32 : Debt Paid Off

39 8 3
                                    


Tiga puloh duak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiga puloh duak



Hari yang hampir sama datang kembali. Rutin yang hampir sama berlalu lagi. Hari Jumaat, hari penghulu segala hari yang sepatutnya dimuliakan dengan mengisi masa melakukan ibadah-ibadah.

Entah sudah minggu ke berapa kelas terasa sunyi. Kalau bunyi pin jatuh, satu kelas pun boleh dengar. Ada sekali-sekala gamat, tetapi tak se'haru-biru' dulu.

Sebabnya aku tahu yang selalu menyumbang bunyi macam kat pasar ikan tu ialah geng lelaki dengan QAIZM. Sekali Adma diam, macam satu kelas sekali tersampuk.

Sebabnya yang paling bising dalam QAIZM ialah Zikry. Kalau dah seorang member ada masalah tapi tak pernah share kat diaorang, manalah Zik berani menegur. Buat macam penunu bunsen kena simbah alkohol aje. Nanti free free aje tengok Adma marah.

Nasib baiklah kelas hari Jumaat habis awal. Taklah rasa janggal sangat. Lagi-lagi aku dan Adma langsung tak bertegur sejak semalam.

Ya... pelik eh rasanya bergaduh dengan classmate. First time kut aku bergaduh ngan lelaki yang bukan sembarangan. Habislah aku kali ni. Dahlah classmate, setiap kali kelas setiap kali tu la akan bertemu dengan dia.

Sungguhlah awkward.

"Ainiy."

Aku harap sangat-sangat kitaorang cepat berbaik. Tak bolehlah pergi ke sekolah dengan ada 'hutang' maaf sebab bergaduh dengan orang. Membuatkan rasa bersalah dalam diri aku makin menggunung sekarang.

"Ainiy."

Apa kata kalau... aku dulu yang minta maaf? Tak sure lah siapa yang sebenar-benarnya bersalah dalam kes ni. Tapi kalau aku minta maaf dulu bukannya jatuh saham pun kan?

"AINIY NADIA BINTI MUHD ISMAIL!"

"Laillahaillallah Muhammadarrasulullah!" Aku melatah tak sengaja dan automatik berdiri tegak. Aku terus mengangkat muka memandang orang yang sedang duduk di hadapan papan putih. Cikgu Aida, guru Bahasa Melayu, turut sama memandang aku sambil menggeleng kepala.

"Apa yang kamu menungkan tu? Dua kali panggil tak sahut-sahut."

"Erm. Maaf cikgu." Kepala menunduk. Aish... malu... malu...

"Dah. Jum ikut cikgu pergi bilik guru."

Terus aku angkat kepala.

"Jomlah. Jangan sampai cikgu ulang tiga kali pulak."

Aa... ayay, cikgu!

🫧

"Kerja pengawas okey?"

"Erm..." Tipulah kalau aku kata semua okey. "Adalah sikit-sikit dia punya trial cikgu. Rasa macam tengah main game dinasour yang melompat-lompat atas kaktus masa tak ada internet kat Google je."

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now