bini."sindir Adam selambar.

"Kalau perempuan macam aku yang tak pandai masak kenalah cari laki yang pandai masak macam kau. Apa kata kau jadi laki aku. Nak tak?"gurau Hazel diselang dengan ketawa.

"Baik kau pergi basuh pinggan dalam singki tu."kata Adam sebelum keluar dari dapur. Malas nak melayan gurauan Hazel.

Hazel mencebik.

Tak sporting langsung!





Thank you for support!
😋
Rajin-rajinlah vote ye.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now