IAH:37

6.8K 339 10
                                    

"Weh! Ajarlah aku! Ape kejadah soalan macam ni? Dah tahu aku bodoh bagi juga dekat aku soalan macam ni."

Farhan menjeling Kaira sekilas sebelum menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

"Siapa suruh tidur dalam kelas? Kan dah bodoh."bidas Farhan.

"Eh mulut puaka! Kau kalau tak nak ajar diam!"marah Kaira. Sesedap mak nenek kau panggil aku bodoh.

"Kalau aku diam kau duk memekak suruh aku ajar jugak." balas Farhan selambar.

"Dah kau je yang free.Yang lain semua ada partner untuk diajar. So aku terpaksa memekak dekat telinga kau."Sempat Kaira menjeling kawan-kawannya yang sedang study bersama partner masing-masing kecuali Hazel saja yang study sorang-sorang.Adam busy.

"Kau diam boleh tak Kaira? Bisinglah kau ni.Buat jelah soalan yang kau tahu.Yang tak tahu tu tinggal."marah Hazel. Dari tadi dia dengar Kaira duduk memekak je.

"Masalahnya semua aku tak tahu."kata Kaira jujur sambil tersengih.

Semua memandang Kaira. Mungkin terkejut dengan jawapan jujur daripada Kaira.

"Aku pun tidur jugak dalam kelas tapi tak sebodoh kau."sampuk Maira.

"Alhamdulillah.Bukan aku yang paling bodoh dalam kalangan kita."sampuk Iris pula.

Kata-kata Iris dan Maira disambut dengan gelak tawa daripada yang lain.

Kaira menjeling Maira dan Iris. Tak guna punya kawan.Sampai hati korang malukan aku.

"Meh lah aku ajar kau.Kesian sangat dah aku tengok kau ni." kata Farhan bersama gelak yang masih tersisa.

Kaira memuncungkan mulutnya. Majuk!

"Bijak kau sekarang.Study sorang-sorang pun jalan.Kalau aku dah lama tutup buku."

Hazel menjeling Maira sekilas.

"Dah Adam sibuk dengan persiapan majlis prom tu.Aku terpaksalah study sendiri.Spm kan dah nak dekat."

"Cakap pasal majlis prom,kau tak ambik apa-apa bahagian ke?" tanya Bella yang dari tadi hanya memasang telinga.

"Tak.Malas."jawab Hazel.Setiap tahun dia pasti akan mengambil bahagian dalam majlis prom. Tapi tahun ni terasa malas pula.

***

Hazel berjalan sambil tersenyum riang.Tangan menjinjing plastik berisi makanan.

Memandangkan Adam busy,jadi dia nak buat surprise dekat Adam.

Pintu bilik muzik dibuka perlahan.Kepala dijenguk ke dalam.

"Ramainya orang."kata Hazel seorang diri. Pintu ditutup kembali. Ramai pelajar sedang membuat latihan persembahan untuk malam prom nanti.

Nak masuk ke tak nak eh? Nak masuk tapi takut mengganggu.

"Kenapa tak masuk."

Hazel terus berpusing ke belakang.

"Errr.....takut mengganggu." jawab Hazel jujur.

"Kau nak jumpa Adam? Dia ada dekat dalam."beritahu Carl.

"Eh takpelah.Nanti jelah aku jumpa dia."Hazel berura-ura mahu pergi.

"Kenapa tak masuk."kata satu suara.

Hazel memejam mata.Kenapa banyak sangat bala ni.

Hazel pusing menghadap Adam. Kepala yang tak gatal digaru.

"Jom masuk."Adam terus menarik lengan baju Hazel supaya mengikutnya. Sempat dia bertentang mata dengan Carl. Jelas senyuman sinis diwajah lelaki itu.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now