35 : Science Stream Kerana?

40 6 6
                                    

soft warning ! : this chapter contains rough, heavy, emotional and may be a bit disturbing. buat sesiapa yang sedang kusut fikiran, disarankan agar tidak membaca bab ini dulu. bab ini mengandungi kandungan tentang aliran kelas form 4.

anyways, buat sesiapa yg bakal baca selepas ni... hold this words.

" if you're confident with your choice , then just go through . "

seorang cikgu pernah berkata "melalui exam diagnostik, kita dapat mengesan kesesuaian diri kita dalam kelas Sains tulen."


Tiga puloh limak


Lelaki itu duduk bersandar pada kepala sofa biliknya. Pandangannya tertala pada meja belajar yang berada di sebelah katil di dalam bilik itu. Teringat perbualan dia dan adiknya sebelum adiknya masuk asrama dua bulan lepas.

Kau ni... biar betul? Adma melepaskan nafas dengan berat. Tak percaya dengan apa yang keluar dari mulut adiknya hari tu.



"Adam, kalau nak masuk kelas Sains... subjek apa kena fokus?"

Adma mengangkat wajah dari skrin telefon. Dia memandang adiknya dengan sepuluh kali mata berkedip. "Mimpi apa kau ni tiba-tiba nak masuk Sains?"

Haq memuncungkan bibir. "Laa... jawab jelah." Dia mengetatkan pelukan bantal Adma di dada. "Hehe."

Kening sebelah Adma terangkat. Hairan sungguh. Dia memutarkan bola mata ke tepi. Lain macam je adik aku ni.

"Jawab aku dulu. Math kau berapa hari tu?"

Haq tersengih.

"Yang awal ke tengah tahun?"

"Tengah tahun."

Semakin lebar sengihan Haq. Anak mata dia naik ke atas, memandang ke siling. Sungguh... dia bahagia.

"35."

Mata Adma membulat. Mulutnya sedikit ternganga. "Eh wei..."

"Alaa tapi awal tahun hari tu dapat 59. Makin banyak topik masuk, kan makin susah? Memanglah markah menurun."

Adma masih dengan mata bulatnya dengan mulut yang ternganga. Tak percaya. Macam mana markah adik dia drop terlalu jauh?? Maths masa UPSR dulu dia dapat A... "Sains Sains? Sains kau berapa?"

"46."

"Ui..." Adma menggeleng. Nampak gaya Haq belajar masa UPSR dulu sebab terpaksa aje.

"Eh eh sebelum kau nak cakap, aku ada benda nak beritahu." Haq memejam mata sambil tangan kanan diluruskan ke depan. Gaya macam polis trafik menahan kereta terlebih had laju.

"At least naik lima markah dari markah awal tahun."

Adma menepuk dahi. Dia menayang muka jengkel. Markah awal tahun mana nak diguna pakai lagi sekarang? Dia mengusap batang hidung. Budak ni sihat ke tak ni?

Adik dia ni lebih kepada main-main ni...

"Patut ke aku beritahu?" Sat lagi patah hati adik dia, nanti dia mengadu kat mak. Nasib akulah menjadi abang kepada anak mak. Ui... tak elok mengeluh ui...

"Beritahu jelah," ujar Haq. Kali ni dia menarik senyum nipis. Tubuh digoyang ke kanan dan ke kiri berselang seli. Sesekali terdengar nyanyian kecil berlagu keluar dari pita suaranya.

Adma melepaskan nafas berat. Telefon di tangan diturunkan dan diletak di atas meja.

"Haq... nak masuk kelas Sains, Math, Sains dan English mesti A. Kalau tak at least B." Adma merenung tepat anak mata Haq.

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now