6 : Raya Punya Cerita

89 18 5
                                    


Enam


"Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar. Laa ilaaha illallahu Allahu Akbar..."

Laungan takbir dari corong masjid jelas kedengaran di halaman rumah nenek.

"Azzubair! Cepat sikit guna jamban. Orang nak guna! Kau guna jamban ke buat jamban tu?" Aku melaung separuh kuat dari luar pintu. Nak ketuk pintu takut dia tak kunci pintu pulak. Kan naya kalau terbukak. Tak fasal-fasal pekak telinga aku dengar Zubair menjerit kalah speaker masjid nanti.

Kcik! Bunyi kunci pintu dibuka. Sesaat kemudian, pintu terbuka dan wajah Azzubair terjengul dari dalam.

"Lama betul. Kucing pun boleh bertanduk tunggu." Sebaik dia keluar dari tandas, aku sakat dia.

"Orang tengah penyahtinjaan memanglah lama. Nak basuh tinja pun ambil masa lima minit. Tak pernah lagi jumpa orang buat dalam sesaat je. Apalah kau ni." Macam biasa Zubair tayang muka annoying dia tu.

"Ee apa bertinja tu? Suka hati kau je rosakkan bahasa Melayu." Aku putarkan bola mata ke atas.

"Nyeh. Kamus Dewan bapak aku punya, suka hati aku lah. Bapak ah."

"Cari bapak ke? Bapak ada kat sini."

Tiba-tiba kedengaran suara Pak Ngah muncul dari belakang. Serentak aku dan Zubair menoleh. Betul tekaan aku, itu ialah Pak Ngah yang sedang berpeluk tubuh memandang Zubair.

"Eh abah. Assalamualaikum, bah. Zubair memang nak bersiap ni, Ainiy yang ganggu kita. Tu yang kita lambat. Kita pergi salin baju dulu ye, bah." Azzubair menundukkan sedikit badan sambil tersenyum, lalu berjalan melintasi aku dan keluar ke ruang tamu.

Aku tercengang.

Pak Ngah menggeleng kepala. "Azzubair... Azzubair... buat-buat Pak Ngah tak dengar lah tu."

🫧

Setelah menyiapkan sentuhan terakhir pada awning bawal hijau aku, aku tersenyum sehingga mataku menyepet. Pantulan rupa sendiri dipandang dari atas ke bawah. Alhamdulillah, cantiknya makhluk Allah di dalam cermin ni. Sama seperti pagi tadi.

Make up? Tak perlulah. Aku percaya dengan natural beauty. Bahan yang selalu hinggap kat muka aku ni pun sekadar pencuci muka, moisturizer dan ubat jerawat.

Alhamdulillah. Ya Allah, jadikanlah akhlakku seindah wajahku ini.

Jam di atas meja menunjukkan pukul 8:30 malam. Pasti ramai orang dah datang. Aku tanpa buang masa terus turun ke bawah.

Sebaik tiba di anak tangga terakhir, Ummi panggil aku guna isyarat tangan dari meja terletaknya lauk-pauk macam bufet. Aku pergi ke Ummi.

"Kenak Ummi?"

"Tolong letak tapak (pinggan) plastik. Lupa Ummi nak letak sini tadi. Dia kat rak sebelah peti ais."

"Oo okey, Ummi." Aku bergegas ke dapur. Bila aku datang balik ke meja tadi bersama pinggan plastik yang Ummi minta, Ummi dah tak ada kat sana. Aku toleh tepi. Oh rupa-rupanya Ummi kat tepi pintu tengah layan tetamu.

Tiba-tiba aku terasa seperti ada orang kat belakang. Cepat-cepat aku letakkan pinggan plastik tadi ke atas meja. Takut-takut dia nak makan tapi tak ada pinggan. (aku dah bukak awal pembalut pinggan tu).

"Rajinnya mak cik." Suatu suara menyapa telinga.

Spontan aku toleh belakang. Huh, Azzubair rupanya. Aku julingkan mata ke atas.

"Pak cik tak tolong buat apa-apa ke? Takkan duduk goyang kaki je."

"Eh mana ada duduk. Aku tengah berdiri ok." Azzubair sengih.

Malas aku layan dia ni.

"Hahaha! Perangai ah kau." Bahu Azzubair ditolak dari belakang. Azzubair lalu menoleh ke orang yang tolak dia tu.

"Alah dengan cousin sendiri tak apa." Azzubair gelak sama sambil memandang aku guna hujung mata. Ish korek mata tu nanti.

"Ouh, cousinnn. Ingatkan siapa." Seorang lagi di belakang Azzubair menyampuk. Bila Azzubair alihkan sedikit badan dia, baru aku nampak rupa dua orang di belakang dia. Yang tolak Azzubair tu pakai kopiah dan pakai kurta purle. Yang menyampuk tadi pula pakai jubah hijau dan freehair. (tanpa songkok/kopiah) Dua-dua segak bergaya sampaikan aku rasa ada benda berkilau kat depan aku sekarang.

"Ingatkan apa?" Azzubair angkat kening sebelah.

"Calon isteri! Hahahah!"

Spontan aku membesarkan biji mata. Azzubair pula tersedak. Eh cantik punya ayat si berkopiah!

"TAK INGINLAH DENGAN DIA!" Serentak aku dan Azzubair menjerit.

Ada ke ship aku dengan Azzubair. Kalau dengan jiran sebelah okey lagi. Tapi ni dengan Azzubair? Oh... kirim salam penumbuk jelah jawabnya.

"Beruk kau, Yas. Kau ku bantai kelak." Azzubair menumbuk bahu si berkopiah. Yas kut nama dia.

"Tak boleh panggil kawan dengan nama haiwan. Astaghfirullahal'azim." Si berjubah dan yang merupakan tertinggi antara mereka menyampuk lagi.

Azzubair diam tak membalas kata. Dia sempat jeling lelaki berjubah tu.

"Dahlah, Farieq. Kau tahu-tahu lah budak ni. Dia kalau boleh nak semua kawan dia ialah haiwan." Yas menepuk bahu lelaki berjubah, ermm Farieq kut nama dia.

"Taklah. Kawan aku semua manusia. Yang haiwannya tu kau sorang." Kata Azzubair menuju ke Yas.

"Haiwan apa?"

"Boyak. Boyak darat."

Aku cerlung Azzubair. Aku yang dengar perbualan diaorang pula yang naik segan. Dahlah aku seorang je perempuan. Baik aku blah.

Masa aku nak ke ruang tamu, mata aku tertangkap susuk tubuh seseorang... yang macam aku kenal je. Seseorang tu tengah duduk sambil makan di sebelah Kak Ezyan, kawan Kak Azzabirah. Dia pakai baju Melayu biru tua, bersamping, bersongkok dan... hensem.

Lelaki itu menoleh ke aku.

Ark.

Aku rasa... aku kena heart attack sekarang. Jantung berdegup lebih laju. Aku kenal mamat ni! Ni mamat yang pakai duit aku kat sekolah hari tu!

Mamat tu masih pandang sini. Dia lalu berhenti mengunyah.

Halamak... dia... perasan aku tengok dia ke?

Aku terus pusingkan badan ke belakang. Tanpa mengira keadaan sekeliling, aku berlari laju ke dapur. Aku berdiri di sebelah pintu dapur sambil menekup wajah sendiri.

Ah... ni kali kedua aku jumpa dia. Tak expect pun akan jumpa di open house rumah nenek. Padahal rumah nenek jauh kut dari sekolah kami. Kalau dia kawan Azzubair aku percaya jugak sebab tahfiz Azzubair kat kampung sebelah je.

"Eh Niy. Buat apa sembunyi kat sini? Kamu tak makan?"

Aku lepaskan tekupan di wajah apabila Pak Ngah menegur aku.

"Amm..." Aku tak tahu nak respon apa. Takkan nak bagitahu yang aku lari kat sini sebab nampak schoolmate lelaki? Fuh, mahu kena ship baru nanti oleh Pak Ngah.

"Ni sembunyi macam lari dari bakal jodoh. Kenapa?"

Eh ke situ pulak jadinya.

"Pak Ngah janganlah cakap macam tu. Saya segan aje banyak tetamu. Heheh..."

Pak Ngah lalu senyum macam ada makna. Muka beliau sekarang sebijik macam Azzubair bila dia tengah senyum sinis. "Tapi kamu sembunyi rupa lain maciam." Pak Ngah gelak lalu meninggalkan aku di dapur ni.

Aku perhatikan Pak Ngah dari belakang sehinggalah susuk tubuh dia hilang dari pandangan mata. Fuh, nasib baik beliau tak tanya apa-apa lagi. Makin naik seganlah aku dibuatnya.

Aku intai sedikit ruang tamu dari pintu dapur. Mamat tadi masih lagi duduk di sofa. Hm... betullah dia ni mamat hari tu. Dia perasan aku ke? Sebab dia toleh aku muka macam kenal aku.

Hah! Itulah kau, Ainiy! Terusha-usha anak orang. Kan dia dah perasan. Haiya, jaga pandangan!

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now