Bab 65

4.9K 86 7
                                    

Dua tahun kemudian

"Assalamualaikum!!"

"Waalaikumussalam..." Jawab Ash dan Hilman serentak. Riana terus memeluk Ash.

"Masin mulut aku cakap kau akan dapat kembar haha!" Teruja Riana. Ash hanya tersenyum.

"Mulut kau memang masin sebab kerja kau asyik makan garam je." Jeling Ash. Riana tersengih.

"Haider... Kenapa muka masam je ni sayang?" Tanya Ash sambil mengambil Haider dari dukungan Rayyan. Merajuk lah tu.

"Dia cakap dengan i semalam... Dia merajuk dengan mama papa sebab buat adik baru." Kata Rayyan. Haider mencebik sambil memeluk tubuhnya.

"Alolo anak manja mama ni." Kata Ash sambil mencuit hidung Haider. Haider turun dari katil lalu dia mengambil tempat disebelah papa nya.

"Pandai eh jeling-jeling orang sekarang. Mama ajar ke?" Usik Hilman sambil tergelak kecil.

"Yana jom main game." Ajak Haider sambil mengeluarkan nintendo nya dari beg. Yana hanya mengangguk.

"Taknak cakap dengan papa eh? Oh merajuk eh?" Hilman mengeletek badan Haider. Haider berdekah dengan kuat. Geli!

"Papa!! Hahaha!!" Hilman terus memberhentikan kelakuannya.

"Nak merajuk lagi dengan papa?" Haider perlahan-lahan mengangguk.

Hilman mengacah seperti ingin mengeletek dia semula.

"Okay okay!" Haider melepaskan tawanya.

"Haider sini. Jangan main game lagi. Sini." Haider terus duduk disebelah Ash. Hilman turut duduk diatas katil.

Ash dan Hilman mengambil kedua-dua anak mereka.

"Ini adik Haider ke?" Pelik Haider. Ash mengangguk.

"Tapi... kenapa dua? Kenapa orang lain kalau dapat adik satu je?" Hilman menepuk dahinya. Ash tergelak kecil.

"Sebab rezeki dari Allah bagi Haider adik dua orang." Haider mengangguk menandakan dia faham.

"Siapa nama adik-adik mama?"

"Yang mama pegang nama dia Hayyan Xahren Nick. Yang papa pegang nama dia Hazel Xehra Nick."

"Aduh-aduh!!" Semua mata tertumpu kepada empunya suara itu.

"Sayang kenapa?" Jeff memandang ke lantai ada air menitik dari celah kaki Lizzy.

"Sakit..." Aduh Lizzy sambil memegang perutnya. Jeff sudah cemas.

"Yang kau kelam kabut ni kenapa pergi lah panggil doktor!?" Kata Rayyan sambil memukul bahu Jeff. Jeff berlari keluar untuk memanggil doktor.

Riana membantu Lizzy untuk bangun. Muka Lizzy sudah merah menahan sakit.

"Goodluck!" Hilman melepaskan tawanya selepas mendengar Ash memberi kata semangat. Mentang-mentang dah lepas.

"Sayang ni comel lah." Kata Hilman sambil mencubit kedua-dua pipi Ash.

"Tetiba eh hubby ni."

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now