40 : Layan Macam Stranger?

22 6 0
                                    




Empat puloh



"Kak? Kak?" Amirin melambai tangan di depan muka aku. Tersentak aku dari lamunan.

"Eh oh. Maaf-maaf. Okey, thanks." Aku berjalan balik ke meja tanpa memandang budak dua orang tu semula. Datang je aku kat meja, muka diaorang masing-masing membawa kerutan seribu kat dahi.

"Err... first of all, jangan salah faham. Diaorang mintak maaf aje. Kami tak ada hubungan apa-apa. Jangan salah faham." Aku goyangkan kedua tangan tanda menafi. Mati tak sempat buat wasiat aku kalau rumour ni tersebar. Tiba-tiba Alif menjeling tangan kanan aku. Kenapa... Oh! Aku lupa aku tengah pegang bunga! Cepat-cepat aku turunkan tangan.

Aah... bunga ni memang bawa 1001 fitnah la... Aku buang kang-

"Kau menangis semalam? Kenapa?" Soalan yang paling tak nak aku dengar, akhirnya ditanya juga.

Kalau yang tanya tu Sufian atau Irdina, mungkin lembut sikit hati aku nak jawab. Tapi yang tanya ni Alif.

Kau tak tahu ke... kaulah buat aku menangis semalam! Hari ni kisah pulak hal orang.

"Tak perlulah nak tahu. Tak penting." Aku terus labuhkan punggung atas bangku sambil tayang muka macam tak ada apa-apa pun terjadi. Masuk mesin basuh, tekan suis sendiri.

"Kenapa sampai diaorang beri bunga?" Okey... kalau Irdina yang tanya, aku boleh jawab. Demi membersihkan nama aku daripada fitnah. "Apa yang terjadi semalam?"

"Dia macam..." Ayat aku terhenti. Jap... takkan aku nak bagitahu aku menangis kut? Lagipun yang dengar ni bukan Irdina je, dua orang lelaki kat depan aku tu pun ada!

"Dia macam?" Sufian mencelah. Irdina dan Alif Lam merenung aku.

"Dia macam ni. Semalam something happened, lepas tu diaorang salah faham. Diaorang ingat diaorang buat salah kat aku. Sebab tu diaorang bagik bunga. Tapi sebenarnya tak pun. Semuanya salah faham."

Aku toleh sekejap ke belakang. Tercari-cari kalau masih ada Rafiq kat sekitar dewan tu. Aku nak pastikan orang tadi yang aku nampak tu Rafiq ke bukan. Kalau bukan Rafiq, betullah aku akan buat kenduri pulut kuning. Tapi hampa. Budak yang aku tengok macam Rafiq tadi tu dah tak ada kat sana. Aku toleh depan balik.

"Erm... by the way, hari ni latihan rumah Biru, kan?" Saja tanya nak tukar topik.

"Eh, taklah. Hari ni rumah Hijau." Sufian membalas.

Automatik aku membeliakkan mata. "Seriuslah."

"Ha'ah. Rumah Hijau." Sambil tu Sufian menjuih bibir ke budak mana entah yang pakai baju hijau. Aku telan air liur. Patutlah aku hairan kenapa Hamzah dan Amirin boleh ada pulak petang ni. Kelas diaorang kan rumah hijau. Dan... yang Rafiq tadi, betullah aku nampak dia tadi kan? Maksudnya bukan diaorang je ada petang ni... tapi kawan-kawan Rafiq sekali? Ah sudah, wassalam lah aku.

"Kau sedih sebab apa?" Tiba-tiba Alif menyampuk membuatkan aku berhenti berfikir. Aih, lagak macam Adma pulak dia ni. Takkanlah aku nak jujur kata... kaulah puncanya!

"Nothing. Benda tu tak penting pun, k? Tak yah kisah la." Aku jawab acuh tak acuh. Tangan meneruskan contengan atas buku yang dibawa. Conteng la apa-apa asalkan nampak macam aku tengah busy menulis dan please... kembali ke mesyuarat semula. Hal kecik macam ni tak perlu kecoh.

"Kenapa sampai beri bunga? Benda ni kalau boleh elakkan. Nanti siapa-siapa pun yang tengok akan chop kauorang bercouple." Alif Lam mengurut pelipis sebelum mencerlung aku. "Ke... kau orang memang couple sebenarnya?"

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now