Bab 35

2.8K 125 0
                                    

"Awak nak bawa saya pergi mana?"

"Adalah ikut je." Kata Aaron.

Selepas berjam-jam mereka tiba disebuah rumah yang agak besar itu.

"Encik." Kata pembantu rumah itu. Pembantu rumah itu menyediakan dua pasang selipar rumah untuk Aaron dan juga Fira.

"Kak Eda. Mummy daddy ada dekat rumah kan?" Tanya Aaron.

"Ada. Macam yang Encik suruh mereka berkumpul harini. Cik Ungku pun ada." Aaron hanya mengangguk. Fira hanya mendiamkan diri. Dia mengikut langkah Aaron sahaja.

"Aaron! Sampai pun. Siapa tu? Aaron jangan buat hal! Aaron tu tunangan orang tau!" Kata Datin Azrin. Aaron mengambil tempat duduk di sofa itu sama seperti Fira.

"Mummy. Ni isteri Aaron, Zafira Ayla. Kitorang dah dekat 5 bulan nikah dekat kampung dia. Daddy dah tahu pasal pernikahan kitorang tapi Aaron minta dekat daddy untuk rahsiakan dari mummy sebab Aaron tahu mummy takkan setuju."

"Apa ni Ez? U kahwin dengan orang lain. Lepastu i? U nak campak mana? I ni tunang u tau." Kata Riesya.

"Aku tak pernah setuju untuk bertunang semula dengan kau. Mummy aku yang terhegeh-hegeh nak jadikan kau tu menantu. Padahal dia taktahu perempuan yang dia nak jadikan menantu sangat ni dah kena.. Tebuk! Dengan ramai jantan dekat luar sana." Datin Azrin sangat terkejut selepas mendengar kata-kata Aaron itu.

"U jaga sikit mulut u!" Marah Riesya sambil menunjuk jari telunjuknya kearah Aaron.

"Saya minta diri dulu. Saya rasa saya tak perlu ada dekat sini." Kata Fira. Dia ingin melangkah keluar dari rumah itu tetapi dihalang oleh Aaron.

"Awak stay."

"Betullah aku cakap! Kau tinggalkan aku sebab sugar daddy kau tu kan?? Dasar perempuan murah! Kau dengan bff kau tu sama je. Lepas kena tinggal baru datang balik dekat kitorang sebab dah tak ada sesiapa nak layan korang kan? Korang gunakan kitorang ni sebab nak duit je! Bukan sebab perasaan cinta pun kan? Bodoh! Perempuan macamni memang tak boleh pakai!"

"Kau perempuan memang perampas! Sebab kau!" Kata Riesya sambil menunjal kepala Fira.

"Eh kau jaga sikit mulut kau tu! Dia memang berhak untuk rampas aku dari orang yang tak beriman macam kau ni." Sinis Aaron.

"I hate you!" Jerit Riesya sambil memukul dada Aaron. Dia terus keluar dari rumah itu.

"Auchh that's hurt." Kata Aaron sambil tersengih.

"Mummy minta maaf. Mummy tak tahu pun dia perempuan yang macamtu."

"Tak apa mummy. It's not even your fault." Kata Aaron.

🔪

Riana dan Rayyan selamat disatukan di rumah keluarga Riana. Mereka hanya membuat majlis kecil-kecilan sahaja. Hanya keluarga terdekat dan sahabat handai sahaja yang hadir.

"Riana!!" Jerit Ash lalu dia memeluk Riana.

"Datang pun ingatkan tak datang tadi." Cebik Riana.

"Sorry lah. Sepatutnya semalam aku memang dah gerak balik sini tapi tiba-tiba Hilman kena jumpa client pulak malam semalam. Lepastu nak tahu tak? Pagi tadi dedua bangun lambat. Sorry sesangat dho sepatutnya aku teman kau dekat pelamin." Kata Ash.

"Tak apa lah Fira ada teman aku." Senyum Riana.

"Dah jadi puan dah." Usik Ash.

"Diam ah kau. Kau pun sama puan." Jeling Riana.

"Kuat melenting eh sekarang." Kepala Riana disekehnya.

"Aku bagitahu laki aku." Ash menjelirkan lidahnya.

"Aku pun ada laki." Rayyan dan Hilman berjalan ke arah isteri-isteri mereka.

"Awak... Tengok Ash sekeh kepala saya tadi. Sakit." Cebik Riana. Ash membuat wajah gelinya.

"Alolo sakit ke." Kata Rayyan sambil menggosok kepala Riana.

"Awak marah lah Ash tu." Kata Riana sambil mencuit bahu Rayyan dengan jari telunjuknya.

"Awak jangan buat pasal dia tu isteri bos saya tau. Tak pasal saya kena belasah dengan laki dia."

"Ha. Ha. Ha. Belasah." Jeling Hilman.

"Mana Fira?"

"Tu dekat pondok sana tu dengan Aaron."

"Yow!" Kata Aaron.

"Sayang nak ambik makanan. Hubby nak ke? Sayang ambikkan."

"Jom ambik sekali. Kesian pulak sayang nak ambik dedua sekali."

"Uuuu hubby." Usik Aaron dan Jeff serentak.

"Diam setan!" Kata Hilman.

🔪

"Ash... Tadikan aku ada terfikir tau..."

"Fikir apa?"

"Kalau arwah mama aku ada mesti dia gembirakan?"

"Ye lah mestilah dia gembira anak bongsu dia yang gedik ni dah ada orang jaga." Riana terus mencubit pinggang Ash.

"Menyempat kau selitkan gedik tu kan." Marah Riana.

"Sakit bongok! Kau memang gedik kan sebabtu masa sekolah selalu panggil kau gedik." Kata Ash sambil menggosok pinggangnya.


Jangan lupa vote ❤️

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now