Bab 41

2.5K 108 1
                                    

6 bulan kemudian

"Sayang.... Dah bangun?" Tanya Hilman sambil memusingkan badannya kearah Ash.

"Hmm. Kejap awak bau tak apa saya bau?"

"Bau apa? Tak bau apa-apa pun." Hilman mahu memeluk Ash tetapi dia ditolak.

"Bau badan awak! Awak pergi mandi! Busuk lah!"

"Mana ada busuk."

"Eee pergi lah mandi! Busuk!!" Kata Ash sambil menolak-nolak badan Hilman.

"Ye lah. Ye lah." Lalu Hilman bergerak ke tandas untuk membersihkan dirinya.

"Nak muntah." Kata Ash sambil membuat muka jijiknya.

"Dah? Puas? Orang dah mandi ni." Kata Hilman. Rambutnya yang basah itu di lap dengan tuala.

Ash mengepit hidungnya sambil berjalan.

"Tepi. Nak mandi." Hilman menghalang Ash untuk masuk ke tandas.

"Tepi lah hubby."

"Ketepikan tangan tu dari hidung dulu kalau tak sampai esok hubby tak bagi sayang masuk." Ash melepaskan tangannya dari hidung.

"Wangi?"

"Busuk!" Lalu dia mengepit hidungnya semula dengan menggunakan jarinya.

"Eh! Hubby dah mandi lah."

"Jauhkan diri hubby dari sayang." Lalu Ash masuk ke dalam tandas.

"Hubby kita naik kereta asing-asing tau. Ash tak tahan lah bau badan hubby." Kata Ash lalu dia membuka pintu keretanya.

"Busuk sangat ke badan aku ni?" Lalu Hilman menghidu badannya.

"Wangi je..."

🔪

Tok! Tok! Tok!

"Hubby... Nah sign fail ni." Kata Ash sambil menghulur fail ke arah Hilman yang sedang fokus menekan papan kekunci itu. Ash menjauhkan jaraknya dari meja Hilman supaya dia tidak bau badan Hilman itu.

"Hmm. Letak situ."

"Ada orang merajuk ke tu?" Tanya Ash sambil mengangkat kening sebelahnya sedikit.

"Ye lah. Orang tu taknak dekat dengan kita." Cebik Hilman. Dia berhenti dari membuat kerja.

"Sorry. Sayang bukan sengaja nak jauh-jauh dari hubby tapi sayang tak tahan dengan bau badan hubby."

"Yow!!"

"Ketuk pintu boleh tak." Marah Hilman.

"Macam tak biasa dengan perangai jantan ni." Kata Rayyan lalu dia mengambil tempat duduk di sofa yang empuk itu.

"Yang kau ni? Pahal tutup hidung?" Pelik Aaron sambil memandang Ash dengan pandangan yang pelik.

"Dia kata aku busuk." Aaron dan Rayyan mula menghidu.

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now