38 : Big Boss Kelas Satu

27 6 0
                                    



Tiga puloh lapan



"Esok meeting, waktu latihan rumah sukan. Aku ada cakap kat Sir, so dia akan maklumkan kat guru rumah sukan kita."

"Berapa jam?"

"Sejam je kut. Harapnya tak lamalah."

"Okey. Yang lain dah tahu?"

"Dah."

"Meeting pasal apa?"

"Pasal tugas pengawas and ada lagilah sikit."

"Okey." Aku berjalan melepasi Alif. Meeting apa agaknya. Naik ke tingkat satu, terjumpa Razak, Zayna dan Myra.

"Clear? Okey?" Clear maksudnya tak ada orang dalam kelas? Razak dan Zayna mengangguk. Myra membuat isyarat okey.

"Baru ronda tadi. Clear." Zayna menyahut.

"Bagus." Aku tarik senyuman lima juta megawatt. Dengan diaorang aku percaya kalau diaorang kata tak ada orang. Kaki terus melangkah menaiki tingkat dua. Terjumpa Aleefah, Ilyana dan Ilyas duduk kat tangga.

"Takrang dah ronda ke?" Aku tanya.

"Ilyas je ronda tadi."

"Aik... takrang dua tak?" Soalan yang khas ditujukan kepada Aleefah dan Ilyana.

"Kitaorang pergi koperasi tadi. Datang-datang sini jam pukul 9:40. Ilyas kata dia pun dah ronda tadi sebab tulah."

"Eh akhir jugak. 10 minit tu. Takrang tak keluar awal ke?" Aleefah dan Ilyana duduk kelas 4B.

"Tak... ehe... tak ada seorang pengawas pun tanya nak keluar awal. Tu kitaorang tak keluar."

Aku senyum tawar. Seriuslah diaorang ni. Pengawas lelaki pun takkanlah sorang pun tak tanya? Dalam kelas 4B tu nak nak separuh kut pengawas.

"Aku ronda tadi clear." Ilyas duduk bawah sikit dari diaorang sambil makan aiskrim Malaysia perisa green tea oreo mocha.

Ilyas ni... budak KAA. Separuh separuh je aku percaya dia. Bukan nak su'udzhon ke apa, cuma aku kurang pasti. Yang buat aku percaya dia ialah kalau dia buat tugasan, memang tahap A+ dia beri. Yang buat aku kurang percaya ialah apabila dia kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada masa bertugas.

Pernah dua kali tu aku tangkap dia bertugas 10 minit je lepas tu cau entah ke mana. Bila ditanya pergi ke tandas. Aik... dah tu, kau keluar awal rehat tu kau tak pergi tandas ke? Lepas tu dia janji dia tak ulang dah. Hm... harapnya la. Kalau sekali lagi dia langgar, memang betul aku takkan percaya dia lagi.

Aku berjalan ke kelas 3 KAA yang dekat dengan tangga. Kelas Idham... Senyum tawar meniti di bibir. Harapnya tak adalah student 3KAA sini. Lagi-lagi group Rafiq.

Aku menjegulkan kepala kat pintu depan kelas.

Eh! Apa budak dua orang ni buat kat sini? Terus aku ketuk pintu.

"Assalamualaikum, maaf ganggu. Takrang kena turun sekarang. Tak boleh dalam kelas masa rehat."

Budak lelaki dua orang tu terus angkat kepala. Seorang pakai songkok, seorang lagi tak.

"Er... kejap, kak. Nak susun kertas ni," kata yang tak bersongkok tu. Rambut depan dia menutupi separuh kening.

"Kertas apa?" soalku.

"Diari dia, kak." Budak yang tak bersongkok mencelah. Oh... ingatkan kertas kelas tadi.

"Isy! Mana ada! Suka hati abang kau je." Yang tak bersongkok menjeling.

"Kalau susun lepas rehat tak boleh ke?" soalku.

"Sikit lagi ni, kak."

"Tapi takrang kena turun jugak. Nanti kalau ada apa-apa kes takrang yang kena tuduh..." Aku menebarkan pandangan ke seluruh kelas. Cantik rupanya kelas ni... Kat dinding depan diaorang ada mural tertulis kalimah-kalimah bahasa Arab.

Eh... kalau dalam exam diaorang okey ke tak ni? Tak kira jawapan ke kalimah-kalimah kat dinding tu?

"Kejap ye kak." Budak tu menyahut lagi.

"Okey." Aku berlalu pergi menuju ke tingkat tiga, iaitu yang paling atas. Lepas ni aku datang balik nak check diaorang. Sebaik tiba, langkah aku terhenti. Kenapa ada Alif pulak sini? Dia kan jaga blok lain...

"Pahal kat sini tak ada orang?" Uish... kasar benor sapaan pertama kau. Aku menahan hati dari menyumpah seranah. Seriuslah Alif. Jadi pengawas terus kasar pak bakso macam ni.

"Patutnya ada. Patutnya dua orang kat sini." 'Orang' tu maksudnya pengawas. Pengawas group aku lah tu. Aku menjawab sambil meliar pandangan ke segenap tingkat mencari dua orang itu.

"Siapa?"

"Aliya dan Maisarah."

"Kenapa perempuan aje? Kan aku pesan setiap tingkat kena ada lelaki. Nanti lagi senang nak suruh orang turun bawah. Lagi-lagi kalau jumpa senior yang keras kepala."

Aku membisukan diri. Sungguhlah malas nak bertekak sekarang.

"Diaorang mana?" Alif merenung aku.

"Mana aku tahu. Aku pun cari diaorang ni."

"Heish... nama aje pengawas tapi tak ada disiplin. Keluar awal pun masih lewat bertugas ke? Bengap betul."

Ya Allah... mulut dia. Kenapa kasar sangat ni?

"Kau kenapa kat sini? Kau kan jaga tempat lain." Aku menjulingkan mata ke atas.

"Tu. Kau tengok tu." Dia tunjuk ke arah suatu kelas. "Dalam tu ada lima orang budak form 3, tapi kat sini tak ada orang jaga. Pastu boleh kau tanya aku kenapa aku kat sini?"

Baru je aku nak berjalan ke kelas dia tunjuk tu, dia dah hentikan aku. "Tak yah la. Diaorang dah turun."

"Okey. Thanks." Walaupun hati rasa nak meletup sekarang, tapi tatasusila mesti didahulukan. Dia dah tolong, kita berterima kasih la.

Alif sekadar memandang aku dengan hujung mata. Dia membelakangi aku sebelum berlalu pergi. "Kalau tak pandai arah ahli kumpulan, baik tak yah jadi ketua."

Aku memerhatikan belakang tubuh dia yang semakin menghilang dari pandangan.

🫧

"Kenapa kurang ajar sangat? Ya Allah... berilah kesabaran kepada aku..." Aku mengesat laju air mata. Menghapuskan bukti secepat mungkin. Kalau dah kena kutuk macam tu, memang koyaklah orang. Nak-nak sekarang tengah PMS kut. Dahlah aku sekarang kena turun ke tingkat bawah sebab kena jaga tangga.

First first aku jumpa Alif, tak adalah dia poyo sangat macam tu.

Serius wei... Serius. Aku sangat sangat sangat terasa dengan kata dia. Ingat dia hebat sangat ke nak merendahkan orang lain suka hati kaki dia? Dia tu layak sangat jadi ketua? Besar betul mandat dia kata kat aku tak pandai arah ahli kumpulan.

Eh hello! Orang tak arah ahli kumpulan ya, orang pimpin. Orang bukannya big boss KEPALA BESAR macam kau. Ha geram sangat dah ni.

Aku mempercepatkan langkah kaki menuruni tangga di sebelah kelas 5 KAA. Tangga ni sunyi sikit pasal kedudukan tangga ni kat hujung, jadi ramai tak pakai.

Masa aku turun, terdengar bunyi derap kaki dari atas. Aik... patutnya tak ada orang dah...

Bila aku angkat kepala, aku terus tergamam.

Budak-budak 3KAA tadi! 



Hehe... amacam? Tiga chapter sekali kita update. 😙

Btw, moral of the chapter is... jagalah tutur kata. kita tak pernah tahu kalau tutur kata kita mengguris hati orang lain kalau orang tu tak beritahu kita kan?

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now