Bab 27

3.5K 150 2
                                    

Pon! Pon! Pon!

"Siapa hon pepagi buta ni!" Bengis Fira lalu dia turun dari katilnya. Dia meninjau dari beranda biliknya.

"Encik Rayyan? Cari siapa?" Jerit Fira dari beranda biliknya itu.

"Riana mana? Suruh dia keluar cepat!"

"Riana? Dia dah balik kampung!"

"Ha balik kampung? Bila dia balik kampung?" Pelik Rayyan.

"Malam tadi! Abang dia ambil!"

"Kenapa dia balik tetiba je?"

"Mama dia sakit! Tu yang malam tadi dia balik tergesa-gesa!"

"Oh... Tak minta izin aku pun nak balik kampung.." Lalu Rayyan masuk kedalam keretanya.

🔪

"Ash...."

"Riana? Kenapa ni?"

"Mama..."

"Kenapa dengan mama kau?"

"Mama aku dah tak ada..."

"Innalilah... Kau dekat mana ni?"

"Aku dekat kampung. Malam tadi ayah aku telefon kata mama aku dah tenat. Aku gerak dengan abang aku. Pagi ni dia dah tinggalkan aku."

"Sabar tau Riana. Allah lebih sayangkan mama kau. Petang ni aku sampai."

"Hmm.."

"Kenapa?"

"Mama Riana meninggal."

"Innalilah. Sakit apa?"

"Dua minggu lepas dia jatuh tangga. Dekat dua minggu jugak lah tak sedar. Tahu-tahu harini dah tak ada."

"Ohh.."

"Awak kita balik kampung boleh? Saya ingat nak teman Riana."

"Boleh." Ash tersenyum.

"Kejap. Esok sepatutnya awak masuk kerja ke?"

"Awak lupa ke saya CEO dekat tempat kerja awak tu?"

"Ohhh. Hehe ok saya nak kemas baju." Kata Ash.

🔪

"Assalamualaikum..."

"Ash..." Lalu Riana memeluk Ash sambil menangis teresak-esak.

"Shh shh. Jangan nangis wey. Kalau mama kau tengok kau sedih mesti dia pun sedih." Pujuk Ash sambil mengusap rambut Riana.

"Aku terkilan wey aku tak jaga mama masa mama sakit. Aku enjoy dekat KL tu sampai lupa tanggungjawab aku sebagai anak untuk jaga mama aku." Tangis Riana.

"Semua dah terjadi. Kita kena terima. Kita masuk dulu."

Selepas pengebumian, Riana dan Ash masih duduk di tanah perkuburan itu. Riana masih menenung tanah itu.

"Mama... Maafkan adik. Adik menyesal sangat tak luangkan masa dengan mama. Kalau adik boleh putarkan balik masa adik taknak pergi KL ma. Adik nak duduk dengan mama je." Kata Riana sambil mengesat air matanya. Ash disebelahnya hanya mengusap belakang Riana untuk menenangkan dia.

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now