IAH:17

7.1K 377 2
                                    


"Haz,kau okay tak? Aku tengok daripada tadi kau duk tenung Adam."

Pertanyaan Kaira menyentakkan lamunan Hazel.

"Huh?"

"Haahlah Hazel. Kau okay tak? Aku tengok Adam tu pun pelik,tak macam selalu. Dia dah tak menyemak dekat kau lagi. Biasanya pantang kalau kau buat salah mesti dia tegur."tanya Maira.

"Ke kau gaduh dengan dia?"teka Iris.

"Mana ada kitaorang gaduh. Mungkin dia dah bosan dengan perangai aku kot. Tapi bagus jugak kalau dia dah tak menyibuk hal aku. Senang kerja."
Hazel tersenyum tawar.

"Ye ke bagus? Ke kau rindu dia? Manalah tahu cinta korang berputik masa holidays haritu."usik Bella. Sengaja dia mahu melihat reaksi Hazel.

Hazel sedikit tersentak. Ye aku rindu dia. Pandai kau teka Bella.

"Eh kau ni Bella, takkanlah Hazel jatuh cinta dengan Adam tu. Diaorang nilah musuh paling ketat. Impossible." Kaira menggeleng-geleng kepalanya. Memang tak masuk akal baginya.

Hazel mengendahkan kata-kata kawannya. Dia kembali memandang ke arah Adam yang sedang study group di taman bersama kawan-kawannya.

Hazel mengeluh perlahan.

Lupakan dia Hazel. Dia bukan untuk kau. Kau lupa ke yang dia dah ada orang lain?


***

Hazel berjalan menyusuri koridor. Sekarang tandas adalah destinasi utama dia. Dah tak tahan sangat ni. Jalan pun terkepit-kepit.

Kenapalah tandas jauh sangat?
Orang yang buat tandas ni tak pikir ke? Sakit hati pulak aku.

Hazel menghela nafas lega.

Akhirnya termakbul juga hajat dia.

Semasa membasuh tangan Hazel terdengar perbualan antara dua orang pelajar perempuan.

"Mei,kau ada dengar tak yang sekolah kita ada pelajar baru? Satu batch dengan kita."

"Ada. Tapi aku tak ambik tahu sangat. Lelaki ke perempuan?"jawab Mei dengan pelat. Maklumlah olang Cina loh.

"Ni yang nak bagi tahu ni. Perempuan. Cantik weh. Muka kacuk Arab. Pagi tadi aku ada terserempak dengan dia. Dia senyum weh. Manis je. Nampak baik. Tapi aku rasa dia ada style ala-ala gadis kampung gitu."

Fuh panjang lebar kau describe pasal dia. Cantik sangat ke?

Hazel menuju kearah dua orang pelajar perempuan yang sedang membawang tu.

"Dalam tandas pun nak membawang?"sergah Hazel.

Berubah terus muka dua orang pelajar perempuan itu.

"Errrrr....."

"Apa errrr? Ni aku nak tanya sikit. Budak perempuan tu kelas mana?" Hazel memeluk tubuh. Baru nampak samseng sikit.

"Errrrr.....5 Elit."jawab pelajar berbangsa Cina itu takut-takut.

"Dahlah cau."halau Hazel. Ewah kau Hazel. Ko ingat ni tandas nenek kau punya?


***

"Weh! Cepatlah! Lapar ni!"

"Ya Allah kau Kaira,rilexlah makanan kat dewan tu tak habis punya. Kalau habis tak apa,nanti kita belasah chef tu beramai-ramai. Kalau kau jatuh kitaorang tak mengaku kawan." Hazel menggeleng kepala. Selesai saja solat Isyak, Kaira lah orang pertama yang keluar daripada surau. Telekung solat pun tak tanggalkan lagi.Kaira punya nafsu makan kuat benar.

BUK!

" Weh kau kenal ke tu?"tanya Iris.

"Taklah. Aku tak kenal tu."jawab Maira.

"Aku pun tak kenal. Kawan siapalah tu. Kesian weh."jawab Bella juga.

Hazel menjeling kawan-kawannya. Nilah kawan jenis tak guna.

"Adoi sakitnya. Woi! tak nampak ke? Buta?"marah Kaira.

"Errrr...saya mintak maaf. Saya tak sengaja. Lagipun awak yang jalan tak tengok depan tadi." lembut je suara pelajar perempuan itu membela dirinya.

"So kau nak cakap ni salah akulah?!" Kaira betul-betul sudah naik angin. Orang lapar memang macam ni.

"Lek ah Kaira." Hazel menggosok-gosok belakang Kaira. Habis kotor telekung solat Kaira.

"HAHAHAHAHAH!"

"Kesian weh tengok muka dia!"

"Haah, malangnyalah nasib dia!"

"Dah macam hantu pocong aku tengok!"

"Buruk!"

Ha sudah. Geng Qistina ni memang menyimbah minyak pada api yang marak.

Hazel menjauhi Kaira. Dia dah dapat rasa api kemarah Kaira akan meletop.

Redha jelah.




Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!



IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now