10 : H.e.n.s.e.m

82 14 2
                                    




Sepuloh


"Takrang pergi je dulu. Kalau tunggu saya nanti takut lambat." Sambil mengeluarkan buku teks Bio dari beg, aku berkata kepada Syaf dan Ziani. "Lagipun lepas ni saya nak tutup pintu. Tak apa tak apa, takrang pergi je. Saya takkan lari punya."

"Ish takut la. Nanti you kena culik, kitaorang susah." Syaf berkerut dahi.

Kalau dia berkerut seratus dahi tu, aku pula berkerut seribu. "Eee... awak guna you? Lhfahhfah. Ingat ni drama pukul 7 ke guna I you I you. Gelilahh!"

"Syaf biasalah. Tahu-tahu je si hantu drama ni. Dengan Fakhrul Aman dia, Maya Farzana dia. Semua drama Melayu dia sapu habis." Ziani mencelah.

"Dengan cerita 'papa nak kamu ambil alih syarikat papa' nya." Aku menyambung.

"Eh dah lapuk plot cerita macam tu. Tak layanlah."

"Malu nak mengaku lah tu~" Ziani mengusik.

"Ee dahlah. Jum kita pergi makmal. Nanti lambat, bukan you all belanja tengok Mechatomato pun." Terus Syaf tarik tangan Ziani keluar dari kelas. Sempat dia melambai aku.

"Jumpa kat makmal!"

Aku hanya membalas dengan senyuman kelat. Oo.. okay... You all pulak eh.

"Eh Ainiy? Tak keluar lagi?" Kedengaran suara Zik. Aku toleh ke punca suara, dan terkejut aku. Rupanya ada lagi orang lain belum keluar. Bersama Zik ada Bio, Adma dan Hakim.

"Aa... nak keluar lah ni." Aku angkat segala barang-barang aku dan terus menuju ke pintu. Zik, dan dua orang yang lain pun ikut sama. Kim pula tolong tutupkan pintu depan dan belakang. Kami berjalan ke makmal di mana aku di belakang tiga orang kawan aku tu. Lelaki depan ya.

Tiba-tiba, Zik di hadapan terundur ke belakang setelah terlanggar seorang budak. Dan yang mengejutkan, budak tu ialah kawan Rafiq yang tinggi tu.

"Uh sorry bang, sorryyy." Barang budak tu tercampak ke lantai. Zik mengutip pencil box dia, manakala aku kutip buku latihan budak tu yang tercampak sebelah kasut aku. Fuh, gempak giler momentum perlanggaran budak ni. Sampai aku yang jauh 2 m dari dia pun terkena tempias jugak.

"Idna Hensem bin Radzali?"

Tanpa sengaja, perkataan tu terkeluar dari mulut sebaik terbaca nama yang tertera atas buku. Aku terus angkat muka, pandang budak tu dengan kening berkerut. Nak gelak... tapi aku tahan.

"Err... haah. Buku saya ni." Dia hulur tangan minta buku.

Aku terbalikkan buku tu dan terus serahkan pada dia (Idna?).

Muka dia masa terima buku tu nampak merah. Malu lah tu, kantoi syok sendiri.

"Terima kasih." Tanpa menunggu respon aku, Idna terus beredar pergi.

Aku hanya senyum sebagai balasan 'terima kasih' dia walaupun aku tahu dia tak nampak.

Haha... hensem ye? Hensem tapi kacau orang. Hm.

🫧

"Hai kak!" Bunyi seseorang macam sedang menegur orang lain. Bunyi tu berasal dari depan aku. Aku yang tengah duduk kat kerusi pondok ni, malas mengangkat muka nak tengok siapa tu.

Aku masih menunduk kepala, meneruskan bacaan novel Rosli Dhoby untuk mengisi masa sementara menunggu Ayah datang.

Ermm lamanya Ayah ni. Dia mesti ada pergi ke mana ke sampai lambat ambil aku hari ni. Kawan-kawan aku ramai dah balik. Yang tinggal pun beberapa orang yang aku sendiri tak kenal.

Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now