Bab 22

3.7K 144 1
                                    

"Ciao!" Kata Hilman.

"Ciao bro!" Lalu Hilman memeluk lelaki itu.

Ash terpegun melihat kehadiran lelaki itu.

"Awak kenapa pandang dia macamtu?" Pelik Hilman.

"Tak ada apa-apa. Hensem. Siapa ni?" Tanya Ash yang sedang tersipu malu itu.

"Ergh... Hariz Isaac Nick, Adik saya." Ash memandang Hilman dengan muka terkejut.

"Serius lah adik awak? Tak pernah bagitahu pun awak ada adik lelaki hensem macamni." Hilman terus menjeling Ash.

"Perlu ke?" Tanya Hilman.

"Perlu lah. Saya kan bakal jadi sebahagian keluarga awak jugak. Tuan Nur Amirash Xander ha panggil Ash je. Aku rasa umur kita sama, so panggil Ash je lah kan." Kata Ash sambil menghulur tangannya kearah Hariz tetapi tunangnya yang menyambut.

"Tak payah eh." Kata Hilman lalu dia melepaskan pegangannya.

"Cantik bakal kakak ipar aku ni. Mana kau dapat dia ni? Cuba bagitahu aku. Kot lah aku boleh cari jugak adik ipar untuk kau."

"Sejak bila kau suka perempuan?" Tanya Hilman.

"Pale kau. Nak kata aku gay ke macam mana?"

"Cantik? Memang aku cantik pun. Kalau aku tak cantik. Tak ada nya abang kau nak ngorat aku." Kata Ash lalu dia memukul bahu Hilman.

"Haha. Kau buta agaknya. Dia tak cantik pun sebenarnya." Kata Hilman. Ash disebelah nya terus mencebik.

"Sampai hati awak. Jom Hariz. Kita tinggalkan dia." Kata Ash sambil menghulur tangannya kearah Hariz. Sekali lagi bukan Hariz yang menyambut tetapi Hilman.

"Eh awak ni. Awak tu saya punya bukan Hariz. Ada hati nak sentuh anak teruna orang." Kata Hilman sambil mencubit pipi Ash.

"Awak dah kutuk saya. Awak ingat saya nak bercakap dengan awak? Talk to the phone." Kata Ash lalu dia berjalan laju.
Hariz hanya menggelengkan kepalanya. Bala-bala.

🔪

"Kenapa tak hantar aku balik rumah? Aku taknak lah teman korang pergi butik pengantin."

"Lagi lima minit je appointment tu karang mami bising. Kau tu lambat sangat keluar tadi kenapa?" Tanya Hilman. Ash hanya mendiamkan diri.

"Aku lapar lepastu aku pergi mcdonald nak makan sementara tunggu korang. Taktahu pula korang sampai awal." Kata Hariz dengan matanya memandang ke luar.

"Ha salah kau. So kau kena ikut." Kata Hilman. Hariz hanya mencebik lalu dia mengambil earphone nya kemudian dia menyumbat kedalam lubang telinganya. Selepas beberapa minit dia terlelap. Ash yang berada ditempat duduk penumpang belakang pun turut terlelap.

"Sally!"

"Ha dah sampai pun bakal pengantin kita." Kata Sally, si wedding planner butik Puan Hazren iaitu The Nick's glam. Tetapi Puan Hazren selalu tidak datang ke butik ini kerana dia busy menguruskan butiknya yang lain yang ada di Malaysia ni. Bukan setakat Malaysia dekat luar negara pun ada beb.

"Jemput duduk." Kata Sally. Ash dan Hilman mengambil tempat dimeja perbincangan. Manakala Hariz pula duduk diruang menunggu.

"Ok. Kita akan mulakan dengan baju dulu. Nak buat macam mana. Belah lelaki? Belah perempuan?"

My Wifey My Lover ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin