Bab 61

2.3K 95 1
                                    

"Dah sampai."

"Hm." Lalu dia keluar dari kereta dan membuka pintu kereta penumpang belakang.

"Helena jom. Kita dah sampai."

"Tok ibu!!" Kata Helena sambil berlari kearah puan Amelia.

"Rindunya dekat dia ni."

"Assalamualaikum..." Ash bersalaman dengan ibunya.

"Assalamualaikum ibu..." Membulat mata puan Amelia dibuatnya. Sekian lama tidak jumpa menantu dia itu.

"YaAllah Hilman! Bila kamu balik? Kenapa lama sangat duduk dekat negara orang tu?"

"Ibu tu bukan negara orang...tu negara dia sebab dia lahir dekat sana bu." Kata Ash sambil tersenyum nipis.

"Tak kesah lah janji Hilman dah balik jumpa isteri dengan anak-anak. Meh masuk." Kata puan Amelia sambil memegang tangan Helena.

🔪

"Yeayy makan!" Teruja Helena.

"Dah lama tak makan masakan ibu." Kata Hilman sambil mengambil tempat duduk di meja makan.

"Sebab tu lah ibu masak lauk special untuk Hilman." Hilman hanya tersenyum teruja. Ash yang baru sahaja turun itu memutarkan bola matanya. Kalau ibu tahu perkara sebenar mesti ibu tak layan dia macamtu.

"Adik buat apa berdiri dekat situ? Sini makan." Ash hanya tersenyum nipis.

"Ibu nak nasi!" Kata Ash sambil menghulurkan pinggan kearah ibunya.

"Ambil sendiri. Dah anak dua pun nak mengada lagi. Ha ambil Hilman punya sekali."

"Aduh... Kena ke? Kalau tak ambilkan nanti kena ceramah dengan ibu tiga hari dua malam pun tak habis. Ambil je lah." Kata Ash didalam hati.

"Meh pinggan."

"Thank you."

"Eh tuang untuk Hilman je? Adik taknak makan ke?" Pelik encik Amer. Ash menggelengkan kepalanya.

"Adik makan kejap lagi lah. Nak tengok Haider takut dia dah terbangun." Tidak sempat Ash bangun dari dudukkannya tangannya ditahan oleh Hilman.

"Saya tahu awak marah dekat saya okay saya faham tapi jangan sampai tak hormat ibu ayah dekat sini. Duduk." Bisik Hilman dengan suara yang tegas. Ash mengeluh. Dia duduk di tempat duduknya semula.


Hilman perasan Ash duduk di pangkin tepi rumah. Dia mengambil tempat disebelah Ash.

"Buat apa dekat luar ni tak sejuk ke?"

"Biar lah badan saya bukan badan awak. Kalau awak sejuk pergi lah masuk dalam." Kata Ash yang sedang kusyuk bermain telefon.

"Sayang... Boleh bagitahu hubby apa yang Ira bagitahu dekat sayang?"

"Perlu ke?"

"Tak perlu but i need to know."

"Awak tanya lah Ira sendiri. Saya mengantuk." Lalu Ash masuk kedalam rumah. Hilman mengeluh berat.

Nama 'Ira 🌚' ditekan.

"Hello"

"Hello abang kenapa?"

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now