Bab 14

3.7K 155 2
                                    

"Apa yang kecoh-kecoh tadi?"

"Amirash gaduh dengan lelaki mana entah tadi." Jawab Rayyan.

"Ha? Lelaki?" Pelik Hilman.

"Ye lah. Boyfriend dia agaknya."

Hilman berlari keluar dari biliknya. Kemudian dia melihat sekeliling tiada kelibat Ash langsung. Hilman mengeluh berat. Telefonnya berbunyi terpapar nama 'Ash♡'.

"Iman..."

"Ash kau ok tak ni?"

"Tak...Aku nak kau..."

"Ok...kita jumpa dekat tempat biasa."

"Ok."

Lalu Hilman masuk ke dalam office nya semula. Dia menukar baju nya dari kemeja ke hoodie. Dia mencapai kunci kereta Ferrari nya.

🔪

"Iman... Aku tak kuat. Aku penat. Hati aku hancur sangat sekarang. Bini dia hina aku itu ini. Qey masih nak menangkan bini dia tu." Kata Ash sambil meletakkan kepalanya ke meja.

"Aku dah pernah cakap dengan kau kan? Jangan layan perempuan tu. Kau layan juga. Tengok apa dah jadi."

"Aku tak layan pun lah. Aku dah setahun lebih tak jumpa dia. Aku jumpa dia pun sebab nak bagi barang-barang dia tu. Haritu yang terjumpa dekat klinik pun terserempak bukan sengaja. Kenapa kau nak marah aku jugak ni?" Tanya Ash. Air matanya masih mengalir.

"Eh mana ada tak marah pun. Aku cakap je. YaAllah sensitif nya lah kau ni. Kau cerita dekat aku satu-satu apa yang dia cakap dekat kau." Lalu Ash menceritakan semua apa yang Ain dan Qey cakap pada dia waktu pagi tadi.

Setelah beberapa minit mereka berbual. Hilman mengelap air mata Ash dengan tisu. Ash membiarkan perbuatan Hilman itu. Konon tak ada perasaan.

"Hmm aku ni tak reti nak pujuk orang. Sorry."

"Hm.. tak apa yang penting kau ada dekat sebelah aku and dengar rintihan hati aku ni."

"Aku nak tanya boleh? Sorry kalau pertanyaan ni sensitif."

"Tanya je lah."

"Kau still sayangkan dia?" Tanya Hilman. Matanya sekarang betul-betul memandang anak mata Ash.

"Dulu je. Sekarang ada lah rasa sayang tu cuma aku cuba untuk buang perasaan sayang tu jauh-jauh."

"Kalau aku cakap..."

"Cakap apa?" Tanya Ash sambil mengerutkan dahinya.

"Aku... Tak ada apa-apa lah."

"Iman. Cakap bagi habis tak elok cakap setengah-setengah."

"Tak jadi lah. Aku lupa nak cakap apa dekat kau tadi." Kata Hilman sambil tersenyum nipis. Ash menggelengkan kepalanya.

🔪

Vroom! Vroom! Vroom!

"Siapa yang memekak dekat depan rumah aku ni?" Bengis Qey lalu dia keluar dari rumahnya itu.

Terlihat lelaki memakai baju serba hitam sedang bermain telefon di Kawasaki Ninja H2 nya yang berwarna hitam itu.

"Kau siapa? Kau buat apa dekat depan rumah aku ni?" Tanya Qey. Lelaki itu tidak menjawab soalan Qey itu dia hanya mendekati Qey dan memusingkan badannya 360 darjah lalu menyepak kepala Qey. Qey tersungkur.

"Kalau aku tahu kau cari atau kacau Ash lagi! Aku pastikan kau dengan family kau merana!" Kata lelaki itu lalu dia menunggang Superbike nya dan menunggang ia dengan laju

"Sayang! Kenapa ni?! Allah darah." Kata Ain sambil menyeka darah dibibir Qey. Dia memapah Qey untuk masuk kedalam.

"Siapa yang buat ni? Awak nampak tak muka dia?"

"Tak. Dia pakai helmet mana saya nak nampak dia tu." Kata Qey sambil menyandarkan badannya.

"Ni mesti Ash punya pasal ni! Esok saya serang dia. Kesian suami saya ni tau."

"Jangan. Saya tak izinkan awak. Jangan lah kacau dia lagi. Dia dah tak kacau hubungan kita lagi kan. Awak jangan lah lelebih." Kata Qey.

"Oh awak sekarang nak menangkan dia lah?"

"Bukan macamtu. Saya taknak keluarga kita dalam bahaya itu je."

"Alasan."

🔪

"Kau pergi mana? Malam-malam buta baru nak balik ni?" Tanya Aaron sambil tangannya memegang maggi kari cawan.

"Adalah. Bak sikit." Kata Hilman lalu dia mengambil maggi kari cawan dari tangan Aaron.

"Eh kau! Pergi buat sendiri lah!" Kata Aaron lalu dia merampas makanan itu semula daripada Hilman.

"Hilman. Mami ada masak tadi dekat dapur ada lauk petang tadi. Kalau nak panaskan tau. Tak payah nak berebut." Kata Puan Hazren sebelum melangkah ke tangga.

"Mami tak bagitahu Aaron pun mami ada tinggalkan lauk. Aaron dah buat maggi ni." Cebik Aaron. Ha Aaron memanggil Puan Hazren mami kerana dia sudah mengenali keluarga Hilman dari zaman remaja sebelum mereka masuk ke dalam kumpulan ini lagi sama seperti Rayyan dan Jeff almaklum lah umur 4 sekawan ni sebaya.

"Ok mami. Kau taknak makan ke?" Tanya Hilman. Aaron menggelengkan kepalanya lalu dia melangkah naik ke atas.

"By the way masa kitorang intip Amirash masa dia nak balik office, dia kena tahan dengan sorang perempuan ni."

"Ha lepastu?"

"Aku tak tahu lah diorang tengah bercakap pasal apa lepastu Amirash tampar perempuan tu terus perempuan tu blah then Amirash menangis dekat situ jugak." Kata Aaron.

"Ye ke? Okk thanks for the info."

Jangan lupa vote ❤️

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now