Bab 33

2.8K 117 0
                                    

"Wey bang! Bang!"

"Kenapa kau?" Pelik Hilman.

"Nak tahu tak haritu aku jumpa siapa?"

"Siapa?"

"Ish! Aku tanya kau kau tanya aku balik." Jeling Hariz.

"Tak kalau aku jawab mestilah salah sebab aku taktahu kau jumpa siapa."

"Teka lah ngok. Ok aku bagi hint orang yang paling kau benci."

"Erin?"

"Haa pandai! Har..."

"Siapa Erin?" Tanya Ash lalu dia mengambil tempat disebelah Hilman. Hilman membuat isyarat mulut "Mampus!"

"Ak-aku nak keluar kejap." Kata Hariz lalu dia berlari keluar. Sebenarnya dia nak larikan diri je tu.

"Eh bongok nak pergi mana!? Malam-malam buta nak keluar."

"Awak siapa Erin? Jawablah."

"Mana saya kenal. Tu kawan Hariz. Ha sayang haritu saya ada nak beli minyak wangi kan?"

"Tukar topik. Jawablah...." Cebik Ash. Hilman menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia ingin mengelak dari menjawab soalan Ash itu lalu dia bangun dari tempat duduknya.

"Nak pergi mana?" Pelik Ash.

"Nak tidur lah sayang. Dah pukul 1 ni. Esok saya kerja."

"Awak... Jawablah.."

"Kan saya dah jawab. Erin tu kawan Hariz." Kata Hilman sambil kakinya melangkah ke tangga.

"Boleh percaya ke?"

"Nak percaya. Percaya lah yang. Kalau tak nak percaya pergi tanya sesiapa!" Kata Hilman dari tingkat atas.

"Eh dia dengar?"

"Saya tak pekak lagi sayang!"

"Herm."

🔪

"Welcome to our home!"

"Ok." Lalu Ash masuk ke dalam rumah sambil menarik beg bagasi nya.

"Aik? Ok je?" Pelik Hilman.

"Lepastu awak nak saya buat apa? Nak saya terloncat-loncat ke macam mana?" Jeling Ash.

"Tak baik tau jeling-jeling suami. Juling nanti baru tau."

"Nyampah lah."

"Okk. Saya tak kacau awak dah."

Semasa Ash sedang mengemas baju untuk masuk kedalam almari di wardrobe. Hilman masuk ke dalam bilik untuk mencari Ash.

"Sayang?" Tiada sebarang respon.

"Tuan Nur Amirash Xander."

"Awak nak apa? Saya tengah kemas baju ni."

"Sini." Panggil Hilman.

"Saya tengah sibuk ni Hilman."

"Amirash sini! Jangan sampai saya panggil nama penuh awak lagi sekali tau." Tegas Hilman. Ash pasrah lalu dia bergerak pergi ke Hilman.

"Ye." Lalu Hilman menarik Ash untuk duduk disebelahnya.

"Kenapa awak nak marah sangat pasal semalam tu?"

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now