Bab 53

2.1K 84 0
                                    

Rayyan membuka pintu bilik dia dan jugak Riana. Terlihat Ariyaz sedang nyenyak tidur di tilamnya.

"Sayang daddy ni tidur je eh dia." Lalu dia mengomol pipi Ariyaz. Ariyaz mula merengek.

"Abang.. jangan kacau dia lah. Dia baru tidur." Kata Riana yang baru sahaja keluar dari tandas itu.

"Biarlah. Daddy rindu dia lah." Kata Rayyan sambil mengangkat Ariyaz letak diatas ribanya.

"Abang nak air ke?"

"Boleh jugak. Kopi tau sebab kejap lagi abang nak buat kerja sikit."

"Hm okay. Pergi mandi."

"Lepastu Iyaz ni?"

"Pikir lah sendiri." Kata Riana lalu dia keluar dari bilik itu.

Riana turun menggunakan lif. Dia masuk ke ruang dapur.

"Eh Ash? Tak tidur lagi?"

"Tak. Laki aku lapar so aku nak masak nasi goreng. Nak?"

"Nak! Masak je lebih mana tahu diorang turun bila bau nasi goreng kau ni." Kata Riana sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

"Ye lah tu. Kalau tak ada macam mana? Membazir."

Psst! Psst!

"Ash! Kau dengar tak apa aku dengar?"

"Dengar apa?"

"Orang bisik."

"Mana ada."

"Dengar betul-betul..." Ash memberhentikan kerja pemotongannya.

"Oh tu suara Jeff lah. Dia tengah call dengan Lizzy dekat ruang tamu tu."

"Oh ye eh?"

"Ye... Kau ni penakut lah." Jeling Ash sambil tergelak.

"Mana ada takut. Cuma waspada."

"Waspada sangat..."

Tetiba ada orang menyentuh bahu Riana.

"Kau nak apa? Tak payah lah tepuk bahu ak..." Orang itu terus memukul belakangnya dengan batang kayu baseball.

"Rian.. tolong ak... Aaaaa!!" Ash jugak dipukul dengan batang kayu itu. Mereka berdua pengsan diatas lantai.

"Korang berdua pahal jerit-jerit? Eh! Ash! Kau okay tak ni? Riana mana??" Tanya Jeff sambil mengoyangkan badan Ash. Ash tidak sedarkan diri. Jeff memanggil Hilman dan Rayyan untuk turun ke bawah.

"Isaac!! Rayyan!!"

"Ha apahal?" Rayyan terus menutup laptop nya. Mereka berdua bergegas turun ke bawah selepas mendengar panggilan itu. Yang tak dipanggil pun turun ke bawah iaitu Aaron dan Fira.

"Pahal?"

"Ash pengsan dekat dapur tu."

"Ha?" Hilman terus masuk ke dapur.

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now