Bab 4

5.1K 204 1
                                    

"Ira duduk rumah abang dulu. Esok kita ambil semua barang Ira dekat rumah kawan Ira tu." Kata Hilman sambil memegang pipi Hazira.

"Tapi Ira..."

"This is for your safety. Abang taknak benda sama berulang." Potong Hilman.

"Hmm... Ok. Abang jangan bagitau mami. Ira taknak mami risau." Kata Hazira. Hilman hanya mengangguk.

"Non lo dirò mai a mami perché non voglio che la mami si preoccupi. (Abang takkan pernah bagitahu mami sebab abang tak nak mami risau.)" Kata Hilman sambil menggosok rambut Hazira yang rapi itu kini sudah serabai.

"Ok."

🔪

"Assalamualaikum!"


"Ha sampai pun! Rindunya ibu!" Kata Puan Tuan Amelia sambil memeluk Ash.

"Ash pun rindu ibu jugak. Ibu masak apa?"

"Ibu masak your favourite!"

"Ayam masak merah? Tempe sambal?" Tanya Ash dengan teruja.

"Dedua ibu masak." Kata Puan Amelia. Ash melompat keriangan selepas mendengar ibunya memasak kedua-dua lauk kegemarannya.

"Thank you ibu!! That's why I love you!"

"Dengan ayah tak sayang ke?" Tanya Encik Tuan Amer.

"Gila tak sayang ayah?! Mestilah sayang. Ayah cinta pertama Ash." Kata Ash lalu memeluk Encik Amer.

"Mana kak long?" Tanya Ash.

"Dekat dalam bilik."

"Oh. Ash masuk bilik dulu nak kemas beg."

"Ha pergi lah."

"Miss you my room!!" Lalu dia melompat ke atas katil.

"AAAAA!" Jerit Ash. Dia ok. Dia tak gila pun tetiba nak jerit.

Kemudian dia pergi ke tandas untuk mandi dan mengambil wuduk untuk solat fardhu zohor.

🔪

"Macam mana kerja?"

"Ok je ayah. Haritu Ash balik lambat yah... Sebab kerja banyak lepastu keesokan harinya kena pergi kerja awal. Penat lah yah." Ngadu Ash.

"Baru Ash tahu macam mana susahnya cari duit sebenarnya." Kata Ash lagi.

"Itulah kau baru tahu... Selamani kau asyik minta duit dengan ayah ataupun dengan ibu je bila tak dapat muncung sedepa." Marah Isha atau Tuan Nur Alisha Xander, kakak sulung Ash.

"Ayah, ibu tengok kak long ni." Cebik Ash. Walaupun umur nak masuk 23 tahun tapi masih perangai seperti budak-budak. Hanya ahli keluarga dia sahaja dapat melihat kegedikkan dia itu.

"Ngada." Jeling Isha.

"Esok bangun pagi. Jangan tengahari baru sedar malu dengan tokwan dengan uwan."

"Diorang datang pukul berapa, bu?" Tanya Ash sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Lepas zohor. Diorang tidur sini sehari. Lepastu lusa kita balik kedah. Teman tokwan balik kampung dia. Jumpa sedara mara nak jemput datang kenduri kak long." Ash hanya mengangguk tanda faham.

"Ash cuti berapa hari?"

"Sampai hari Ahad je. Ash ingat masa pergi Kedah tu Ash bawa kereta sendiri. Lepastu balik terus gerak KL." Kata Ash.

🔪

"Kau memang perempuan mata duitan!"

"Dasar tak sedar diri! Ada hati nak bercinta dengan boyfriend aku! Boleh pergi mati!"

"Ash! Bangun! Dah pukul 7 dah ni!Tolong ibu masak."

Ash terjaga dari mimpinya itu selepas mendengar bebelan ibunya.

"Ye bu! Ash nak bangun lah ni." Kata Ash lalu dia mengambil tuala lalu dia masuk ke dalam tandas.

"Kenapa lah aku asyik mimpi benda yang sama je ni?" Pelik Ash. Lalu dia menggulungkan tuala di atas kepalanya yang basah itu.

"Ha turun pun. Ingatkan esok baru turun." Kata Puan Amelia.

"Hmm ibu ni." Cebik Ash.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam! Tokwan! Uwan!!" Jerit Ash lalu dia memeluk neneknya serta atoknya.

"Rindu!!"

"Ash! Jangan lah kuat sangat peluk tu. Kesian tokwan dengan uwan tu." Kata Puan Amelia lalu dia bersalaman dengan mak ayah nya itu.

"Bila cucu ni tokwan punya giliran pulak ni?"

"Hehe lagi 10 tahun. Tak payah fikir pasal Amira tokwan. Kita masuk lepastu makan." Kata Ash.


Hazira turut kebawah menggunakan lif untuk mencari abangnya tetapi yang kelihatan cuma kawan-kawan abang.

"Mana abang?" Tanya Hazira.

"Dia... tu!" Kata Jeff.

"Kenapa Ira?" Tanya Hilman yang baru sahaja keluar dari bilik pejabatnya.

"Hmm abang... Ira nak keluar boleh tak? Ira bosan lah duduk rumah je." Cebik Hazira.

"Ira ingat tak dua hari lepas ira baru kena culik sebab tak dengar cakap abang. Ni nak buat hal lagi ke?" Tegas Hilman.

"Alaa Ira nak keluar beli barang makeup lah bang. Please... Semua barang makeup Ira dah nak habis." Pujuk Hazira sambil mengoncangkan lengan Hilman.

"No."

"Ok kalau macamtu abang teman Ira keluar." Senyum Hazira.

"Malas." Kata Hilman mendatar. Hazira terus menjeling abangnya itu. Orang cakap punya cakap panjang lebar dia balas sepatah je? Stress aku dapat abang macamni.

"Hmm. Abang Jeff! Teman Ira jom." Kata Hazira.

"Jo.."

"Eh tak payah. Ye lah pergi siap. Abang tunggu dalam kereta." Potong Hilman. Lalu dia bergerak ke garaj kereta.

"Yeah!! I love you abang!!" Hilman hanya mengabaikan ucapan itu. Hilman memang tak ada perasaan.

"Aku ingat chat je kena seen. Depan-depan pun kena seen." Kata Hazira sambil memegang dadanya.

Jangan lupa vote ❤️

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now