Bab 37

2.5K 119 0
                                    

Dua bulan kemudian

Ding! Dong!

"Siapa datang ni?" Lalu dia bangun dari perbaringannya.

Ding! Dong!

"Tak reti sabar ke?" Bengis Ash lalu dia membuka pintu utama rumah itu.

"Hai Tuan Nur Amirash Xander."

"Kau siapa?" Pelik Ash.

"You don't know me? Really? Hahaha." Wanita itu masuk kedalam rumah tanpa dialu-alukan dengan memakai kasutnya. Ash membulatkan matanya. Selamba je?!

"The hell... Kalau ye pun nak masuk rumah orang tu. Buka lah kasut!! Buat penat aku mop lah! Dahlah main masuk je."

"Do i look care?"

"Eee aku tampar karang!"

"Cantik rumah Isaac. Kalau kahwin dengan aku confirm lagi cantik aku hias."

"Tiber. Kau siapa sebenarnya?"

"Aku Erina Denisha Zaec atau lebih kenali as Erin. Aku bekas tunang suami kau."

"Oh. Lepastu apa hajat kau datang sini?"

"Saja melawat bakal madu aku ni. Dengar cerita mengandung? Betul ke?"

"Kalau aku mengandung pun kenapa? Tak kacau hidup kau pun kan."

"Mata aku sakit. Sakit tengok orang yang aku sayang bahagia dengan orang lain."

"Sayang? Kalau sayang... Kenapa kau buat hal dulu? Maknanya kau tak sayang dia." Sinis Ash.

"Itu dulu. Aku menyesal sangat sebab tinggalkan dia. Aku rasa hidup aku tak sempurna bila dia tak ada dekat sisi aku."

"Drama."

"Isaac bila balik?" Tanya Erin sambil menyilangkan kakinya.

"Entah. Dia ikut mood." Kata Ash.

"Okay." Erin terus bergerak keluar dari rumah itu. Ash membuat muka peliknya. Apa minah ni?

"Now!" Lalu ada sekumpulan lelaki bergerak masuk kedalam rumah.

"Tolong!!!" Jerit Ash.

"Diam!" Lalu lelaki itu menutup kepala Ash dengan guni. Kemudian dia mengangkat Ash masuk kedalam kereta.

Telefon Hilman terus berbunyi siren.

"Trespassers! Trespassers!"

"Trespassers?" Lalu dia membuka rakaman cctv di telefonnya.

"Erin? Sial!" Lalu dia melangkah keluar dari biliknya itu.

Hilman memandu keretanya ke rumah Aaron kerana disitu tempat mereka selalu berkumpul.

Ding! Dong! Ding! Dong!

"Woi tekan loceng macam nak pecah rumah je!" Marah Aaron lalu membuka pintu utama rumah nya itu.

"Diam. Budak tiga orang tu ada lagi dekat bilik bawah tanah?" Tanya Hilman.

"A-ada." Lalu mereka berdua bergerak ke pintu rahsia untuk ke tingkat bawah.

"Aik mana? Macam mana diorang boleh lari ni?? Kau jaga ke tak?" Tanya Hilman sambil memegang kolar baju Aaron.

"Ak-aku jaga lah. Mana aku tahu diorang lari pergi mana." Kata Aaron.

"Kau jujur dengan aku sekarang! Kau selalu jenguk diorang ke tak dekat bawah? Cakap!"

"Jenguk lah." Kata Aaron.

"Eh kau! Menipu lebih. Kau je selalu lepak depan tv main PS5 kau tu." Kata Fira sambil bersandar dipintu bilik itu.

"Tak payah jujur sangat." Bisik Aaron sambil mengurut dahinya.

"Cilaka. Bini aku tu tengah mengandung tau!" Hilman melepaskan pegangannya. Lalu dia bergerak keluar dari bilik itu dengan muka tiada senyuman langsung.

"Padan muka." Rayyan membuat thumbs up kepada Aaron. Aaron terus mengigit ibu jari Rayyan.

"Sakitlah!"

"Menyempat pulak gaduh korang ni." Jeling Riana.

"Sayang... Sakit..." Cebik Rayyan. Riana mengabaikan aduan Rayyan itu.

"Saya tengah morning sickness ni. Sepatutnya saya yang mengada dengan awak bukan awak yang mengada dengan saya." Riana bergerak ke biliknya. Penat keluar masuk tandas.

Rayyan menyepak punggung Aaron.

"Eh kau pahal?"

"Bukan aku." Kata Rayyan sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

🔪

"Buka lah!!!!" Jerit Ash. Tangan dan kaki nya diikat ketat.

"Kau buka lah guni dekat kepala dia tu. Takut mampus je nanti."

Lelaki itu terus menarik guni dikepala Ash.

"Busuk!!"

"Apa yang busuk?"

"Bau guni tu lah. Eh.... Kau?? Macam mana kau boleh terlepas?" Tanya Ash.

"Bos aku yang lepaskan aku." Kata Alex. Muka Alex dipenuhi dengan kesan lebam yang dibuat oleh Aaron dan Rayyan.

"Macam mana?"

"Aku reti buat magic sama macam husband kau. Kitorang belajar sesama dulu. Sweet kan?"

"Sweet sangat sampai rasa nak sepak muka kau." Kata Ash sambil membuat muka jijiknya.

"Kau tu dah kena tangkap buat cara kena tangkap jangan loyar buruk sangat." Kata Erin sambil menekan kedua-dua pipi Ash.

Puihh!

Ash meludah ke muka Erin.

"What the fuck!! Euwww!" Jerit Erin. Alex membuat muka jijiknya. Rasa ingin muntah pun ada.

"Berani lagi pegang muka aku kan dah mendapat." Sinis Ash. Alex turut keluar dari bilik kurungan lalu dia mengunci pintu bilik itu.

"Wey!! Jangan tinggalkan aku sesorang dalam ni!! Woiii!! Hubby!!"

Jangan lupa vote ❤️

Thank you for your support!🤙









My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now