Bab 11

4K 167 0
                                    

Riana melihat Ash yang yang sedang tersengih-sengih sambil memegang gelang ditangan dia itu.

"Dekat setengah jam jugak lah aku tengok kau duk tersengih macam orang gila. Siapa bagi?" Tanya Riana lalu dia mengambil tempat disebelah Ash.

"Sibuk kenapa?" Cebik Ash.

"Bagitahu lah..." Sambil tangannya mencuit bahu Ash.

"Okkk. Lelaki hoodie yang pernah langgar aku tu yang bagi aku gelang ni."

"What?? Kau jumpa dia ke? Patutlah tak melekat dekat rumah dah sekarang. Pergi dating rupanya." Kata Riana.

"Aku dah dekat dua ke tiga kali macamtu lah jumpa dia. Kebetulan eh. Bukan sengaja." Jeling Ash.

"Macam mana boleh jumpa balik?"

"Taktahu lah dia datang dari mana entah. Dia tolong aku daripada kena serang dengan laki bini kuajor tu."

"Siapa? Qey dengan Ain ke?" Ash mengangguk.

"Apa yang diorang tak puas hati dengan kau ha?! Nak serang bagai!? Eee kalau aku ada dekat situ lama dah aku maki laki bini tu." Bengang Riana.

"Kau ni relax sudah. Yang kena nya aku bukan kau."

"Tak ada lah. Kau best friend aku takkan aku nak duk diam je."

"Ha lepastu... Tengah gaduh-gaduh tetiba Qey nak datang dekat dengan aku. Aku tak boleh nak buat apa. Kepala aku sakit masatu. Lepastu datang lah lelaki hoodie tu. Huhuhu malu kejap."

"Sambung lah cepat. Aku tengah interested ni."

"Dia siap kata lagi dia tu boyfriend aku. Malu lah kita. Aku pun terpaksa lah mengaku. Lepastu diorang terus melarikan diri."

"Slayyy!" Jerit Riana.

"Sabar belum habis lagi. Tak sampai lima saat tu aku terus pengsan."

"Pengsan diatas pangkuan abe tu ke?"

"Tak gila."

"Tengok wey gelang tu ada tulis apa."

"Huruf je." Kata Ash pasrah.

"I?? Wow! Wow! Ada maksud ni! Uuuu!!" Heboh Riana.

"Diam. Kitorang kawan je tak lebih dari tu. Aku punya trauma nak rapat dengan lelaki tak hilang lagi." Kata Ash mendatar.

"Lama-lama nanti hilang lah trauma kau tu bila kau rapat dengan dia. Aku nak keluar kejap." Kata Riana lalu dia bergerak ke pintu utama rumah itu.

"Pergi mana? Tengah-tengah malam ni? Keluar dengan Eizat?" Tanya Ash.

"Haah. Sekejap je. Kul 2 pagi aku balik lah." Kata Riana sambil memakai kasut heels nya itu.

"Kul 2 pagi? Niii kalau aku bagitahu mama ayah kau dekat kampung tu. Mampus kau." Kata Ash sambil menggelengkan kepala nya berkali-kali.

"Kalau kau tak bagitahu. Tak ada nya diorang tahu. Ok bye. Eizat dah sampai tu." Kata Riana sambil melambai tangannya.

Ash memerhatikan pergerakan Riana ke kereta itu.

"Hi sayang." Kata Eizat lalu dia berlari ke arah pintu kereta belah penumpang. Kemudian dia membuka pintu kereta untuk Riana masuk kedalam.

"Bye." Ash hanya tersenyum nipis.

Kemudian Ash memerhatikan pergerakan Eizat pula. Honda Civic itu dipandu laju.

"Buaya." Lalu dia menutup pintu utama itu dan menguncikan pintu itu.

🔪

"Oh mak kau!" Latah Ash. Dia terkejut melihat Riana yang terbaring di atas sofa.

"Pahal tak tidur dekat dalam bi... Bau apa ni?! Kau minum ke semalam Riana!? Nak muntah aku. Bangun! Pergi mandi dekat atas. Lepastu kau nak sambung tidur pergi lah sambung." Ash terasa ingin muntah bau minuman keras itu.

"Lima minit. Lima minit."

"Pale hotak kau lima minit. Dah tengahari dah ni. Bangun! Fira! Arin! Tolong bawa dia ni naik atas! Aku tak tahan lah bau dia! Loya!" Jerit Ash. Dua orang kawannya itu terus turun ke bawah.

"Kenapa? Woi bau apa ni!? Malam tadi dia mabuk ke?" Tanya Fira.

"Ye lah ni sebab ada bau haram." Kata Arina. Lalu dia menarik tangan Riana untuk membangunkan dia.

Lalu Fira dan Arina mengangkat Riana naik ke bilik nya.

Ash mengambil spray pewangi rumah. Lalu dia menghala ke tempat yang Riana baring itu.

"Ha baru sedap hidung nak menghidu."

"Dia keluar dengan Eizat ke semalam?" Ash hanya mengangguk.

"Tengah-tengah malam tadi dia keluar dengan Eizat? The heck!?"

"Ye. Aku dah cuba halang tapi dia nak keluar juga. Biarlah dia." Kata Ash.

"Siapa Eizat tu sebenarnya?"

"Anak Dato Sri." Kata Arina mendatar.

Tok! Tok! Tok!

"Siapa tu?" Pelik Fira.

"Kau pergi lah buka. Aku nak pergi masak kejap." Kata Arina lalu dia bergerak ke dapur untuk memasak makan tengahari.

"Pergi lah buka Fira." Kata Ash lalu dia baring di sofa yang empuk itu.

"Ish aku jugak ke?! Okk faham."

Tok! Tok! Tok!

"Eee sabar boleh ta.... Arghhh!!! Perompak!!!" Dia terkejut melihat lelaki dihadapannya yang hanya menampakkan mata lelaki itu sahaja.

"Ha perompak??" Lalu Ash berlari ke arah Fira. Fira terus memeluk Ash.

"Mana perompak? Ma.... Ni perompak? AHAHAHAH." Gelak Ash.

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now