Bab 36

2.7K 128 0
                                    

6 bulan kemudian~

"Alhamdulilah puan Amirash sudah bebas dari penyakit dissociative identity disorder."

"Alhamdulilah. Tak ada lah lepasni sekejap sayang jadi lelaki sekejap jadi budak sekejap jadi diva. Penat tau hubby melayan." Ash hanya tersenyum nipis.

"Seperti yang saya pernah cakap encik perlu beri sokongan moral dekat isteri encik supaya dia tidak buat perkara yang pelik yang boleh mendatangkan balik penyakit ini. Puan... Still ada dengan bisikan?" Ash menggelengkan kepalanya.

"Ok. Itu sahaja. Kalau terjadi lagi boleh terus buat appointment dengan saya lagi." Kata Doktor itu.

"Ok thanks." Lalu mereka berdua bergerak keluar dari bilik itu.

"Yeayy sayang dah bebas." Kata Hilman.

"Yeayy! Tak ada lepasni menyusahkan hubby kan?"

"Of course. Malamni hubby nak masak special untuk sayang sebab dah bertarung dengan penyakit ni."

"Hubby pandai masak ke?" Tanya Ash.

"Mestilah."

"Hmm boleh tak sediakan ambulans dekat depan rumah kita tu."

"Perli nampak." Ash melepaskan tawanya.

🔪

"Sampai bila kita nak simpan tiga mangkuk ayun dekat rumah tu?" Tanya Aaron.

"Sampai abang Jamil mampus." Kata Rayyan. Dia buat lawak ke?

"Kau diam aku tanya Isaac bukan kau." Rayyan membuat muka menyampahnya.

"Ikut kau lah. Aku ta.. uwekk!"

"Eh kau pahal?" Pelik Aaron.

"Nak mun... uwekk!" Lalu Hilman berlari ke arah tandas.

"Hubby ok tak ni? Aaron panggil Ash tadi bagitahu hubby muntah-muntah."

"Taktahu lah hubby tetiba rasa loya lepastu sakit kepala pulak ni." Kata Hilman sambil mengurut dadanya.

"Sini Ash sapu minyak." Lalu Hilman terus baring dipangkuan Ash.

"Ok dah. Hubby rehat lah tak payah buat kerja. Tu lah 24 jam asyik buat kerja mana tak sakit kepala." Bebel Ash.

"Tak ada kena mengena lah sayang."

"Malamni tak boleh lah hubby nak masak. Alhamdulilah." Senyum Ash. Hilman mengangkat kening sebelahnya.

"Ha Hilman nak masak? HAHAHAH. Jangan! Takut terbakar rumah tu."

"Pale hotak kau." Kata Hilman lalu dia membaling buku nota dihadapannya ke arah Aaron.

"Sakit! Tahu tak tu buku! Keras!"

"Tak tahu pun." Hilman menjelirkan lidahnya.

"Ash nak pergi sambung buat kerja. Baring eh! Jangan bangun! Bangun siap!"

My Wifey My Lover ✓Where stories live. Discover now