IAH:46

9K 356 21
                                    

Sempena exam dah habis,jadi diaorang raikan dengan berkelah di taman sekolah.

"Wah sedapnya.Siapa buat ni?" tanya Bella sambil menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut.

"Mak aku."jawab Lutfan dengan bangga.

"Sejak bila kau tukar selera ni? Biasanya kau tak makan masakan kampung ni. Maklumlah selera omputih." perli Iris.

"Memang aku tak suka dengan makanan kampung tapi nasi goreng kampung ni sedap sangatlah!"kata Bella dengan muka nak nangis.Sedap sampai nak nangis.

"Sedap sangat ke? Nak rasa sikit." kata Hazel yang hanya memerhati.

"Meh pinggan.Ke nak suap? Meh nak suap."gurau Lutfan selambar.Sempat dia menjeling Adam yang sedang leka dengan telefon sekilas.Geram pulak dia tengok mamat ni.Dari tadi asyik sibuk dengan telefon saja.

"Eh nak suap? Boleh ke? Nak!Maklumlah dah lama tak ada orang suap."gurau Hazel. Dia tahu yang Lutfan hanya main-main.

Lutfan menelan air liur apabila Adam menjelingnya tajam.Rasa macam nak tembus.Tajam sangat  ni.

"Kenapa pandang aku macam tu? Nak suap sangatkan? Suaplah. Tak kisah pun."kata Adam dingin.

"Betul ni? Hazel,meh abang Lutfan suapkan.Hazel lapar eh?"

Yang lain menjulingkan mata keatas.Menyampah dengan lakonan mamat kayu ni.

PAP!

Semua mata memandang Bella. Dah kenapa minah ni main hentak-hentak pinggan pulak.

"Woi! Pinggan mak aku tu.Kau jangan macam-macam.Mak aku beli dekat Itali tu."marah Maira sambil menbuntangkan mata. Dengan mak-mak,kalau soal pinggan mangkuk jangan dibuat main.Kang ada kuali terbang kejap lagi.

Bella menjeling Maira sebelum beredar dari situ.Kaki dihentak kuat.

"Eh minah ni.Dah hentak pinggan mak aku boleh pulak main jeling-jeling."marah Maira lagi.

"Kau senyap boleh tak? Bisinglah."tegur Luqman yang duduk ditepinya.

Maira menarik muncung tanda merajuk.Tegur sikit nak merajuk.

"Kenapa tu?"tanya Hazel pelik.

"Serious kau tak tahu? Dia jelas sebab kau bersawit dengan Lutfan tu la.Kau tak tahu ke yang dia syok dekat Lutfan?"jawab Kaira.

"Mana kau tahu?"tanya Lutfan dengan muka tak percaya.

"Dia bagitahu akulah.Dia cakap dia suka kau tapi malu nak bagitahu.Takkan perigi nak cari timba."jawab Kaira selambar.

Lutfan terus bangun sebelum mengejar langkah Bella.

"Betul ke Bella cakap dia suka Lutfan?"tanya Iris berbisik.

"Tak.Aku saja reka cerita."jawab Kaira juga berbisik.

"Auch! Sakitlah!"jerit Kaira apabila dihempuk Luqman dengan sudu.

"Kau tahu tak dosa fitnah tu macam mana?"tanya Luqman sambil bercekak pinggang.

Kaira menarik muka. Nak bergurau pun tak oleh!

"Padan muka tak ada orang nak suap."ejek Adam perlahan.Hanya Hazel yang berada disebelahnya saja yang dengar.

"Takpelah....kita boleh makan sendiri.Tak ada orang suap pun takpe."kata Hazel seperti merajuk.Sampai hati cakap padan muka dekat kita.

"Dah ada tangan,makanlah sendiri. Yang gatal suruh orang suap tu dah kenapa?"kata Adam tanpa memandang Hazel.

Terbukam mulut Hazel.Sampai hati dia kata aku gatal. Mulut dia ni tak pernah tak menyakitkan hati.

Hazel bangun daripada bersila. Dengan perasaan geram dia melangkah meninggalkan Adam dan yang lain.

Entah kenapa harini dia sedikit sensitif.

Hazel berjalan tanpa arah tuju. Kawasan sekolah yang agak lengang itu sedikit sebanyak menimbulkan perasaan takut. Maklumlah ramai pelajar sudah pulang ke rumah.

"Ish apa aku buat dekat sini."kata Hazel kepada dirinya.

Tanpa dia sedar dia sudah sampai di belakang sekolah. Kawasan tu memang sunyi.

Hazel yang berura-ura mahu beredar berhenti apabila terdengar bunyi tapak kaki daripada arah belakang.

Jantungnya berdegup kencang. Tangannya yang berpeluh mula digenggam.Rasa takut mula menyelubungi diri.

Baru saja Hazel mahu berpusing ke belakang, tiba-tiba tubuhnya dipeluk sebelum mulutnya ditekup dengan sehelai kain.

Hazel cuba meronta namun gagal.

Lama kelamaan pandangannya mula kabur.Benda terakhir yang dia lihat adalah susuk tubuh seseorang yang dia sangat kenali.

Ya Allah,dugaan apakah ini.Aku tak mampu untuk melaluinya buat kali kedua.Aku hanyalah manusia yang lemah.



Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
Maaf lama tak update.Otak buat hal. Nak tulis je mesti otak kosong.Btw cerita ni dah nak habis🎉.Maaf atas kekurangan. Rajin-rajinlah vote dan ceriakanlah ruang komen dengan kata-kata semangat anda. 🥺

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now