Bab 24

3.7K 147 3
                                    

"Kenapa bantal ni keras semacam?" Pelik Ash sambil menepuk bantal itu lalu dia mencelikkan matanya.

"ARGHHH!!"

"Eh pahal? Dia yang peluk orang lepastu dia jerit macam kita yang peluk dia pulak."

"A..a..awak buat apa tidur sebelah saya ni?" Tanya Ash sambil membelek badannya. Alhamdulilah masih ada pakaian.

"Eh saya ni suami awak mestilah saya tidur sebelah awak. Awak ni kenapa? Ngigau?" Pelik Hilman.

"Eh? Saya dah kahwin? Eh? Oh! Saya tak mimpi lah! Oh!"

"Pelik lah awak ni darling. Sini sambung tidur peluk saya." Kata Hilman sambil menepuk bantal disebelahnya lalu dia mendepakan tangannya.

"Erkk... Tak apa lah. Saya nak mandi. Kejap lagi nak pergi breakfast." Kata Ash lalu dia melarikan diri ke dalam tandas.

"Malu tapi mahu."

"Saya dengar, Hilman Isaac Nick!" Jerit Ash yang berada didalam tandas itu. Ayok!

🔪

"Kau buat kerja macam mana? Tengok sekarang diorang dah kahwin!? Bodo! Benda senang pun tak boleh buat!"

"Aku buat macam yang kau suruh lah."

"Macam mana perempuan tu boleh terlepas?!"

"Itu aku taktahu. Aku jaga dia elok-elok tapi dia hilang sekelip mata bila aku pusing tempat lain."

"Ish! Aku nak kau cari dia sampai dapat!"

"Aku dah cari tapi tak jumpa. Aku taktahu diorang sorok dekat mana."

"Kau nak aku tolong kau balas dendam ke tak? Kalau nak kau cari diorang sampai lubang cacing kalau tak keluarga kau akan tahu siapa kau sebenarnya."

"Ok! Aku cari!"

"Bodo! Tolong aku konon tapi batang hidung pun tak nampak! Kerja nak uhut orang je!" Kata Alex lalu dia mencampak telefonnya ke atas tilam.

🔪

"Ibu dengan ayah nak balik dulu. Jaga diri. Dengar cakap Hilman tu jangan derhaka pulak. Kalau Hilman bagitahu ibu yang Ash ni degil... Ibu suruh Hilman tarik telinga Ash ni." Kata Puan Amelia sambil buat-buat menarik telinga Ash. Hilman tergelak.

"Suka lah tu ibu menangkan awak? Ye lah bu orang tak derhaka." Kata Ash sambil meletakkan kepalanya dibahu Puan Amelia.

"Bukan setakat tarik telinga je. Hilman gigit dia terus. Hahaha."

"Seram... Ayah bawa Ash balik kampung yah takut lah duduk dengan dracula ni." Encik Amer menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Gembira kerana melihat anak kesayangannya itu sudah menemui pengganti nya.

"Tak payah mengada eh." Kata Hilman lalu dia menarik Ash untuk mendekatinya.

"Mana kak long?"

"Tu baru turun tu." Kata Puan Amelia.

"Apa panggil-panggil aku?"

"Tak ada apa-apa. Kau balik rumah ibu ke rumah kau?"

"Balik Johor terus lah. Esok Izzat kerja."

"Ohhh... Sunyi lah rumah ibu lepasni anak-anak dia semua dah ada keluarga sendiri."

"Dari dulu memang dah sunyi dah pun sebab masing-masing kan duduk jauh." Kata Encik Amer sambil melipatkan tangannya didada.

"Ayah ni saja tau bagi orang sebersalah." Cebik Ash sambil memuncungkan bibirnya.

"Apa muncung-muncung ni nak kena cium ke?"

"Tak malu ke depan ibu dengan ayah ni!?" Marah Ash lalu dia memukul bahu Hilman.

"Auchh!"

"Ok lah. Kitorang balik dulu." Lalu Ash dan Hilman bersalaman dengan Encik Amer dan Puan Amelia.

"Bye!"

"Jom kita pun kena balik ni."

"Balik mana?"

"Rumah abang lah."

"Abang siapa?" Pelik Ash.

"Eh saya guna panggilan abang eh tadi? Rumah mami. Rumah mami." Sengih Hilman.

Ash hanya mengerutkan keningnya.

🔪

"Awak..."

"Ye kenapa sayang?"

"Kalau ada sesuatu jadi dekat saya macam saya jadi lain ke apa ke... Awak jangan takut tau..."

"Ha maksud awak apa?" Pelik Hilman.

"Kalau lah. Kalau tak ada tak payah ambil kesah lah."

"Cuba cakap bagi habis sayang..." Kata Hilman sambil mengusap tangan Ash.

"Tak ada apa-apa lah." Lalu Ash membuang pandangan ke tempat lain.

"Aku dah mula sayangkan kau. Aku harap sangat kau tak tinggalkan aku hanya sebab perkara yang kecik." Kata Ash didalam hati.

Hilman memegang tangan Ash. Dia sangat risau tentang apa yang Ash ucapkan sebentar tadi.

"Saya takkan tinggalkan awak disebabkan perkara kecil je. Kita boleh baiki benda kalau benda tu boleh dibaiki. Okay?" Kata Hilman lalu dia mengusap rambut Ash. Ash terus memeluk lengan Hilman.

"I love you..." Kata Hilman lalu dia mencium ubun-ubun Ash.

Jangan lupa vote ❤️

Thank you for your support! 🤙



My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now