Bab 18

3.6K 153 0
                                    

"Good morning, sunshine. Nyenyak tidur?"

"Hm boleh lah." Ash malas mahu menegur Hilman kerana memanggil dia panggilan itu. Lantak dia lah.

"Eee sunshine pale dia." Bisik Aaron.

"Kau jeles cakap...aku boleh minta Fira panggil kau macamtu." Usik Jeff. Aaron menjeling.

"Mami kau mana? Aku dua hari ni tak nampak pun dia?" Pelik Ash.

"Mami duduk rumah dia lah. Ira ikut sekali duduk sana sebab dekat dengan Uni dia."

"Ohh.."

"Minggu ni kau tak payah pergi kerja. Aku bagi cuti."

"Okk thanks." Sengih Ash.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Encik Rayyan, macam mana semalam? Riana keluar tak?" Tanya Ash lalu dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Tak. Laki tu ada hal agaknya." Kata Rayyan mendatar. Ash hanya mengangguk. Lalu Rayyan melangkah pergi ke lif rumah itu.

"Encik Rayyan! Bo..." Ash mengikut langkah.

"Panggil i Rayyan je. Jangan ber encik-encik sangat. U tu girlfriend kawan i so don't be so formal. Lagipun kita bukan dalam office kalau dalam office boleh lah." Potong Rayyan.

"G..g..girlfriend?? Eh bila masa?" Rayyan hanya tersenyum lalu dia masuk ke dalam lif. I know everything.

"Ok cerita dekat aku A to Z."

"Apa?" Kelibat Ash muncul diruang tamu. Aaron mengeluh.

"Sei innamorato di lui? (Kau bercinta dengan dia ke?)" Tanya Aaron. Dia menukar bahasa supaya Ash tidak memahami apa yang mereka sedang bualkan.

"Non so. Non credo sia ancora pronto. (Entahlah. Aku rasa dia tak sedia lagi.)" Kata Hilman sambil menjeling ke arah Ash.

"Apa?" Pelik Ash. Hilman hanya menggeleng.

"So bila?"

"One day."

"Sto aspettando. (Aku tunggu.)" Hilman mengenyitkan matanya.

"Aku keluar kejap." Kata Aaron lalu dia mengambil kunci kereta Ferrari nya diatas almari tv itu.

"Nak pergi mana?"

"Jumpa awek." Lalu dia keluar dari pintu utama rumah itu.

"Zack.... Bosan lah duduk rumah.... Jom keluar...."

"Kau panggil aku apa? Tak dengar tak dengar"

"Hehe Isaac. Isaac."

"Pandai darling aku ni."

"Kau panggil lagi sekali panggilan darling tu. Hilang gigi kau kejap lagi." Jeling Ash.

🔪

"Apa yang diorang tak suka sangat dengan Eizat tu? Aku tak faham lah. Jahat sangat ke dia tu? Sampai semua orang pandang jijik dekat dia tu." Bebel Riana yang sedang baring disofa itu.

"Apa yang kau bebel?" Tanya Fira yang baru sahaja turun itu.

"Tak ada lah. Aku tak faham kenapa korang benci sangat dengan Eizat tu? Apa salah dia dekat korang?" Lalu dia bangun dari perbaringan.

"Sebab dia ajar kau buat perkara bodoh Adriana. Yang pasal haritu kau balik mabuk-mabuk sebab dia tau. Mama dengan ayah kau bagi kau duduk KL ni sebab kerja bukan sebab nak kau menggatal dengan lelaki tak ada masa depan tu." Kata Fira.

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now