23 : Tolong Ambil Nama

53 8 0
                                    




Duak puloh tiga



"Eh siapa ambik nama?"

"Kau yang tanya. Kau la. HAHAHAH." Dia ketawa sambil mengacu pen di tangan kanannya pada aku.

"Ada yang nak kena hempuk ni." Aku angkat tinggi botol di tangan kiri. Menunjuk pada Razak.

"Eh sorry la bos. Ampun ampun." Razak buat isyarat minta maaf pula. Aku hanya hm, sambil menyerahkan buku-buku rekod datang lewat ke dia. Minggu ni kumpulan aku bertugas. Jadi aku perlukan empat orang pengawas untuk rekod nama orang datang lewat.

"Nah, ambik." Buku-buku di tangan aku hulurkan.

"Eh kenapa aku pulak."

"Dah kau yang nak."

"Mana adaaa. Bila masa?"

"AM. BIK." Aku mencerlung mata. Marah dah ni. Marah. Razak mengalah. Dia menyambut buku-buku itu dengan riak hampa macam budak baru lepas kena marah mak dia.

"Aku ambik form 4. Yang tiga ni lagi siapa?" Razak menarik buku rekod tingkatan 4 dari timbunan buku tingkatan lain.

"Hm... Aku cari pengawas group kita. Kau stay sini." Aku ambil balik buku-buku yang aku beri tadi, kecuali buku form 4 yang sekarang di tangan Razak.

"Okey, kak."

Aku mencerlung lagi. Suka suki je panggil aku kak. Padahal sama umur.

"Aa... okey okey. Okey, Ainiy."

Mata dijuling ke langit. Tahu pun. Aku memusingkan badan dan menuju ke arah lobi. Harapnya ada la pengawas kumpulan aku tengah berkeliaran di sini.

Lima minit berlalu. Baru dua pengawas aku jumpa. Buku tingkatan 1 & 2 dan tingkatan 5 aku serahkan. Laa... macam mana ni! Aku perlukan seorang lagi. Jam dah nak pukul tujuh!!!

"Aa... takrang ready je dulu kat depan sana. Pukul 7 nanti kita berbaris ikut form, okey?" Aku menunjuk ke arah depan lobi pada Zayna dan Myra. Myra tu seronok la nak ambik nama, baru form 2. Tak kisah masuk kelas akhir, hahaha. Kalau aku... ermmm, tugas ni la antara benda paling aku nak elak. Sebab hari ni 15 minit aku hilang untuk Fizik kut!

Adma tiba-tiba datang ke lobi. Aku menggamit dia untuk ke sini. Dia menghampiri.

"Kenak?"

"Ada nampak Izz tak?" Izz, 4A, kelas sebelah. Mana tahu Adma datang kelas tadi terserempak dengan Izz.

"Takde."

"Oh..." Alaa... aku hanya mampu bersuara dalam hati. Memang aku la kena kali ni. Tapi tugas aku sepatutnya memantau sebab aku ketua kumpulan C ni.

"Kenapa?"

"Erm. Tak apalah. Tapi kalau kau nampak dia, boleh tak mintak dia datang sini? Dia bertugas ambik nama."

"Dia group kau ke?"

Aku mengangguk.

"Okey, in shaa Allah."

"Makseh."

"Masama." Adma berjalan keluar dari lobi.

Aku pandang jam. Jarum panjang mengena angka 12, jarum pendek pula di angka 7. Ah, sudah. Aku jelah ambik nama. Buku tingkatan 3 dibuka. Hm... setakat ambik nama junior tak susah mana pun...

Kaki diayun menuju ke lobi bahagian depan. Aku berdiri di antara Myra dan Zayna. Myra ambik form 1 & 2, aku form 3, Zayna form 5 dan Razak form 4. Tapi disebabkan Razak berlu berdiri di antara aku dan Zayna kalau dia ambik form 4, jadi dia mintak tukar dengan Zayna. Zayna ambik form 4, dia ambik form 5 supaya dia berdiri hujung habis.

"Tak la terkepit di antara perempuan." Alasan yang jarang sekali didengar daripada mulut lelaki. Entah-entah Razak ni spesies lelaki limited edition kut.

Sedang aku mencatat nama budak form 3 di depan aku, suara Adma kedengaran di telinga. Aik.

"Ainiy Ainiy!"

Aku menoleh sekejap ke belakang. Eh betullah dia. Myra di sebelah tiba-tiba mengekek.

"Kejap." Aku menghabiskan ambik nama budak di depan aku dulu. Selepas selesai, aku kembali menoleh belakang. Kening sebelah diangkat.

"Ye?"

"Classmate Izz kata dia tak datang hari ni."

"Ohh. Kalau macam tu, okeylah. Thanks."

Adma hanya senyum segaris. "Bukan kau ketua kumpulan ke?"

"Ha'ah. Kenapa?"

"Kau patut pantau kan? Kenapa ambik nama pulak?"

"Memang la. Tapi sebab Izz tak hadir so aku ganti."

"Jadi siapa pantau?"

"Aku."

"Aik. Tapi kau bertugas ni."

"Hm. Entahlah..."

Adma berjeda seketika. Dia memandang lantai. Sesaat kemudian dia memandang aku balik. "Kau nak aku ambik nama?"

"Eh..."

"Ni aku ambik nama. Kau pantau."

"Tapi kau bukan group aku."

"Tapi apa salahnya menolong kan? Aku pun pengawas. Kira okeylah tuuu."

"Erk."

Seriuslah. Group aku dia pulak kisah. Padahal dia kumpulan B. Aw... kenapa mesti masa ni juga dia jadi baik macam ni. Tolonglah! Aku tak nak cair kat sini!

"Bawak sini buku tu. Aku tolong ok?" Dia menghulur tangan. Gaya bersungguh sangat. Tak sampai hati aku nak tolak. Aku menyerahkan buku di tangan.

"Pen ada?" Aku memandang kedua tangannya yang seperti tak ada langsung objek berbatang itu.

"Er. Tak ada. Pinjam?"

"Okey." Pen biru aku dihulurkan. Dia mengambil.

"Sampai pukul berapa?" Dia tanya lagi.

"7:15 je."

"Okey."

"Makseh eh."

"No prob." Adma berjalan ke tempat aku berdiri tadi dan dia menapak di situ. Ada beberapa orang pelajar form 3 yang datang lewat tengah berbaris menunggu nama mereka diambil. Ada yang aku perasan, budak perempuan yang mata macam ngantuk-ngantuk tadi terus segar bila nampak tempat aku ditukar ke tempat Adma.

Myra lagi parah. Kalau tadi dia mengekek, sekarang dia meng'ehek'. Seronok la tu crush dekat sebelah aje. Sempat Myra menoleh ke aku dan kenyit mata sebelah. Eee... seronok sangat lah tu. Hahaha!



H tak tipu. Lelaki macam Adma ni memang wujud. 😔

Nah, ni Idna. 😘

 😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Buih di Awangan ✓Where stories live. Discover now