Bab 38

2.5K 115 1
                                    

"Nah makan. Aku tahu dari semalam kau tak makan lagi kan. Kesian baby dalam perut tu." Kata Evan sambil melepaskan ikatan ditangan Ash.

"Taknak. Aku tak selera. Aku nak balik je sekarang ni." Kata Ash dengan nada yang sayu.

"Hmm... Selagi suami kau tak sampai selagi tu kau tak boleh gerak dari tempat ni."

"Kenapa? Kenapa? Aku tak faham. Apa lagi yang korang tak puas hati dengan suami aku sampai nak buat aku macam ni."

"Hey hey. Dah bangun?"

"Erin... Tolong lah lepaskan aku. Alex... Tolong lah..."

"Kau fikir senang-senang aku nak lepaskan kau? Aku nak hidup suami kau tu merana macam aku selamani selepas girlfriend aku mati." Kata Alex.

"Apa kena mengena pasal kematian girlfriend kau dengan Hilman?"

"Dia dah langgar Hana girlfriend aku tu! Kau dengar tak!?" Jerit Alex sambil menarik rambut Ash dengan kuat. Erin ditepi hanya memerhati.

"Sakit!!"

"Sakit? Sakit? Lagi sakit hati aku lah!!" Lalu Erin menyepak dada Ash hingga Ash terjatuh ke belakang dengan kerusinya sekali.

"Erin! Kau tahu kan dia mengandung! Tak payah lah buat sampai macamtu!" Marah Evan.

"Kesah apa aku! Biarlah dia gugur! Baru puas hati aku!"

"Kau tak patut bahagia dengan Isaac! Dia patut bahagia dengan aku!! Aku yang sepatutnya mengandungkan anak dia bukan kau!!" Lalu dia menyepak perut Ash dengan kuat.

"Sakit!!! Erin!!!" Jerit Ash sambil menangis teresak-esak. Darah sudah mula mengalir di celah kangkang Ash.

"Hilman... Cepatlah datang!!" Kata Ash dalam nada yang perlahan.

"Bak pisau tu!"

"Kau nak buat apa pulak ni?! Tak cukup ke kau dah sepak perut dia?!" Marah Evan.

"Kau diam boleh tak?! Semak lah!" Bengang Erin.

Erin mencucuk pisau rambo itu di kaki Ash berkali-kali.

"Sakit!!! Sakit!!!"

"Apa tak dengar?" Lalu dia mencucuk lagi di kaki Ash. Pisau itu dibiarkan dikaki Ash.

Ash hanya memerhati pisau itu dikakinya. Dia ingin menarik pisau itu tetapi dia tidak berani.

"Alex ambil pisau tu." Arah Erin. Alex bergerak ke arah Ash. Kemudian dia menarik pisau di kaki Ash dengan kuat.

Tangannya mula memegang perutnya.

"Mama minta maaf sayang... Mama tak dapat protect awak... Kita jumpa di Syurga ye sayang." Kata Ash sambil mengusap perutnya.

Erin berjalan ke arah Ash. Tanpa belas kasihan dia memijak tempat tikaman di kaki tadi.

Ash sudah kehilangan suara untuk menjerit. Muka nya sudah merah.

"Erin!! Bodoh ke?!" Marah Evan.

"Kenapa? Salah ke?" Sinis Erin. Dia memijak dengan kuat lalu dia beralihkan kaki nya di perut Ash.

"Arghhh!!" Jerit Ash dengan suara seraknya sambil memegang perutnya

"Puas hati aku." Jeling Erin.

"Ibu... Tolong Ash ibu..." Tangis Ash.

"Oh haritu bukan main berani lagi siap hentak aku dengan kayu bagai?! Sekarang ni dah lemah dah?!" Lalu Alex menendang kaki Ash itu. Ash sudah kelihatan lemah. Mukanya sudah pucat.

Bang!! Bang!!

"Kau lepaskan isteri aku!" Jerit Hilman sambil mengacukan pistol kearah Erin dan Alex serta Evan.

"Isteri u? Isteri u dah mampus dekat tepi tu. Oops! Bukan mampus tapi dalam perjalanan menuju ke alam barzakh." Jeling Erin sambil melipatkan tangannya didada.

"Setan kau!" Lalu dia berlari ke arah Alex. Dia memusingkan badannya 360 darjah lalu menyepak kepala Alex dengan kuat.

Erin yang berada disebelah Alex itu ditampar dengan kuat.

"Look fun!" Teruja Aaron. Jeff memandang Aaron dengan pandangan yang pelik. Apa yang dia teruja sangat ni.

"Aaron! Jeff! Rayyan! Shoot!" Jerit Hilman. Aaron dan Jeff menembak semua orang yang ada didalam bilik itu.

Erin menarik tangan Alex dan Evan untuk lari dari situ. Takkan lah diorang senang-senang nak mati macamtu je kan? Hahaha.

Hilman terus berlari ke arah Ash yang sudah terbaring ditepi dinding itu.

"Sayang... Hubby datang ni sayang." Kata Hilman lalu dia mengangkat kepala Ash untuk diletakkan diatas peha nya. Hilman menahan sebak melihat begitu banyak darah di bahagian kaki Ash.

"Hubby... Sayang minta maaf sebab tak dapat selamatkan anak kita."

"Tak apa sayang. Yang penting sayang ok dekat depan mata hubby ni." Kata Hilman sambil mengusap pipi Ash. Air matanya mengalir laju. Dia tidak sanggup melihat isterinya seperti ini.

"Hubby jangan nangis." Kata Ash sambil mengesat air mata Hilman.

"Sayang sayangkan hubby. Ingat tu." Kata Ash sambil mengusap pipi Hilman.

"I know that."

Ash sudah tidak larat untuk membuka matanya lagi. Perlahan-lahan matanya tertutup. Pegangan di pipi Hilman terjatuh.

"Sayang... Sayang... Bangun... Jangan tinggalkan hubby. Sayang..." Kata Hilman sambil menepuk pipi Ash berkali-kali. Tiada sebarang respon.

Hilman cepat-cepat mengangkat Ash dan membawa dia keluar dari tempat itu.

"Dah gerak!" Kata Rayyan. Aaron dan Jeff mengangguk lalu mereka mengikut langkah Rayyan.

"Rayyan, cepatlah!" Jerit Hilman. Rayyan berlari dengan pantas kearah keretanya.

"Sayang..." Hilman mengusap pipi Ash sambil air matanya mengalir.

"Jangan tinggalkan hubby...Hubby takkan kuat kalau sayang tak ada dengan hubby." Kata Hilman lagi.

Jangan lupa vote ❤️

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now