Bab 54

2K 82 2
                                    

"Auchh..."

"Ha sedar pun."

"Macam mana aku ada dekat rumah ni? Tadi aku de..."

"Ish... Dia ingat drama agaknya. Aku bawa kau balik lah. Dah aku call dedua tak angkat aku pergi sana tengok-tengok tiga orang dah terbaring." Kata Alex sambil tangannya memerah kain. Lalu kain basah itu dilap di bahagian tepi bibir Erin.

"Aaaa sakit!"

"Tahan lah." Dingin Alex.

"Sakit bodoh!"

"Macam mana? Perempuan tu setuju tak nak tolong?"

"Siapa? Riana?" Alex mengangguk.

"Entah. Kalau dia tak tolong nyawa anak dia dalam tangan kita ni. Aku gerenti mesti dia buat punya." Sinis Erin.

"Riesya mana?"

"Dia dekat dalam bilik dengan Evan." Erin hanya mengangguk.

Ding! Dong!

Alex bergerak ke pintu utama rumah itu lalu dia membuka pintu.

Tiba-tiba perutnya disepak oleh seorang lelaki.

"Woi! Sakit lah bodoh!"

"Nampak aku kesah? Mana Erin?"

"Kau nak apa? Dah lah masuk tanpa dijemput."

"Mana Erin??"

"Kau nak apa?" Badan Erin ditolak ke dinding dengan kasar.

"Kau apahal??" Dia mencekik leher Erin dengan kuat.

"Kau jangan berani-berani sentuh isteri atau anak aku! Kalau kau berani sentuh diorang aku akan bunuh kau. Tak kesah lah Isaac nak halang ke apa ke. Aku akan pastikan ajal kau dekat tangan aku." Erin sudah sesak nafas. Dia memukul lengan Rayyan dengan kuat untuk dilepaskan.

"Le..le..lepas! Huk!! Hukk!"

"Kau dengar tak? Aku akan pastikan kau mati! Kau faham? Aku tanya ni faham ke tak!!??" Erin mengangguk. Rayyan melepaskan pegangannya itu.

"Kurang ajar punya jantan." Erin mengambil payung ditepi pintu masuk itu lalu dia berlari kearah Rayyan. Lelaki yang muncul di depan pintu itu menghalang Rayyan untuk keluar.

Rayyan memusingkan badannya cepat-cepat dia mengelak. Kemudian dia mengeluarkan pedang dari belakang badannya. Lalu dihiris berkali-kali pada badan seorang lelaki yang berada di pintu itu. Terlihat banyak kesan belahan serta darah yang mengalir. Alex menyepak tangan Rayyan pedang itu terlepas dari pegangannya.

"Arghh!!"

"Evan!!" Jerit Erin. Evan sudah rebah diatas lantai.

"Evan... Don't leave me!! Don't close your eyes!! Babe please!!!!" Kata Erin sambil memeluk kepala Evan. Dada Evan sudah tidak bergerak.

"You kill him!" Kata Erin sambil menangis teresak-esak.

Pakk!!

Rayyan terduduk di lantai selepas ditendang oleh Alex.

Alex memusingkan badannya 360 darjah lalu kepala Rayyan disepak.

Rayyan mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya.

"Bangun!"

Rayyan bangun dari dudukkannya itu lalu dia meregangkan badannya.

Tanpa melengahkan masa Alex mengacukan pistol kearah Rayyan.

"Kau bunuh kawan baik aku.... Aku nak apa yang aku rasa sekarang ni berbalik dekat kawan-kawan kau!" Kata Alex sambil menarik pemicu pistol itu.

"Tembaklah! Aku sikit pun tak takut lah!"

My Wifey My Lover ✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora