IAH:10

8.3K 437 0
                                    

Hazel mundar mandir di dalam biliknya.Rasa tak tenang je. Sakit hati pun ada.

"Bencinya aku dengan budak Mawar tu!" Bentak Hazel.
Kenapa dengan aku ni? Takkan aku jeles dengan budak low class tu? Tak masuk dek akal langsung!

Tapi rasa sakit dihati tu tak boleh di taksir.

"Aku kena buat sesuatu."

Tanpa berlengah Hazel terus mencari Adam.

"Mawar ada nampak abang Adam tak?"tanya Hazel kepada Mawar yang melintas dihadapan biliknya.

"Abang Ian ada dalam bilik gym di tingkat 4."jawab Mawar nak tak nak.

Cewah Adam duduk kat nama pun kau tahu eh. Dahlah jawab soalan aku pun nak tak nak je.

"Okay."Hazel terus menuju ke lif.

"Cik Hazel nak apa? Kalau tak berapa penting cik Hazel tak payahlah ganggu abang Ian."

Terhenti langkah Hazel. Hazel merenung Mawar tajam. Siapa kau nak halang aku jumpa Adam?

"None of your business."jawab Hazel sinis sekali.

Berubah air muka Mawar.

***

Bilik gym dimasuk tanpa diketuk. Hazel memerhati Adam yang sedang menggunakan peck-deck sambil mendengar lagu menggunakan airpod.

Seksinya!

Hazel mengeluarkan iPhone nya. Sempat dia merakam dan mengambil gambar. Itulah Hazel semua benda nak rakam.Nak ambik gambar.

"Adam!"sergah Hazel.Niatnya untuk mengejutkan Adam tapi riak Adam hanya selambar. Sudah nak terkejut kan orang beku ni.

"Kau nak apa."tanya Adam tanpa memandang Hazel. Dingin saja mukanya.

"Nak kau."jawab Hazel selambar. Mata dikenyitkan.

Terhenti perbuatan Adam. Mata Hazel direnung tajam.

"Kau jangan macam-macam." Adam memberi amaran tegas.

"Macam-macam apa?"sengaja Hazel mahu mengusik Adam. Tangan disilang kedada. Matanya melawan renungan mata Adam.

Hazel tahu yang Mawar sedang mencuri dengar perbualannya dengan Adam. Jangan jadi bodohlah Mawar. Kau ingat aku tak perasan yang kau curi-curi dengar melalui celah pintu tu?

Adam menuju ke tredmill pula. Soalan Hazel tidak dijawab.

Dia mulakan larian dengan berjalan perlahan sebagai pemanas badan.

Hazel juga turut menggunakan tredmill disebelah Adam. Dah alang-alang kat sini boleh bakar lemak yang dah mula berkumpul.

Lama mereka senyap.Akhirnya Hazel bersuara.

"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

"Hmm."

"Kau tak terfikir ke nak berbaik dengan aku? Yelah kitakan selalu bergaduh." Hazel memandang muka dingin Sebenarnya dia tidak ada topik mahu bercakap.

"Aku dah cuba." Adam membalas pandang Hazel.

"Dah cuba?"tanya Hazel tidak mengerti.

"Yang aku tolong kau semalam tu. Siap suapkan kau makan lagi. Sebenarnya aku yang nak hantar makanan tu kepada kau. Bonda tak suruh pun aku hantar."terang Adam. Biarlah Hazel nak gelakkan dia pun.

Hazel terdiam.

Sedikit sebanyak Hazel terasa kecewa. Ingatkan dia buat untuk aku ikhlas. Tapi tidak.

"Okay! Kalau macam tu mulai hari ini,saat ini, detik ini. Saya Hazel Medina binti Dato Amrul akan menamatkan perang antara kita."kata Hazel bersungguh. Tangan kanan diangkat seperti berikrar.

Hazel lupa yang dia sedang berada diatas treadmill. Dengan tak semena-mena Hazel jatuh tersembam diatas lantai.

Adam terus mendapat Hazel.

"Kau okay tak?"tanya Adam risau. Boleh tahan juga cara dia jatuh tadi. Nasib tak tersembam muka. Kalau tak mahu patah gigi.

Hazel menggeleng.

Dada yang senak dipegang. Rasa nak patah tulang rusuknya. Boleh tahan sakit juga.

Adam memimpin Hazel ke kerusi.

"Sakit."rengek Hazel. Sumpah sakit jatuh dada kedepan. Sesak nafas pun ada. Hampir saja air matanya mengalir. Merah mukanya menahan sakit.

Adam jadi serba salah.Tengkuk digaru.

Banyak-banyak tempat dada juga kau sakit.Tanpa berkata apa Adam terus mencempung tubuh genit Hazel.

Terjerit kecil Hazel dibuatnya.

Adam meletakkan Hazel diatas katil biliknya perlahan-lahan.

Adam terus mendapatkan bantuan Mawar untuk mengurut dada Hazel.

Tak akanlah dia pula yang nak urut? Bahaya woi!

Adam meninggalkan Hazel bersama Mawar di dalam bilik itu.


Thank you for support
😋
Rajin-rajinlah vote dan komen ye.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now