IAH:1

12.5K 590 14
                                    


Few years later.

"Hazel Medina."panggil Adam pandangan matanya tajam menikam wajah Hazel.

"Semak ah dia ni."bentak Hazel sambil memeluk tubuh.

Kaira,Maira,Iris dan Bella mengangguk setuju.

Adam berdiri betul-betul dihadapan Hazel dan kawan-kawannya. Tangan terletak elok di dalam poket seluar.Mata tak lepas menikam wajah Hazel.

"Kenapa kau tumbuk budak tu."tanya Adam tenang.

"Saja hobi."jawab Hazel juga tenang.

Mata biru Adam dan mata biru Hazel saling merenung tajam.

Kaira,Maira,Iris dan Bella sudah kecut perut.Takut apabila melihat samseng sekolah bergaduh dengan presiden sekolah.

Dengan gatalnya Hazel mengenyitkan matanya kepada Adam sambil menggigit bibir bawahnya dengan aksi menggoda.

Dia tahu Adam pasti akan kalah dengannya.

Adam mengeluh kasar.Dia akui yang Hazel memang menggoda jiwa lelakinya.

Lengan baju Hazel ditarik kasar oleh Adam.

Hazel sudah pasrah.Tahu saja dia jika Adam berbuat demikian.

Kaira, Maira,Iris dan Bella melambai-lambai kepada Hazel.

"Bye!"

Hazel menjeling tajam kawan-kawannya Tak guna punya kawan.

***

"Hazel Medina bt Dato' Amrul."Cikgu Salimah aka cikgu disiplin menyebut nama penuh Hazel.

Hazel mengangguk malas.

"Awak memang tak serik-serikkan Hazel?Kelmarin dulu awak kurung mak cik cleaner dalam bilik stor sampai terkencing mak cik cleaner tu.Kemarin pulak awak letak katak dalam bag cikgu Hasnah dan hari ini pulak awak tumbuk muka junior.Tak kira yang sebelum ni lagi.Apa masalah awak?"Cikgu Salimah menyebut satu persatu masalah yang telah ditimbulkan oleh Hazel.

Cikgu Salimah sudah pening kepala dengan perangai Hazel dan kawan-kawannya.

"Macam nilah cikgu.Cikgu cakap je apa hukuman yang bakal saya terima.Tak payah nak berleter."dia sudah bosan.Dia tidak takut dengan apa hukumnya.Dia sudah biasa.

Adam disebelah menjeling Hazel tajam.Sebelum ini segala kes disiplin pelajar dia yang handle tpi bila dengan Hazel dia gagal.

Dia terpaksa membawa Hazel kepada cikgu Salimah.

"Cuci tandas.Ambil alih kerja mak cik cleaner yang awak kurung tu selama 2 minggu."kata cikgu Salimah geram.

"Ok."hanya itu yang dibalas Hazel.

"Awak boleh keluar."cikgu Salimah memicit pelipisnya.Otak tak berhenti memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah Hazel.Budak ni terlalu degil,keras kepala.

Semasa berjalan keluar Hazel sengaja merempuh bahu Adam senyuman sinis dihadiahkan kepada Adam.

***

Sudah 2 minggu Hazel mencuci tandas sekolah.Hari ini hari terakhirnya melakukan kerja itu.

Shawl yang dililit dileher diperketatkan.Peluh di dahi dikesat.Lantai di mop kasar sambil mulut tak berhenti menyumpah seranah Adam dan cikgu Salimah.

Banyaklah dosa kau Hazel kalau hari-hari kau menyumpah seranah orang.

Tiba-tiba pintu yang terbuka luas itu tertutup kuat.

BANG!

Terhinjut bahu Hazel.Hazel cuba membuka pintu tandas itu namun gagal.Pintu itu dikunci dari luar.

Kedengaran suara gelakkan daripada sekumpulan pelajar perempuan dari luar.

Hazel mengetap gigi. Itu pasti musuhnya.

Sudah 20 minit Hazel terkurung dalam tandas itu.Terasa lemas pun ada.Tulah balasan kau Hazel kau kurung mak cik cleaner tu lagi kan dah kena.

Hazel tiada pilihan lain.Hazel musingkan badannya 360 darjah lalu dengan sekali tendangan saja, dengan rasminya pintu tandas Briller International Highschool roboh.

"Nasib kaulah wahai pintu."

Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan comment!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now